5 | ♦ Hari pertama ♦ |

554 17 0
                                    

"Maafkan aku Zaara. Aku keliru. Aku tersepit antara kekasih yang aku cinta dan isteri yang datang tiba-tiba. Aku tahu kau terseksa. Suatu hari aku akan pergi dari hidup kau. Beri kau kebebasan untuk bersama dengan orang yang kau cinta ".

Ucap Adam lantas menyeka air matanya yang tiba-tiba mengalir. Apa perasaan ini?..... Dia benci melihat air mata Zaara mengalir keluar kerana dirinya.... Dia tak mampu dekat dengan Zaara lebih lama. Wajah Adelia dibentang dalam minda lama. Ingin mencari kasih dan cinta yang ada...

Adam menapak ke biliknya tatkala terlihat Zaara yang mulai bergerak menuju ketangga. Mungkin sudah siap mencuci pinggan. Air matanya juga sudah kering.

Adam menyandarkan badannya dibelakang pintu. Menanti derap kaki gadis itu melangkah pergi. Namun derap kaki itu terhenti betul-betul dihadapan pintu biliknya.

"Selamat malam. Maafkan dosa-dosa saya harini. Assalamualaikum suami saya". Ucap Zaara seperti selalu. Ayat yang selalu diungkap pada setiap malam sebelum tidur selepas dia digelar isteri. Walaupun dia tahu suaminya tidak mungkin mendengar.

Namun Adam yang berdiri dibalik dinding beriak biasa. Dia tahu ungkapan itu. Ungkapan yang sering didengarinya pada setiap malam. Ungkapan yang mendamaikan hatinya. "Selamat malam. Aku maafkan dosa-dosa kau harini. Waalaikummusalam Nailazaara Nuafra".

Jawab Adam seperti hari biasanya. Cuma kali ini nama Zaara disebut dengan perlahan sekali. Seakan terhimpit dengan perasaan bersalah yang dia lakukan pada gadis suci itu.

"Adelia..... Adelia..... Adeliaa......" Adam mengulang berkali-kali nama indah itu. Dia merindui gadis itu. Bertahun gadis itu belajar di luar negara. Sedikitpun tidak mengirim khabar berita.

Telefonnya diambil. Beratus text mesej daripadanya sejak gadis itu pergi tidak pernah dibalas. Sibuk dengan assignment mungkin. Gadis sepintar Adelia semestinya sedang tekun belajar menimba ilmu disana-sini. Fikir Adam positif tanpa mengesyaki apa-apa.

Sedangkan......

"Beb kau nak join tak malam ni? "Ajak Kathrina kepada Adelia dan Sarah. Gadis kacukan itu sedang memasang senyum tatkala menanti jawapan dari kedua sahabatnya. Dan. Senyumnya melebar tatkala mereka berdua mengangguk setuju.

"Jom. Aku dah set awal-awal dah dengan diorang. Kau akan datang punya. Girl hot kut mestilah ramai nak". Ucap Kathrina gembira. Mahu menumpang kepopularan Adelia dengan mendekati gadis itu.

Kereta milik Kathrina berhenti betul-betul diahadapan banglo yang sedang bergema dengan muzik bising dari dalam.

Mereka bertiga dengan gembiranya melangkah masuk tanpa rasa segannya. "Hai babe. You datang. I ingatkan you nak high class je" . Ucap Max tatkala melihat crushnya melangkah masuk dengan seksinya.

Adelia yang mendengar hanya tergelak kecil. Dia terus menari-nari dengan ghairahnya tanpa memikirkan mata gatal yang memandang. Bajunya yang cukup terdedah begitu menghangatkan keadaan yang ada.

Lelaki yang meraba-raba tubuhnya tidak diendah sama sekali. Yang penting dia puas. Nak harapkan kekasih mainannya yang ada di Malaysia itu?..... Jangan kata raba..... Peluk  pun taknak. Sentuh tangan pun sekejap je......kolot sungguh

Bagi Adelia dia mahukan lebih dari itu. Hubungan yang bebas. Bukannya kolot seperti Adam. Oleh sebab itu Adam dijadikan tempat lubuk emas. Memandangkan kekayaan yang ada pada lelaki itu begitu banyak. Kesempatan haruslah diambil.

Pada awalnya penghijrahannya ke UK ini untuk menyambung pelajaran. Memandangkan dia adalah salah seorang pelajar terpintar di universitinya dahulu. Tetapi disebabkan pergaulan yang terlampau bebas dia kian hanyut.

Budaya disana begitu open. Dia jadi seronok dan puas. Dibelai oleh ramai lelaki. Menjadi perhatian ramai dengan tubuh dan wajah seksinya. Dia bangga akan keadaan itu. Ramai lelaki yang telah menjadi teman tidurnya. Mengandung?..... Berkali-kali digugurkan...

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now