Zaara memasang senyum bercampur sendu dibalik tingkap kecil yang terdapat didalam bilik itu. Bilik yang menempatkan suaminya yang sedang terbaring lemah bercampur wayar yang berselirat ditubuh.
Hampir setengah jam dia memerhati keadaan suaminya sebelum kaki mulai melangkah pergi. Menghampiri Fiya yang sudahpun keluar dari wad Adam tatkala selesai meletakkan baju-baju yang dibawanya.
"Are you okay Zaara? ". Tanya Fiya tatkala wajah Zaara betul-betul memandangnya dengan lelehan air mata. "Okay je. Mungkin sikit sedih tengok keadaan dia macamtu". Ucap Zaara mengelap wajahnya...
"Oh.. Okaylah. Jom balik. Nanti Dina tunggu lama pulak. Cik Wani tu nak buat kerja jugak". Ucap Fiya mengingatkan Zaara perihal anaknya yang dijaga jururawat sebentar tadi.
Zaara hanya mengangguk sebelum mendekati jururawat yang sedang bermain dengan anaknya itu.
"Dina... Jom balik. Thanks Cik Wani tolong tengokkan Dina tadi". Ucap Zaara sambil menghadiahkan senyum manis. Cik Wani memyambut baik senyum Zaara sebelum menganggukkan wajahnya.
Zaara dan Fiya segera berlalu pulang dalam kebisuan diri. Masing-masing dengan dunianya sendiri. Dina pula sudah tertidur di seat belakang...
"Ummi... Mana ayah? ". Tanya Dina memecah lamunan panjang Zaara. Wajah Dina yang sedang memandangnya dipandang penuh kasih sebelum dibelai lembut wajah itu.
"Ayah kerja... Nanti ayah baliklah tu".
"Alaaa... Dina baru nak ajak ayah pergi beli mainan". Ucap Dina sambil memuncungkan mulutnya. Zaara menggeleng kepala melihat telatah Dina sambil menguntum senyum.
"Nanti ayah balik... Kita jalan-jalan eh. Beli barang Dina. Nak tak? ". Tanya Zaara menarik minat si kecil. Hilang sudah muncung itiknya. Laju kepala dianggukkan tanda setuju.
"Dah.... Kalau nak pergi tidur sekarang. Esok lambat bangun sekolah pulak. Selamat malam anak ummi". Ucap Zaara lantas mencium dahi dan pipi Dina... Dina turut berbuat hal yang sama sebelum melangkah pergi meninggalkan umminya yang masih duduk di sofa.
Zaara diam memandang tepat ke suatu sudut. Lebih tepat kepada sebuah almari kecil yang menambah curiganya sedari tadi. Kenapa almari ni berkunci? ....
. . . . . . . . . . .
Semua mata memandang tepat ke arah wajah seorang perempuan diluar pintu rumah. Pelbagai perasaan terlakar tika ini. Ada yang mahu mengalirkan air mata dan ada juga yang mencubit diri sendiri lagak tidak percaya.
"Er.... Mummy, daddy... Apa khabar? ". Tanya Zaara kekok. Wajah yang dirinduinya dipandang kejap... Suasana hening yang berlangsung hampir beberapa minit itu kembali berbunyi dengan pertanyaan daripada Zaara.
"Mummy sihat. Ni.... Betul ke Zaara?. Mummy tak bermimpi kan". Tanya Tengku Emma seraya mendekatkan diri kepada Zaara. Diusap wajah itu sebelum perlahan bibir menguntum senyum senang. Rindu....
Air mata mengalir di tubir mata melepaskan rasa rindu ditambah lepasnya beban lama. Dipeluknya tubuh Zaara erat sambil mengucapkan kata syukur....
"Masuk dulu Zaara. Kita bersembang dekat dalam". Ucap Tengku Irfan pula sambil mengusap kecil wajahnya. Tidak mahu menampakkan air mata jantannya yang mahu mengalir.
Zaara mengangguk kecil sebelum berjalan ke arah ruang tamu. Bersama Tengku Emma disisi yang masih setia memegang pergelangan tangannya bagaikan tidak mahu lepas.
"Zaara.... Maafkan mummy, daddy dengan Adam ye... Zaara jangan pergi dari kami lagi. Kami keluarga Zaara". Ucap Tengku Emma memgingati kejadian lalu. Sebak didada terkenangkan memori hitam yang melanda satu persatu itu.
Zaara mengangguk lemah. Turut sama mengingati kejadian lama. Namun bukan untuk mengungkit atau membalas dendam atas masa lalu. Yang berlalu biarlah berlalu...
"Zaara yang patut minta maaf mummy, daddy.
Zaara pergi macamtu aje tanpa khabar. Minta maaf sebab buat mummy dengan daddy susah hati". Ucap Zaara menepuk lembut tangan Tengku Emma....Benar-benar memaksudkan kata-katanya...
"Mummy.... Daddy.... Zaara sebenarnya nak minta yoling sikit. Kalau mummy dengan daddy tak keberatanlah".
Ucap Zaara meluahkan niat sebenarnya datang ke mari selain ingin memohon maaf kepada keluarga mertuanya.
"Tolong apa nak?. InshaAllah mummy dengan daddy boleh tolong ". Ucap Tengku Emma seraya memfokuskan wajah kepada Zaara.
"Nak minta tolong jagakan Dina lah. Takkan keberatan pulak nak jaga cucu sendiri kau ni pun Zaara. Soalan logik sikit".
Celah Fiya tanpa segan silu dari depan pintu. Didudkungannya terdapat anak kecil yang semestinya bernama Medina Nadra.
Zaara beku tanpa suara. Tengku Emma dan Tengku Irfan sudahpun bangkit dari duduk lalu mendapatkan cucu tunggalnya itu.
"Ya Allah cucu atuk. Comelnya macam atuk". Ucap Tengku Irfan memuji diri. Habis pipi gebu dan tembam Dina dicuitnya kegeraman.
Air mata usah dikatakan lagi. Habis semuanya dilimpahkan melepaskan rindu dan kejutan yang semestinya sudah lama dinanti.
"Mummy tak kisah. Bila-bila masa pun mummy dengan daddy boleh jaga. Tak payah mintak tolong pun kami sanggup. Tapi.... Zaara nak kemana?".
Tanya Tengku Emma penuh hati-hati. Minda sudah memikirkan perkara negatif. "Zaara nak kahwin lain ke nak?. Dah tak nak jaga Dina lagi ke? ". Ucap Tengku Emma tanpa silu. Kemungkinan itu menjadikannya gusar kembali.
Tapi.... Zaara kan anak yang baik. Takkan mungkin wanita itu akan berbuat begitu. Tapi memikirkan apa yang Adam dah buat kepadanya.... Memang layak untuk Zaara mencari teman hidup yang jauh lebih baik.
"Mummy.... Janganlah fikir jauh sangat. Zaara cuma... Nak luangkan masa dengan abang Adam. Mummy tahukan keadaan abang Adam macam mana. Zaara rasa serba salah. Kalau bukan sebab Zaara.... Mesti abang Adam takkan jadi macamni".
Luah Zaara sedih. Tak habis-habis menyalahkan diri sendiri. Lagipula... Adam itu suaminya yang masih lagi sah dan ditambah pula perasaannya buat lelaki itu mana mungkin akan padam. Meskipun beribu kali dia menidakkan semua rasa itu setelah apa yang terjadi.
"Eloklah Zaara kamu buat macamtu. Daddy dengan mummy dah tak tahu nak buat apa dengan Adam lagi. Mungkin dengan adanya kamu dia akan lebih baik. Dan Zaara.... Semua ini bukan salah kamu".
Ucap Tengku Emma mengusir rasa yang menyelubungi menantu kesayangannya itu.
"So.... Bila boleh mula projek ni? ". Tanya Fiya tiba-tiba. Nada suaranya kedengaran teruja seakan dialah watak utamanya. Terlebih riang pulak...
"Erm....esok. Alang-alang abang Adam ada dekat hospital Dina bolehlah duduk rumah mummy dengan daddy. Zaara pulak akan teman abang Adam dekat hospital. Dan semestinya sebagai jururawat sebab ada orang tukan nak benda ni rahsia sangat".
Perli Zaara di akhir katanya. Matanya galak mengerling wajah Fiya yang sudah menyengih gaya ketam tersepit. Mummy dan daddynya pula sudah masak sangat siapa yang dimaksudkan oleh Zaara.
Kesemuanya bermain mata sebelum memecah gelak tawa dek ekspresi wajah Fiya yang sudahpun memerah malu.
"Ehh bukanlah.... Fiya cuma taknak Adam tu fikir senang sangat nak dapatkan hati Zaara ni je selain Fiya dah janji tak nak bagitahu Zaara. Tu je".
Rengek Fiya demi menegakkan keadilan buat dirinya. Rengek yang bukan sampai keluar air mata tapi nada suara tu je. Sekali dengar jadi simpati. Dua kali dengar minta kaki pulak. Memgada terlebih...
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...