34 | ♦ Jururawat ♦ |

1K 22 11
                                    

"Aku tak nak makan". Ucap Adam sambil membuat muka menyampah. Beberapa kali dia sudah memaklumkan untuk tidak menghantar sarapan pagi.

"Encik kena makan. Kalau tak bila nak sembuh". Ucap nurse itu tadi tegas. Dah sakit tak sedar diri pulak mamat ni. Sabar... Sabar...

"Eh kau ni nurse baru ke?.  Kau tahu tak ni hospital siapa?. Tak ada sesiapa cakap dengan kau ke yang aku tak suka sarapan". Bentak Adam marah. Pahal nurse ni nak paksa-paksa dia pulak ni. Menyampah...

'Haih.... Dekat rumah elok je awak makan sarapam saya. Kenapa sekarang tak nak pulak'.  Desis hati kecil Zaara bersama kerutan di dahinya.

"Asal kau pandang aku dengan berkerut-kerut hah dahi tu?.  Kau umpat aku eh? ". Ucap Adam lagi. Namun jauh disudut hatinya bukanlah dia terlalu marah akan perihal sarapan itu.

Hanya saja kerana nurse baru itu... Matanya sama persis seperti isterinya. Sungguh dia merindui wajah itu. Wajahnya ditutup mask menyebabkan Adam tidak dapat melihat wajah itu.

'Arghhhhhhh Adam... Apa kau fikir?.  Zaara datang sini nak tengok kau?.  Jangan mimpilah.... Dia lebih bahagia tanpa kau. Tapi... Takkan sekelumit rasa risau tak ada dalam hati dia pasal aku? '.

Bicara hati Adam memikirkan kemungkinan itu.

"Encik... Encik...? . Panggil Zaara berkali-kali. Tangan sudahpun dihayun kekiri dan kanan tepat dihadapan wajah suaminya. Haihhhh termenung pulak laki aku ni.

"Nak apa?. Aku dah cakap aku tak nak makan". Ucap Adam seraya menolak kasar nurse itu keluar. Zaara mengeluh lantas berlalu menuju ke arah begnya.

Bekal yang dibawa untuk dirinya diambil sebelum mengeluh kasar. "Bai....bai bekal tengah hari aku". Ucap Zaara sambil mengeluh kecil.

Tukk.. Tuk... Tuk... Pintu bilik suaminya dibuka kembali. "Encik ada makanan untuk encik". Ucap Zaara lantas menghulurkan bekal miliknya.

"Ishhh kau ni. Aku cakap dah aku tak nak makan". Ucap Adam seraya menatap tajam nurse yang seakan mirip isterinya pada bahagian mata. Argh.... Jantung... Jangan buat hal nak berdegul kencang.

Jangan suka nurse ni. Kau dah ada Zaara. Jangan ulang kesilapan lama...

"Tapi ni dari Cik Fiya. Dia minta passkan sebab katanya Encik tak makan makanan hospital". Ucap Zaara bohong. Adam dah melongo. Wow.... Syabas Fiya woi. Sejak bila prihatin ni.

"Saya letak sini. Encik makanlah". Ucap Zaara lantas berlalu pergi. Pintu bilik ditutup rapat sebelum beberapa detik matanya kembali mengintai kegiatan suaminya. Aihhh comelnya dia dengan muka pelik dia.

Terlihat suaminya mendekati bekal makanan itu dengan penuh pertanyaan. "Haih... Fiya sejak bila kau baik ni?". Ucap Adam seraya mencapai bekal itu. Serentak itu ada kertas yang jatuh ke lantai dipercayai dari bekal itu.

Adam melihat kertas putih itu sebelum mengambilnya. Dibuka kertas itu perlahan lalu membacanya. Beberapa detik kemudian terpasang senyum diwajahnya.

Zaara yang mengintip di luar pintu juga memasang senyum. Haih.... Makan dah laki aku. Lega hati.

Hai Fiya...

Ni saya ada masak untuk awak. Gembira dapat jumpa awak lagi walaupun sekejap. Yelah... Ada orang tukan nak ambik baju Adam aje... Bukannya nak jumpa kita.

"Ya Allah comelnya isteri aku ni. Fiya je dapat bekal aku ni macam mana?. Dah rindu dah ni dengan dia". Ucap Adam geli hati... Manja betul isteri aku ni.

Eh jap apa tulisan buruk bawah ni.

#Ps... Woi Adam nah Zaara masakkan untuk aku. Tapi aku rasa better kau yang makan. Kau mesti rindu masakan dia kan. Muahahah. Thanks me later.

Tu dia.... Adam kembali memasang senyum lebar. Memahami dah si Fiya ni. Ni baru betul sepupu dia. Selama ni sepupu olok-olok aje.

. . . . . . . . . . .

"Hai cousin". Teriak Fiya sebaik kakinya melangkah masuk kedalam bilik serba mewah milik Adam.

"Woi.... Elok-elok sikit perangai. Terjerit-jerit macam beruk ni kenapa?". Tegur Adam namun matanya masih setia menghadap kertas tulisan tangan milik Zaara. Haihhhh tak dapat tengok orang tengok tulisan pun tak apalah.

"Woi mabuk eh?. Aku tak tahu pulak zaman sekarang tengok kertas pun boleh jadi khayal. Udah-udahlah senyum sorang-sorang tu. Mental nanti".

Seloroh Fiya sambil melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan. Adam menjeling sekilas kearah gadis itu sebelum kembali menatap kertas itu.

"Haih... Mamat ni karang. Aku baliklah". Ucap Fiya sambil menayang muka menyampah. Entah apa kertaslah yang ditengokkan tu.

"Weyh... Fiya. Thanks tau memahami aku. Sayang kau. Esok minta lagi boleh? ". Ucap Adam sambil memandang wajah Fiya dengan penuh harapan.

"Oh... Ha boleh... Eh apa?. Minta apa?. Dekat siapa? ". Tanya Fiya blur. Adam dah tayang muka menyampah. Like seriously...

"Ni hah... Kan pagi tadi kau bagi aku bekal. Masakan dari Zaara untuk kau tapi kau bagi aku. Ni kertas ni kau bagi sekali. Kau passkan dekat nurse baru tu pagi tadi".

Terang Adam sambil menunjukkan lertas yang membuatkan dia khayal. Sebentar tadi. Dengan laju dia mengambil kertas itu sebelum membeleknya laju.

Hohohohoho Zaara..... Patutlah masa terserempak tadi beriya kau minta maaf dekat aku. Lepastu menyengih aje dari aku sampai sampailah masuk bilik Adam. Ternyata aku dijadikan kambing hitam.

Tu boleh faham lagi kalau niat dia nak suruh laki dia makan. Tapi yang tak boleh blah tu asal tulisan dia kena jadi buruk. Tulisan aku lawa siut. Berangkai lagi....

"Tak nak... Mintalah isteri kau sendiri". Ucap Fiya acah-acah. Kertas sudah dikembalikan. "Alah... Fiya. Sampai hati kau".

Pujuk Adam sambil menayang wajah simpati. Namun wajahnya kembali normal saat pintu dibuka dari luar. Kelihatan nurse baru itu memasuki sambil membawa troli yang berisi makanan.

"Makan encik. Lepastu makan ubat pulak". Ucap Zaara sambil memandang Fiya yang sudah menyengih kecil. Ada yang kantoi ni karang.

"Letaklah situ nanti aku makan. Kau tak panas ke pakai mask tu?". Tanya Adam sambil memandang curiga. Zaara dah cuak tak tahu nak jawab apa.

"Kau ni... Biarlah dia. Lagipun untuk safety dia jugak. Nak-nak masuk bilik kau yang konfirm-konfirm busuk ni. Kau tak mandi lagi ke hah? ".

Ucap Fiya backup Zaara yang jelas kelihatan terkedunya dek soalan Adam.

"Awak keluarlah dulu. Nanti saya make surekan mamat ni makan okey". Ucap Fiya mencari jalan selamat. Karang buatnya Adam tanya soalan lain lagi mampus nak menjawabnya.

"Kau ni Fiya... Sejak bila nurse tu kerja?. Macam kaku je. Dahlah paksa aku makan sarapan pagi tadi". Ucap Adam mengeluh kasar.

Fiya dan bantai gelak. "Woi... Jantan cool lah. Memanglah dia kaku first time kerja kan. Kau ni pun lagipun diakan ikut tugas dia as nurse. Kau bagilah kerjasama". Ucap Fiya menerangkan.

"Okay fine. Tapi aku rasa aku taknaklah dia yang uruskan aku. Tak selesa lah". Ucap Adam mencuba berdalih. Cakap ajelah takut tersangkut.

"Mengada. Tengoklah nanti aku uruskan". Ucap Fiya sekadar berbunyi di mulut. Apa?... Mana boleh tukar orang lain Adam oi... Tu isteri kau and kerja dia nak suprisekan kau selain nak buat kau insaf....

Baru sehari dah minta tukar.... Ceh.

#Rin tahu chpter ni hambar
Muahaha dah tkde idea nak wt cne. 🤗

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now