28 | ♦ Patuh ♦ |

616 16 1
                                    

Zaara yang sedang mengunyah makanan itu dipandang lama oleh Adam. Rasa tak selesa pula ditenung sedemikian. Kejap-kejap dia membetulkan bajunya, wajahnya semualah yang ada pada dirinya.

"Sayang dah cantiklah". Ucap Adam menyedari akan ketidakselesaan Zaara itu. Macam cacing kepanasan dah lagaknya. Zaara diam tidak menjawab.

"Dina... Makan kenyang-kenyang eh. Lepasni solat baru boleh tidur". Ucap Zaara sambil menyapu lebihan nasi dipipi anaknya. Adam hanya memandang tanpa kata.

"Alright ummi". Ucap Dina sambil menguis nasi yang bersisa dalam pinggan. Zaara dan Adam turut sama menghabiskan sisa makanan mereka sebelum bersiap-siap untuk tidur.

. . . . . . . . .

"Ehh... Ayah cepatlah. Dina nak sleep ni". Ucap Dina dengan nada yang sedikit riang. Zaara hanya melihat tanpa kata. Mungkin terkejut dengan situasi kini. Adam hanya menyengih memandang isteri tercintanya itu.

Sejadah dibentangkan dihadapan. Adam mengimamkan solat isyak mereka pada malam itu. Sungguh Zaara tak sangka memandangkan selama ini... Adam bukanlah seorang yang menunaikan solat.

Adakah.... Dia benar-benar berubah?.

"Ya Allah ya tuhanku. Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku serta kedua ibubapa isteriku. Kau ampunilah dosa aku dan keluargaku. Berikanlah kami keluarga yang bahagia dengan nikmat rezeki serta rahmatmu yang tak terhingga. Lembutkan hati isteri dan anakku untuk memaafkanku atas silapku dulu.... Hanya kepadamu aku berserah... ".

Doa Adam sedikit perlahan. Namun cukup jelas bagi Zaara mendengar setiap bait-bait ayat yang dilontarkan suaminya. Setitik air matanya menitik sayu...

Tubuh Adam dibalikkan memghadap dua permata berharganya. Tangan dihulur untuk bersalaman. Dina mengucup tangan ayahnya dan diikuti Zaara agak lama.

Perasaannya tika ini.... Hanyalah tenang dan gembira. Mungkin hatinya tidaklah membenci suaminya begitu besar sehingga sedikit ruang dalam hatinya masih tertera milik lelaki itu.

"Dina jom masuk bilik tidur. Esok nak sekolah". Ajak Zaara tatkala menyedari sepasang mata Adam setia mengamati segenap inci wajahnya. Sehinggakan hatinya menjadi tidak keruan ditambah perasaan malu.

"Okay ummi". Patuh Dina sambil menanggalkan telekungnya dan disangkut didalam almari. Tangan umminya dipegang sebelum bersama-sama melangkah ke bilik tidurnya.

"Goodnight ummi... Goodnight ayah". Ucap Dina sambil melelapkan matanya. Zaara menjawab perlahan sebelum dikucup lama dahi anaknya. Selimut ditarik sehingga melepasi paras dada.

Zaara lantas keluar dari bilik tidur anaknya lantas menuju ke ruang tamu. Adam pelik dengan kerenah Zaara. Takkan dah malam pun nak tengok tv...

"Sayang tak nak tidur ke? ". Tanya Adam lembut. Duduk dilabuhkan disebelah Zaara. Dekat sungguh mereka berdua tika ini. Zaara hanya menoleh tanpa kata.

"Saya tak nak tidur sebilik dengan awak. Saya tidur sini je. Dah pergi jangan kacau saya". Ucap Zaara dingin. Hilang sudah kelembutannya tatkala melayan Dina sebentar tadi.

"Kenapa nak tidur sini pulak. Sakit badan sayang nanti". Pujuk Adam agak risau. Takkan nak bagi isteri sendiri tidur sofa kut. Dulu yelah dia tak kisah sebab dia pun tak peduli.. Sekarang kalau boleh semut pun tak boleh gigit... Cehh over pulak.

"Biarlah sakit badan pun. Daripada sakit hati tengok muka awak ". Ucap Zaara menghiris hati Adam. Senyum kelat dipasang Adam dek sedikit terasa hati. Baru dia faham rasanya tatkala menerima ayat begini daripada seseorang yang kita sayang....

"Jangan cakap macamtu. Abang minta maaf okay pasal dulu tu. Abang bodoh tak berfikir dengan lebih jauh. Abang juga terlalu ikut hati abang tanpa memikirkan sayang". Ucap Adam membenarkan kesilapannya sewaktu dahulu.

"Sudahlah. Saya tak pedulilah awak nak cakap apa pun. Ingat eh... Saya stay sini ikut awak pun semuanya sebab Dina. Bukan sebab saya sayangkan awak atau apapun. Lepas kita cerai saya akan pergi dengan Dina".

Ucap Zaara tanpa memandang sedikitpun wajah Adam yang jelas terkejut. Adam meraup kasar wajahnya. Tak menyangka kata cerai yang akan keluar dari isterinya.

"Sayang tahu abang takkan sesekali ceraikan sayangkan. Dan Dina anak abang. Abang berhak jaga dan ada dengan dia selalu. Sayang tolong.... Jangan buat abang macamni".

Ucap Adam sedikit sayu. Hatinya terhiris sedalam-dalamnya. Air mata yang tertahan disekanya cepat. Tak mahu menunjukkan kelemahannya dihadapan wanita ini.

"Saya tak peduli. And jangan cakap pasal hak dengan saya. Sepanjang saya mengandungkan dan membesarkan Dina selama beberapa tahun awak tak pernah ada. Saya dan Dina boleh hidup tanpa awaklah. Dan salah awak sebab munculkan diri depan kami. Kalau tak Dina takkan tahu sampai bila-bila siapa ayah dia".

Marah Zaara dengan nadanya yang sedikit tinggi. Dadanya berombak tanda kemarahan yang amat. Tangan sudah digenggam kuat.... Dan Adam... Hanya membisu. Sepasang mata Zaara ditatapnya lemah. Mata yang dahulu memandangnya penuh kelembutan dan kebahagiaan kini memandangnya penuh kemarahan dan.... Kebencian.

Allahu.

"Mungkin sayang dan Dina boleh... Tapi abang tak boleh hidup tanpa permata abang. Sudahlah, sayang tidurlah dekat bilik abang. Biar abang tidur sini. ". Ucap Adam dengan kepala yang sudah ditundukkan. Hatinya sudah meronta-ronta untuk melepaskan tangis yang sedari tadi ditahan.

Zaara berlalu pergi sedikitpun tidak mempedulikan Adam yang duduk berteluku disofa. Hatinya puas dapat menyakitkan hati lelaki itu. Teringat segala apa yang telah dilalui dahulu... Sehinggakan api kemarahannya membuak-buak datang minta dihamburkan. Biar lelaki itu tahu pedih hatinya dahulu.

Setelah memastikan tiada lagi derap kaki Zaara kedengaran Adam segera membaringkan tubuhnya. Minda mengingati setiap kata yang keluar dari mulut Zaara sebentar tadi.

Air matanya mulai menitik setitik demi setitik. Pilu hatinya menghadapi pembalasan atas kelakuannya tika dahulu. Cerai?.....  Biarlah Allah sahaja yang tahu betapa kencang jantungnya berdegup tatkala mendengarkan perkataan itu.

Takut jika benar perpisahan itu akan terjadi. Takut jika Zaara meninggalkannya lagi. Takut dia akan sunyi dan merana sekali lagi tanpa mereka berdua. Tanpa keluarga kecilnya itu....

Tangis yang lemah kian bertukar keruh dan kasar. Tak sanggup memendam segalanya lagi. Selama bertahun Zaara hilang dan bertahun juga kehidupannya bagaikan mayat hidup sahaja. Dan kini kehidupannya kembali tetapi hanya menyampaikan luka di hati...

Sesiapa.... Tolong aku fahami apa mahunya hidup ini untuk setiap detik dalam hariku....




Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now