Adam terasa bersalah dengan kata-katanya dan perbuatannya tadi. Wajah Zaara yang masih menangis masih ditatap sedih. Dia tidak berniat untuk membuat isterinya menangis.
Adam tak mampu menahan rasa sakit hatinya. Kakinya segera dibawa keluar bilik. Ingin memberi ruang buat Zaara menghamburkan tangisnya.
. . . . . . . . . . .
Majlis kesyukuran berlangsung dengan baiknya tanpa sebarang masalah. Namun begitu Adam resah gelisah. Zaara sedari tadi tidak melayannya mahupun memandangnya.
Masih marah lagi ke gadis itu padanya....Zaara gembira tatkala melayan sepupu-sepupu dan saudaranya. Tapi tidak dia. Hampa terasa. Dia tahu dia bersalah tapi apa yang mampu dia buat. Dia tak boleh memutarkan masa.....
Arghh Adam sepatutnya berfikir sebelum bercakap....
"Awak mummy panggil". Zaara memanggil Adam yang sedang duduk di bangku taman itu. Adam yang menyedari segera mendekati Zaara. Namun pantas dijauhi Zaara membuat dirinya terasa luka.
Kakinya melangkah mengejar Zaara yang sudah jauh ke arah depan. Wajah mummy dan daddynya muncul dipandangan mata.
"Ye mummy kenapa? ". Tanya Adam ingin tahu sebab dirinya dipanggil. "Mummy nak baliklah. Dah petang ni". Ucap Tengku Emma seraya menghulurkan tangannya. Kalau bukan sebab suaminya ada hal syarikat di Perlis tak ada makna dia nak balik harini.....
"Ohh oklah macamtu mummy, daddy jaga diri elok-elok. Apa-apa hal call Adam eh". Ucap Adam seraya melambai-lambaikan tangannya. Menghantar pemergian mummy dan daddynya dengan pandangan matanya sahaja.
"Zaara, dah kemas barang. Kita gerak balik kejap lagi". Ucap Adam sambil memandang Zaara yang baru sahaja ingin berlalu masuk.
Zaara hanya mengendahkan kata-kata Adam. Dia segera meluru masuk kedalam bilik yang menempatkan barang-barangnya. Semuanya dikemas tanpa ada yang tertinggal.
"Dah siap? ". Tanya Adam tatkala masuk ke dalam bilik yang ada Zaara didalamnya. Dan ya, Zaara sudah siap sepenuhnya bersama baju yang sudah dipack. Adam hanya tersenyum...
"Maksu, Adam balik dulu eh. Kerja esok. Tak boleh lama-lama cuti". Ucap Adam seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Ha yelah. Nanti ada masa datanglah lagi. Bagi maksu cucu saudara cepat-cepat ". Seloroh maksu sambil menepuk-nepuk bahu Adam.
Adam hanya tersenyum tanpa menjawab. Zaara pula yang menyalami tangan maksu sebelum memeluk tubuh tua itu erat.
Adam dan Zaara masuk ke dalam perut kereta bersiap sedia untuk pulang. Rumah maksu tidaklah jauh dan tidaklah dekat untuk sampai ke rumah mereka....
Adam janggal dengan kebisuan Zaara sepanjang perjalanan. Selalunya keadaan sunyi itu menenangkannya. Tapi kali ini tidak. Dia takut kehilangan Zaara melalui kebisuan itu....
"Ermm awak nak berhenti makan tak?. Pergi tandas ke? ". Tanya Adam memecah tembok sepi yang ada. Panggilan aku-kau juga sudah bertukar.
Dia betul-betul mahu melayani Zaara dengan baik dan seperti seorang isteri yang berhak dapat layanan mesra dari suaminya... Kerana Zaara miliknya.
Namun begitu Zaara hanya menggelengkan kepala. Wajah dihala keluar tingkap. Sebarang suara lunak miliknya tidak didengari. Adam terasa...
Namun memang patut diri Adam diperlakukan seperti itu. Semua salahnya sendiri.
"Nak buka radio tak? " Tanya Adam lagi ingin mencuri perhatian Zaara tanpa henti. Namun Zaara tidak pula menunjukkan sebarang reaksi.
Adam menekan punat on pada radio keretanya. Sekurang-kurangnya suanana hening tanpa bunyi ini boleh terisi. Walaupun apa yang Adam harapkan ialah suara Zaara yang kedengaran....
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomansTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...