Kereta audi milik Adam meluncur laju memasuki perkarangan rumah dua tingkat maksunya itu. Kereta-kereta yang terparkir elok diluar rumah banyak sekali. Debar terasa di hati.
"Jom keluar tak payah nak bertapa dalam kereta aku". Perli Adam sinis. Tangannya sudah memegang beg bagasi yang mengandungi bajuku dan dia. Entah bila masa dia keluar aku tidak perasan.
Aku keluar juga dari perut kereta. Wajah mummy dan daddy menyapa pandangan mata. Wajah saudara Adam yang lain turut sama muncul menyambut kedatangan kami.
"Nilah Naila cantik orangnya". Ucap maksu sambil menghulurkan tangannya. Aku bersalaman sambil menayang senyumku. Malu dipuji dihadapan ramai orang.
Aku memang tidak berjumpa dengan ramai saudara Adam. Sementelah perkahwinan ku terjadi begitu tiba-tiba saja. Semua yang ada aku salam.
" Lama tak jumpa akak". Ucap Natrah lantas menyambut huluran tanganku. Dia memasang senyum senget. Natrah baru berusia 17 tahun tika ini. Peperiksaan spmnya baru sahaja habis.
"Samalah. Akak rindulah dekat Natrah". Jawabku jujur. Aku memang tidak mempunyai adik beradik yang lain. Membolehkan aku merasa sayang terhadap Natrah persis adik kandungku.
"Ha Adam masuklah bawa isteri kamu masuk bilik. Maksu nak kemas apa-apa yang patut". Ucap maksu lantas kembali menyambung kerjanya yang tergendala.
"Errr maksu mana yang lain? ". Tanya Adam mencari sepupunya yang lain mungkin.
"Ohh diaorang semua pergi jalan-jalan. Lama tak jumpa tu yang dating tu beramai-ramai". Jawab maksu mengingatkan tentang anak buahnya yang lain.
Adam hanya mengangguk faham lantas membawaku pergi ke arah bilik untuk menginap. Aku hanya mengikuti tanpa banyak bicara.
•♦•♦•♦•
"Arghhh Zaara you ada?. Mati-mati i ingatkan you tak datang". Jerit Fiya tatkala terlihat wajahku yang sedang menyapu sampah diperkarangan rumah.
Aku membalas peluk dari Fiya. "Mummy dengan daddy yang suruh datang". Jawabku menerangkan sebab keberadaanku disini.
"Tak kisahlah. Ada geng baru nampaknya". Ucap Fiya sambil tersenyum penuh makna. Aku hanya membisu melihat senyumnya yang tak dapat aku tafsir.
"Hey Fiya siapa ni?. Kau bawak kawan tak cakap pun". Ucap seorang lelaki yang berjalan mendekati aku dan Fiya. Bersamanya dua lagi perempuan dan 2 orang lelaki. Jumlahnya termasuk Fiya ialah 5 orang.
"Ni lah Zaara yang aku cerita tu. Cantikkan dia". Ucap Fiya memperkenalkan aku kepada mereka semua.
"Lah ni ke Kak Zaara. O. M. G. Cantiknya. Untung abang Adam". Jerit seorang perempuan manakala yang seorang lagi hanya tersenyum saja.
"I Tengku Indira Athea, adik Kak Fiya". Ucapnya memperkenalkan diri.
"Saya Tengku Imani Raisa anak makteh". Kenal seorang perempuan yang nampak pendiam itu pula. Bahasanya juga saya-awak tahu sangat dia macam aku.
"I Tengku Aizat Fahmi anak mokde,yang sebelah ni Tengku Iman Raiz anak makteh abang kepada Raisa". Kenal dua orang lelaki yang sedari tadi hanya memerhati perbualan kami.
"And i Tengku Firdaus Nazmi anak maksu". Ucap lelaki yang menyampuk perbualan mereka awal tadi. Bersamanya terpasang senyum mesra.
Zaara menyambut perkenalan mereka dengan senyuman dan pelukan untuk yang perempuan saja ye. Masing-masing perangai macam Fiya mesra dan baik.
"Dahla saya nak sambung sapu sampah ni. Awak pergilah masuk dalam ". Ucap Zaara lantas membetulkan kedudukan penyapu yang dipegangnya.
Yang lain mengangguk lantas masuk ke dalam rumah bersama beg yang banyak. Apalah yang dibazirkannya lagi.

YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...