21 | ♦ Pergi ♦ |

891 17 2
                                    

Sudah seminggu sejak peristiwa pergaduhan Zaara dan Adam di hadapan kolam renang. Dan seminggu itu jugalah Zaara mengurung dirinya tak mahu berjumpa sesiapa. Tengku Emma pula 3 hari lepas baru dibenarkan keluar dari hospital...

Tengku Irfan?...  Masih berusaha memujuk menantunya dalam masa yang sama sibuk menguruskan urusan kerja yang hampir sebulan tertangguh.

Fiya tiba-tiba terasa tak sedap hati. Dia segera mencapai beg tangan dan kunci keretanya. Rumah Zaara dituju untuk memastikan keadaan gadis itu...

Setibanya di hadapan rumah yang dihuni Zaara.. Fiya segera menapak keluar. Namun apa yang lebih memeranjatkan adalah adanya seseorang yang sedang memasang papan tanda untuk dijual. Fiya tergamam..

"Maaf encik. Boleh saya tahu mana pemilik asal rumah ni? ". Tanya Fiya inginkan jawapan mengenai keberadaan wanita itu. "Ohh sorry cik. Puan Zaara dah 4 hari pindah dari rumah ni. Tapi dia ada titipkan surat. Cik ni Cik Fiya ke? ".

Tanya lelaki itu sambil. Memandang wajah Fiya. Fiya mengangguk mengiyakan. Lelaki itu mengangguk sebelum menyerahkan sampul surat itu dan berlalu pergi.

Fiya membuka perlahan. Ingin membaca isi surat yang tertulis oleh kesayangannya.

"Assalammualaikum Fiya,

Maaf Zaara pergi tak beritahu sesiapa. Zaara nakkan ketenangan Zaara. Zaara dah tak perlukan sesiapa lagi dalam hidup Zaara kecuali anak Zaara. Zaara takut kehilangan lagi...Fiya jangan risaukan Zaara. Anak saudara Fiya.... Zaara akan jaga dengan elok.. Tolong jaga mummy dengan daddy elok-elok.
Sampaikan kata maaf Zaara buat mereka. Tolong pujuk mummy untuk tak sisihkan abang Adam. Dia layak untuk kahwini sesiapa sahaja yang dia cinta. Fiya jaga diri. Jangan cari Zaara lagi ye... Zaara mohon. Urusan cerai Zaara semuanya diserahkan pada abang Adam. Zaara tahu lagi beberapa hari Abang Adam akan kahwin. Zaara tak kisah. Maafkan Zaara sekali lagi... "

Fiya menangis. Kenapa kau kena pergi Zaara... Kami masih keluarga kau...

Segenap hati Fiya dipenuhi amarah. Keretanya dipandu menuju ke sebuah rumah. Rumah yang menempatkan manusia tak guna tu. Manusia yang tak sedar diuntung..

"Oii Adam. Kau keluar sekarang. Kau keluarlah bodoh". Jerit Fiya tanpa segan silu. Hilang sudah sifatnya yang manja dan lembut itu. Dia sakit hati sekarang ni.

"Fiya kenapa ni? ". Tanya Tengku Emma dan Tengku Irfan serentak. Wajah risau kembali muncul diwajah tua itu. " Adam mana maklong. Fiya tak puas hati lagi dengan dia. Lepas satu... Satu masalah dia bagi. Fiya memang dah tak boleh sabar dah ni".

Ucap Fiya mengepal-ngepal penumbuknya. Rasa mahu tumbuk-tumbuk wajah hensem Adam. Biar lunyai tak ada siapa lagi yang nak.

"Aku dekat sini. Kau nak apa?". Kedengaran satu suara dari arah pintu rumah. Langkah kaki itu dibawa lebih dekat menuju ke arah mereka bertiga. Bersamanya Adelia disisi. Siap berpegangan tangan...

"Datang pun kau eh. Seronok keluar dengan betina ni. Eh perempuan kau lepaskan tangan dia. Tak sedar diri". Marah Fiya sambil menjegilkan bola matanya. Sedikit pun tidak gentar memandang makhluk dua ekor ni.

"Behave Fiya. Dia bakal isteri aku. Kau tak ada hak nak cakap Macam-macam dekat dia". Marah Adam sambil menunjal-nunjal bahu Fiya. Tak mempedulikan wajah tua dibelakang Fiya yang memerah.

"Adam aku dah cakap jangan kau bawa perempuan kotor ni jejak rumah ni lagi. Kau nak kahwin dipersilakan tapi jangan sesekali kau jejak lagi dekat sini. Kau bukan anak aku lagi". Bentak Tengku Irfan hilang sabar.

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now