Seminggu sudahpun berlalu sejak pertemuan pertamanya dengan Adam. Dan kini Zaara memandang wajah dihadapannya dengan pandangan yang sukar ditafsir. Semua perasaannya digaul sebati menjadi satu adunan. Marah.....
"Please". Rayu suara itu dengan memek muka yang sengaja untuk meminta simpati. "Tak... Awak ingat saya ni apa. Sesenang tu untuk dihalau sesenang tu untuk dibawa balik".
Marah Zaara tidaklah agak kuat. Tak nak menganggu ketenteraman jiran yang lain. " Please sayang. Abang minta maaf okey atas semua salah abang. Abang menyesal".
Rayu Adam sambil melekapkan kedua tapak tangannya tanda simpati. Ia... Di hadapannya adalah suaminya sendiri Adam.
Mana dapat alamat?.... Semuanya mesej daripada Iqbal. Terkejut juga tatkala lelaki itu tiba-tiba mesejnya dan menanyakan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan dia tertanya... Siapa Iqbal. Dan kenapa dia tahu kisah hidupnya dengan Zaara.
'Tengku ni saya Iqbal'
'Ya Iqbal kenapa?. Ada masalah ke dengan perbincangan kita? '.
'Tak bukan pas kerja. Tapi pasal Zaara'.
'Kenapa dengan dia?. Dia sakit?. Atau dia ada apa-apa jadi dengan dia. Bagitahu saya Iqbal!! '.
'Dia ke wife tengku yang hilang tu? '.
'Ya dia.... Terima kasih sebab bawa dia tadi. Kalau tak saya mungkin masih tak ada semangat untuk hidup 😪'
'Tengku tak nak pujuk dia balik? '.
'Semestinya nak.. Saya dah lama cari dia'.
'Ni alamat dia. Jalan Melati no 11 rumah warna biru laut. Tengku dapatkan hati dia balik tengku. Mungkin secara zahir dia bencikan tengku... Tapi hatinya saya tahu dia masih sayangkan tengku'
'Baiklah. Terima kasih sebab sudi tolong saya'
'Sama-sama tengku. Saya buat cuma demi Zaara dan Medina'
"Senang je awak cakap. Dengar sini saya takkan sesekali ikut cakap awaklah. Lagipun awak ada Adelia. Jadi jangan cari saya lagi. Oh ya... Awak kena ingat saya bukan isteri awak lagi".
Marah Zaara menegakkan keyakinannya. Dia sedar statusnya sekarang. Dan dia juga yakin Adam juga telah menandatangani borang cerai dulu.
"Tak... Sayang masih isteri abang. Borang tu abang sikitpun tak usik malah abang dah koyak. Dan jangan cakap pasal Adelia. Dia dah pergi dari kita semua. Abang nak pulihkan hubungan kita. Abang menyesal sayang. Tolong".
Rayu Adam lagi menerangkan segalanya. Dia sedikit sayu tatkala Zaara membangkitkan soal cerai itu. Dia dah taknak berpisah dengan Zaara. Bukan taknak tapi lebih tepat tak sanggup, tak mampu.
"Awak sendiri yang buang saya jadi jangan mengemis untuk dapatkan saya balik. Bila Adelia dah pergi baru terhegeh-hegeh cari saya. Awak ingat saya ni tunggul ke ha... Awak tak rasa ke perasaan saya... Saya bukan mainan!! ".
Marah Zaara tak mampu lagi menahan. Kotak ingatannya asyik mempamerkan masa silamnya yang menyakitkan. Dia tak mampu lagi untuk bangkit dari kisah hitam itu. Dia masih lagi tersekat.
"Ummi.... ". Ucap Dina sambil memeluk kaki Zaara. Zaara terkejut lantas menyorokkan anaknya dari pandangan mata Adam.
"Medina Nadra.... ". Ucap Adam tersenyum melihat anak kecil itu. Air matanya mengalir tak mampu menahan rindu dan bersalah yang bersarang di hatinya. Zaara terkedu melihat air mata lelaki itu. Sudah berubahkah dia?... Zaara hiba.

YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...