11 | ♦ Rela ♦ |

518 12 0
                                    

Adam memandang lama wajah Zaara yang sedang menonton tv sambil bergelak tawa itu. Sekejap dia mencium pipi Zaara tanpa beritahu.

Zaara yang sudah membiasakan diri dengan sentuhan Adam hanya beriak biasa. Kacau betul orang tengah feeling-feeling tengok tv ni.

"Sayang.... " Panggil Adam meleret. Suaranya kedengaran seksi dan menggoda. Zaara dah telan liur. Ha kenapa laki aku ni. Laim macam jek....

"Hmm". Zaara menyahut. Wajah Adam tidak dilihatnya. Adam sudah tarik muncung kerana dilayan endah tak endah oleh Zaara.

"Sayang..... " . Panggil Adam lagi sambil menarik wajah Zaara untuk memandangnya. Zaara hanya menurut walaupun jantungnya berdebar.

"Sayang sayangkan abang tak? ". Tanya Adam inginkan jawapan. Wajah Zaara dipandangnya penuh harapan. Jawapan dari mulut Zaara ditunggu.

Zaara mati kata. Mestilah sayang tapi entah kenapa jawapan itu seakan tak mahu keluar dari mulutnya. Mungkin terlalu cuak dengan pandangan suaminya hingga tak mampu bersuara.

"Sayang tak sayangkan abang ke? ". Tanya Adam tatkala melihat Zaara hanya kaku tidak bersuara. Tubuhnya sudah didekatkan ke tubuh Zaara perlahan.

Zaara pula semakin menolak tubuhnya ke belakang. Namun tanpa sedar dia telahpun terbaring disofa tak mampu bergerak. Adam mengepung Zaara menggunakan tangannya.

"Err sayang. Zaara sayang.... ". Jawab Zaara sambil menutup wajahnya. Malu dengan keadaan ini. Wajah Adam terlalu dekat dengannya sehinggakan kalau dia bergerak seinci bibir mereka akan bersentuhan.

Adam yang menindih tubuh Zaara segera memeluk dengan sebelah tangannya. Manakala sebelah tangannya masih lagi mengepung Zaara daripada bergerak.

"Macam tak ikhlas je". Duga Adam saja menyakat isterinya. Zaara mati kata. Aku ikhlas kau boleh cakap tak. Ada yang kena luku ni.

"Eee awak, saya ikhlas lah". Ucap Zaara sambil menatap wajah Adam. Hilang sedikit malunya. Namun tangan masih menutup bibirnya.

"Bukti? ". Tanya Adam memasang senyum. Senyum menggoda. Mak aihhh laki aku jangan buat aku terkondensasi....

Zaara memandang lama wajah Adam. Berkira-kira mahu membuktikan sayangnya. Adam masih setia menunggu.

Dan tanpa diduga Zaara terus mengucup dahi Adam lama. Perlahan menuju ke mata, hidung dan..... Bibir lelaki itu lama.

Adam tersenyum. Dia terus mencium Zaara pula sebagai balasan. Zaara yang geli mula tertawa kecil. Adam terus memeluk Zaara menuju ke bilik mereka.

"Jom tidur". Ajak Adam sambil mendaki tangga. Zaara memeluk leher Adam dengan tangannya. Faham dengan maksud suaminya. Dan dia sebagai isteri berasa rela untuk bersama suaminya.

Malam pertamanya yang tertangguh akhirnya terjadi saat bulan yang ke 10 perkahwinan mereka.

"Sesungguhnya sayanglah bidadari syurga abang didunia ataupun di alam sana. Kerana Zaara adalah pelengkap dan kekuatan hidup abang. Terima kasih sayang". Ucap Adam sambil mencium lama dahi Zaara.

Zaara hanya merelakan. Tiada lagi rahsia diantara mereka. Zaara bersyukur kerana perkahwinan mereka masih dikekalkan Allah. Semoga bahagia ini selalu berlarutan hingga ajal menjemput kita.....

•♦•♦•♦•

"Fiya berlari anak di taman yang luas itu. Setiap hujung minggu memang dia akan pergi jogging atau berkelah disitu. Saja ingin merehatkan diri....

Harini dia tidak keseorang. Adam dan Zaara ikut sama konon mahu meluangkan masa bersama.

Fiya bersyukur kerana akhirnya sepupunya benar-benar telah sedar akan cinta Zaara. Bahagia terukir dalam wajah pasangan itu. Fiya jeles. Aku bila lagi....

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now