4 | ♦ Cadangan ♦ |

515 14 0
                                    

Ketukan dipintu mematikan langkah kerja Zaara. Kakinya dihala ke arah pintu untuk melihat gerangan si tetamu. Muncul wajah Tengku Irfan dan Tengku Emma yang memandangnya sambil tersenyum.

"Eh mummy, daddy kenapa datang tak beritahu? ". Tanya Zaara selepas menyalami tangan kedua mertuanya. Terkejut juga dia. Jangan nak tidur sini sudah. Kantoilah tidur bilik lain-lain.

"Lah nak datang rumah menantu takkan tak boleh. Ni daddy ni nak pergi office tapi lalu sini tu yang mummy ajak singgah tu". Terang Tengku Emma yang sedang duduk disofa lembut itu.

"Ohh boleh je mummy nak datang bila-bila masa pun tak kisah. Ingatkan mummy cari abang Adam. Sekarang ni abang Adam tak ada. Pergi kerja. Petang baliklah tu". Ucap Zaara menerangkan ketiadaan suaminya. Bahasa abang terpaksa diguna. Tak mahu mengundang curiga.

"Daddy tahu. Daddy nak lawat kamu. Kesian sorang-sorang dekat rumah.  5 bulan kahwin Adam layan kamu macam mana? ". Tanya Tengku Irfan menyampuk perbualan menantunya dengan isterinya. Air yang dihidang diminum perlahan. Sedap.....

"Baik daddy. Abang tak pernah marah Zaara. Daddy dengan mummy janganlah risau". Jawab Zaara sekadar menutup rasa. Sedangkan hati yang remuk sudahpun berkali-kali berderai tidak terkira.

"Baguslah macamtu. Zaara macam mana duduk rumah ni? ". Tanya Tengku Emma pula sekadar ingin tahu. Sedangkan otaknya sudah mula memikirkan pelbagai perkara untuk mengeratkan lagi hubungan anak menantunya.

Perkahwinan paksa tidak berlandaskan cinta amat susah diterima. Dia tahu Zaara berbohong. Sebagai perempuan dan isteri dia tahu perasaan menantunya. Riak wajah Zaara menerangkan segalanya. Ada sesuatu yang melukai hati gadis ini. Dia harus membuat sesuatu.

"Errr ok je. Cuma tulah bosan sikit. Tak tahu nak buat apa". Jawab Zaara berhati-hati. Takut ada kata yang menggores mertuanya.

"Lah bosan ke. Kalau macamtu Zaara kerjalah". Cadang Tengku Emma sambil tersenyum. Membawa makna yang mendalam.

"Nak juga kerja tapi mummy, Zaara tak biasa dekat KL ni. Nak minta abang takut susahkan dia. Abang nak kerja nak teman Zaara lagi. Kesian kat abang penat". Jawab Zaara mengenangkan betapa susahnya Adam nanti.

Tengku Emma sejuk hati. Gadis ini benar-benar baik. Lebih mementingkan diri orang lain. Kelakuan Adam banyak kali diselamatkan oleh gadis ini. Beruntung Adam memperolehi Nailazaara sebaga isteri. Tapi anaknya sungguh tak bersyukur.

"Zaara kerja dengan Adam jelah macamtu. Senang. Adam ada tengok-tengokkan Zaara. Esok masuk kerja. Nanti daddy bagitahu Adam". Usul Tengku Irfan tanpa mempedulikan jawapan menantunya.

Dia tahu apa yang bermain dihati isterinya.  Tengku Emma sudahpun memandangnya dengan tersenyum sungging. Macam tahu-tahu je laki aku ni. Ni yang sayang ketat-ketat ni. Muahh...

                                    •♦•♦•♦•

Zaara melihat ke arah perempuan dihadapannya lama. Tak ada angin tak ada ribut tetiba datang. Lepastu suruh dia bersiap bagai.

"Ehhh cepatlah Zaara. Siap nanti i bagitahulah i nak culik you kemana". Rengek Tengku Fiya lagak budak kecil. Dah tua pun nak berkelakuan macam budak-budak.

"Ha yelah-yelah. Tapi saya kena bagitahu Adam dulu sebelum keluar". Ucap Zaara mengingatkan tentang statusnya. Tak mahu Adam mendapat dosa kerananya. Dia tak mahu membelakangkan suaminya.

"Alahhh i dah call. Dia cakap okey. You nak i call lagi sekali ke? ". Adu Fiya sambil memegang telefonya. Cekap betul buat kerja.

"Okay... Okay... Tunggu kejap". Ucap Zaara lantas berlalu ke biliknya. Pakaian diganti dan beg silang diambil.

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now