"Babai anak ummi. Belajar rajin-rajin... Dengar cakap cikgu". Ucap Zaara sambil membelai rambut panjang anaknya. Dina hanya mengangguk lantas menyalam tangan umminya.
"Cikgu kalau Dina degil cubit je dia ye". Pesan Zaara sambil berjalan ke arah pintu keretanya. Pintu dikuak dan melempar senyum kearah cikgu muda itu.
Keretanya meluncur laju membelah jalan menuju ke sebuah syarikat di Malaysia. Syarikat miliknya sendiri namun tidaklah gah cuma berada di top 10 dalam Malaysia saja.
Sepanjang di UK dia telah pun membuka syarikatnya sendiri secara kecil-kecilam di Malaysia. Dan diuruskan oleh abang angkatnya yang baru selesai belajat di UK bersamanya.
"Siti.... Iqbal ada? ". Tanya Zaara tatkala sampai dihadapan meja PAnya itu. "Ada bos. Dia dekat dalam bilik dia. Nak saya panggilkan ke? ". Tanya Siti sambil berdiri
"Aaa takpe. Saya boleh pergi sendiri. Terima kasih". Ucap Zaara lantas berjalan menuju ke satu ruangan yang menempatkan Iqbal.
"Assalammualaikum ". Ucap Zaara sebelum menolak pintu itu perlahan. Wajah Iqbal yang sedang tersenyum memandangnya menjamah pandangan.
Salamnya disambut baik oleh lelaki itu."Seronok dapat balik Malaysia balik? ". Tanya Iqbal seraya melabuhkan duduk disofa berhadapan wanita itu.
"Seronoklah. Dah lama tak jumpa suasana KL ni. Makan makanan melayu... Bercakap melayu... Zaara rindu". Ucap Zaara sambil memandang ke sekeliling ruangan. Rindunya lebih dimaksudkan kepada seseorang sebenarnya.
"Soo dah lepas rindulah kan. Dah dapat balik sini". Ucap Iqbal pula. Zaara hanya tersenyum... Tak mampu menjawab lagi.
"So apa kerja Zaara harini? ". Tanya Zaara sambil mengenggam kedua tangannya. Kerja pertama menjadikan dia excited. Tambahan lagi ini hasil usahanya demgan abang Iqbal.
"First kerja Zaara kena jumpa klien tetap kita. Ingat dia dah lama melabur untuk syarikat ni. Dia berpengaruh. Zaara kena profesional hadap dia. Sebab... Dia tu mood swing sikit".
Ucap Iqbal sambil memusingkan jari di kepala tanda gila. Zaara ketawa. "Apalah abang ni. Kalau dia gila dia tak ada maknanya profesional dalam kerja kan".
Ucap Zaara meluahkan pendapatnya. Iqbal mengangguk setuju. Ada benar juga kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu. Akhirnya masing-masing memasang tawa dek terhibur...
•♦•♦•♦•
"Hello Adam... Daddy ni". Ucap Tengku Irfan tatkala panggilan teledonnya sudah disambut.
"Ye daddy. Adam dengar ni. Kenapa call.Adam baru nak pergi cari Zaara ni". Ucap Adam memberitahu niatnya.
"Err Adam boleh tolong gantikan daddy tak?. Tiba-tiba daddy kena pergi selangor ada hal dengan hotel dekat sana. Adam ganti daddy kejap boleh. Jumpa klien pukul 3. Daddy dah cakap dengan pihak sana nanti diorang text Adam dekat mana".
Ucap Tengku Irfan tergesa-gesa. Adam tak sempat membantah malah daddynya sudahpun mematikan panggilan telefon. Segera dia kembali naik ke bilik untuk menukar pakaian biasanya kepada kemeja.
"Jumpa klien kejap je. Lepastu aku terus pergi cari Zaara". Ucap Adam sambil membutang kemejanya. Perfume disembur lantas mengambil kembali kunci keretanya bersama barang pentingnya.
Telefonnya berbunyi menandakan mesej yang masuk. Nombor tidak dikenali.. App mesej dibuka dan dibaca teliti.
'Hotel Suria. Pukul 3 petang di restoran hotel'.

YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...