27 | ♦ Geng ♦ |

647 13 0
                                    

"Ayah cantiknya rumah ni. Besarnya.... Dina suka. Ni rumah kita ke? ". Tanya Dina dengan riak terujanya. Rumah dua tingkat yang menjamah mata dipandang penuh kagum.

Zaara di kerusi hadapan hanya diam tidak bersuara. Cukup benci untuk melihat rumah yang pernah dia dan Adam tinggal. Rumah dimana menjadi saksi bahagia palsu yang Adam lakukan buat dirinya.

"Ye sayang. Ni rumah kita. Rumah ayah, ummi dengan Dina.... Selamanya sampailah terpisah roh dari jasad".

Ucap Adam sambil mendukung Medina. Matanya setia memandang Zaara yang mencebikkan mulutnya. Mungkin menyampah dengan lontaran katanya.

"Err jomlah masuk. Ummi penat ni esok kerja lagi ". Ucap Zaara memandang wajah anaknya... Wajah ketatnya cuba dilembutkan. Tak mahu si kecil permatanya terasa lagi....

Dina bersorak gembira. Tak sabar nak masuk ke rumah ayahnya yang dah lama dia tunggu. Dia terpesona.... Tubuh ayahnya dipeluk kuat sambil mata memerhati umminya yang berjalan dihadapan....

"Ayah.... Dina nak bilik sendiri boleh? ". Tanya Dina berharapkan jawapan daripada ayahnya. Kedua telapak tangan dilekapkan gaya meraih perhatian. Mata dikebil-kebilkan cuba menunjuk muka comelnya..

Adam yang melihat memasang senyum geli hati. Haihhh sebiji macam ummi dia. Perlahan kepala Dina diusapnya penuh kasih. "Apa-apa untuk anak ayah sorang ni. Dina pilihlah nak bilik yang mana".

Ucap Adam membenarkan permintaan puteri sulungnya. Mata tak lepas memandang wajah senyum gembira si kecil itu. Zaara disisi hanya memandang sepi.

Sungguh dia rindukan rumah ini, suaminya, mummy dan daddy... Arghh semuanyalah. Tapi dia sedar diri. Tak mungkin Adam inginkan dia kembali. Dan mungkin ini syarat mummy untuk suruh Adam dapatkan anaknya...

Arghh Zaara kenapa kau negative sangat ni. Mummy takkan mungkin buat macamtu. Tapi mana Adelia?.... Kerja ke?. Mesti Adam dah kahwini Adelia. Rumah ini nampak sungguh kemas dan tak mungkin Adam yang kemas.... Entahlah.

"Sayang termenung apa tu? ". Tanya Adam seraya mendekati tubuh kaku yang berdiri di sisi sofa. Zaara memandang ke arah pemilik suara sebelum meraup wajahnya kasar. Asyik termenung aje kerjanya. Kepala digeleng menjawab pertanyaan Adam.

"Err...sayang masak malam ni boleh?.  Dah lama abang tak rasa masakan dari sayang. Rindu sangat". Ucap Adam sambil senyum meleret. Dalam ingatan terimbau segala jenis masakan yang pernah dimasak oleh isterinya. Semuanya sedap-sedap belaka.

Zaara diam tidak membalas apa-apa. "Sayang.... Boleh tak?.  Kalau tak boleh takpe. Kita makan luar je". Ucap Adam sedikit hampa. Duduk yang baru dilabuhkan segera bangkit ingin beredar. Tanda rajuk...

"Err... Nak makan apa?. " . Tanya Zaara serba salah. Dia masih ingat statusnya sebagai isteri. Dan dia juga perlukan Dina dalam hidupnya. Lagipun Dina tak biasa sangat makan di luar bila dah larut malam.

Adam senyum kembali. Tubuh Zaara didekati kembali sebelum melekapkan kesua tangannya disofa. Mengunci pergerakan Zaara untuk terus berjauhan darinya.

Sesungguhnya tubuh mereka tersangatlah dekat. Sehinggakan desah nafas hangat daripada Adam benar-benar terasa dikulitnya. Zaara berdebar dek rasa ini. Mengejutkan perasaan kasih dan cinta yang sekian lama cuba dipadam.

"Ermm.. Apa kata kalau kita makan nasi ayam. Macam yang sayang buat untuk abang dulu". Ucap Adam gaya menggoda. Entah kenapa... Suaranya kedengaran seksi di pendengaran Zaara. Zaara telan liur. Haihh iman jangan bersepai depan lelaki yang seorang ini.

"Ok". Ucap Zaara perlahan. Kepala dikakukan takut bergerak sedikit bakal bersentuhan dengan mahkluk yang menggegar jiwa ini. Lututnya sudahpun longlai berlama dalam keadaan ini.

Adam memasang senyum lebar. Tahu akan kegugupan Zaara melalui riak wajahnya. Sebenarnya dia juga agak kekok setelah bertahun lama tidak bermanja dan bersua muka. Rindu itu sentiasa tapi silapnya kerana melebihkan ego.

"Err... Kalau dah tak ada apa-apa saya nak naik bilik dulu. Nak rehat sebelum masak nanti". Ucap Zaara lantas menolak tubuh Adam kalut. Takut dia melebur dekat situ... Adam mengeraskan diri tak mahu berganjak. Segenap inci wajah isterinya dipandang penuh sayu.

Faham akan kemarahan dan kebencian daripada bidadari dunianya yang seorang ini. Perlahan dia mengangkat tangan membiarkan Zaara pergi menuju kebiliknya. Memenangi hati Zaara tidak memerlukan kekerasan. Takut makin dibenci.

"Ehh ummi.. Ummi nak apa? ". Tanya Dina tatkala melihat umminya betul-betul dihadapan pintu biliknya. Wajah ummi yang memerah dipandangnya pelik. Zaara memandang anaknya lama.

"Err Dina buat apa dekat sini? ". Tanya Zaara pula inginkan kepastian. Jangan cakap anaknya nak bilik ni. Ni bilik ummi dulu Dina. "Ni bilik yang Dina pilihlah". Jawab Dina membuatkan Zaara terkejut.

"Ohh... Ummi tidur dengan Dina la". Ucap Zaara mengharapkan persetujuan anaknya. Namun pamtas Dina menggeleng kepalanya dengan jari yang dikibas gaya 'no'

"Ummi kan sebilik dengan ayah. Ni bilik Dina. Mana boleh kita share". Ucap Dina dengan pemikiran matangnya. Zaara melopong mendengar kata-kata yang keluar dari puterinya yang seorang ini.

"Amboii anak ummi ni. Pandai dah dia. Tak takut ke tidur sorang? ". Tanya Zaara cuba takut-takutan si puteri seorang ni. Namun ianya tidak memberi kesan kepada Dina.

"Ummi.... Dina dah besarlah. Ummi tidurlah dengan ayah. Kan ayah? ". Ucap Dina seraya memandang ke arah Zaara. Atau lebih tepat dibelakang Zaara.

Adam menepuk dahi...kantoi pula. Zaara melopongkan bola matanya dan dengan geramnya dia menoleh ke arah belakangnya. Wajah taik kambing Adam menyapa matanya.

"Tempat seorang isteri kan disisi suami. Apa salahnya sayang tidur sebilik dengan abang". Pujuk Adam sambil menguyukan matanya. Syahdu dan perlahan saja nadanya.

Zaara yang mendengar terasa serba salah. "Dina tidur dulu. Nanti ummi panggil untuk makan malam ye. Ohh jangan lupa mandi dulu. Suruh ayah mandikan".

Ucap Zaara seraya berlalu pergi kearah sebuah bilik. Bilik yang pernah menjadi saksi kebahagiaan mereka suatu masa dulu. Adam senyum sebelum memandang ke arah anaknya.

"Pandai anak ayah ni. Dah jom mandi. Nanti ummi marah pulak". Ucap Adam segera berlalu ke bilik air bersama Dina di sisi.

Zaara turut mandi dan merehatkan badannya. Otak berfikir untuk tidur dimana. No way tidur dengan Adam. Tengok muka dia pun dah benci inikan pulak nak sebilik. Silap-silap mati kejung karang... Ish kau ni Zaara apa cakap laki kau camtu...

Beberapa minit Zaara berendam sebelum bangkit memakai pakaiannya. Terdetik di hati mahu melihat Dina yang sedang dimandikan Adam. Entah pandai ke tidak tu.

Pintu bilik air yang bising sedari tadi dikuaknya perlahan. Terkejut rasanya tika ini. "Ni mandi ke main sabun ni? ". Tanya Zaara sambil menggelengkan kepalanya. Haihh tak boleh diharaplah laki aku ni.

"Ummi.... Bestlah main sabun dengan ayah. Banyak buihh Dina suka... Cantik... Macam ummi". Ucap Dina sambil menempelkan buih sabun dihidung Zaara. Zaara terkejut dan memandang wajah anaknya dan Adam silih berganti.

"Awak ni pandai tak mandikan Dina. Saya dah habis mandi pun tak sudah. Dah gosok gigi belum? ". Tanya Zaara agak dingin sambil mata memandang wajah Adam. Adam menggarukan kepalanya yang sememangnya tidak gatal sebelum menggelengkan kepalanya agak perlahan.

Zaara memgeluh kasar. Inilah sebabnya sesetengah laki memang fail bab mandikan anak. Zaara segera keluar sebelum mengambil bekas mandian Dina. Berus gigi diberikan kepada anaknya sebelum dia membuka shower tepat ke badan anaknya.

Adam hanya menikus disisi tak tahu hendak berbuat apa-apa.

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now