Genap seminggu honeymoon Zaara dan Adam. Genap juga seminggu Fiya terbeban dengan muka si gila tu. Siapa lagi kalau tunang tak diiktiraf dia.
Urusan dipejabat berjalan seperti biasa walaupun ketiadaan bos besar. Fiya awal-awal lagi dah dapat tahu akan ketiadaan Adam. Masyukkkkk merpati pencen dua joli tu.
Dah nak masuk setahun baru pergi honeymoon. Tak best langsung. Tapi Fiya faham sebabnya.... Lepasni dia pulak. Kahwin tanpa dasar cinta macam Zaara dan Adam. Dan ending dia akan bahagia juga ke...
"Assalammualaikum ". Ucap seseorang dari luar pintu rumah. Fiya menyelak langsir melihat tetamu yang datang. Senyumnya melebar. Pintu segera dibuka menyambut kedatangan kesayangannya.
"Waalaikumsalam. Asal nak datang tak bagitahu i?". Tanya Fiya sambil merangkul tubuh kecil Fiya. Dikucup pipi gadis itu macam makcik-makcik selalu buat.. Heheh..
"Abang Adam ni yang ajak datang. Kebetulan kitaorang ada belikan awak satu family buah tangan". Ucap Zaara sambil memegang tangan Fiya erat. Girls bila dah jumpa tau lah macammana kan..
"Lah susah-susah jek. Eh masuklah. I panggil ibu kejap. Baba dah pergi kerja. And sorry Adam i ponteng kerja harini". Ucap Fiya sambil menayang senyum siput bila penat berlari....
Adam hanya menggelengkan kepalanya. Malas nak marah-marah sepupu dia yang senget ni. Langkah kaki dibawa masuk ke dalam menuju ke ruangan mewah milik rumah Fiya.
Duduk dilabuhkan setelah dipelawa. Fiya menghilang mungkin mencari ibunya. Beberapa minit Tengku Maisara muncul bersama Fiya disisi.
Tangan Tengku Maisara disalam Zaara dan Adam sambil tersenyum mesra.
"Ha Adam. Best bercuti dengan Zaara? " .Tanya Tengku Maisara membuka kata. Adam hanya mengangguk bersama senyuman.
"Ha ni kenapa datang tak bagitahu. Terkejut makngah bila Fiya cakap Adam dengan Zaara datang" . Ucap Tengku Maisara lagi sambil memandang wajah anak saudaranya bersama isterinya.
"Sorrylah makngah. Tak plan pun nak datang. Tapi alang-alang dah lalu and Adam pun ada beli buah tangan tu singgah sekejap". Jawab Adam menerangkan.
Tengku Maisara hanya mengangguk. Hukuran beg kertas yang dihulur Adam diambil. Ucapan terima kasih diucapkan sambil memasang senyum. Lama tak dapat hadiah...
"Eh Fiya tercegat apa kat sini ni?. Kenapa tak buat air untuk Adam dengan Zaara? ". Tanya Tengku Maisara yang baru perasan akan kehadiran anaknya yang sememangnya dah lama bertapak disitu.
Fiya mencebik. " Eh takpe makngah. Kejap je ni. Nak singgah rumah mummy lagi, rumah maksu, makteh nanti". Halang Adam mematikan langkah kaki Fiya.
Fiya tersenyum. Memang tak rajin kalau nak buat air ni. Nak-nak untuk Adam cerewet tu. Nanti ade je dia komen. Menyampah....
"Adam minta diri dulu eh makngah. Assalammualaikum ". Ucap Adam setelah beberapa minit bertapa disitu. Makngahnya disalam sebelum melangkah pergi menuju ke destinasi seterusnya.
. . . . . . . . . . .
Pintu rumah dua tingkat yang ditinggalkan seminggu itu dibuka perlahan. Dengan lafaz Bismillah dan salam diberi sebelum kaki kanan melangkah masuk.
"Lama tak jumpa rumah ni. Rindunya". Ucap Zaara mengamit perhatian si suami. Adam tertawa kegelian.
"Seminggu je sayang. Bukan bertahun" . Ucap Adam menerangkan kepergian mereka yang taklah lama pun.
Zaara tertawa kecil melihat suaminya ketawa. "Seminggu pun lama tau. Saya rindu nak kemas nak masak untuk awak. Dekat sana asyik berjalan dengan duduk dalam bilik je buat pahala".

YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...