Zaara terjaga dari lenanya. Pemandangan putih yang menjamah mata dilihatnya pelik. Perlahan tangan menyentuh kepala yang berdenyut. Dia bermimpi ngeri..... Namun terasa nyata.
Wajah Fiya yang sedang berbaring disisi katil dipandangnya. Zaara sedar dia tidak bermimpi namun cuba menipu hatinya. Jemarinya cuba menyentuh kelopak mata yang berair.
Esak tangisnya makin kedengaran membuatkan Fiya terjaga. "Zaara hey... Kenapa ni. Janganlah nangis. Aku tahu kau kuat. Kau rehatlah dulu". Ucap Fiya cuba memujuk.
"Aku kena pergi Fiya. Aku tak ada masa nak rehatlah". Ucap Zaara sambil cuba mencabut jarum ditangannya. Sedikit sakit tangannya yang nembengkak itu.
"Kau nak pergi mana Zaara. Kau kena rehat. Ingat kau tu mengandung. Tambahan lagi kau baru je lepas pengsan". Ucap Fiya cuba menyedarkan Zaara.
Zaara luluh. Dia menangis semahunya dalam rangkulan erat Fiya. Semena pintu dibuka dari luar. Wajah mummy, daddynya ditatap penuh sayu.
"Zaara sayang. Jangan macamni. Rehat ye... Zaara stress sangat ni". Ucap Tengku Emma sambil mengusap lembut wajah menantunya. Hiba hatinya melihat keadaan Zaara. Mata yang bengkak dan kulit putih pucatnya menjadikan wajah itu kelihatan tidak terurus.
"Mummy apa yang Zaara kena rehat pulak. Zaara kena pergi. Zaara tak boleh duduk sini je". Ucap Zaara sedikit meninggi nadanya. Tengku Emma sedikit pun tidak terasa. Dia faham situasi Zaara yang baru dilukai oleh Adam.
"Jangan macamni sayang. Mummy faham keadaan Zaara. Tapi Zaara rehatlah. Pas Adam biar mummy dengan daddy yang uruskan". Pujuk Tengku Emma lagi. Jatuh kasihan pada Zaara semakin menimbun.
"Mummy tak faham. Semua orang tak faham. Zaara nak tengok papa Zaara. Papa kemalangan. Pasal Adam sedikit pun Zaara tak pedulilah. Dia bukan siapa-siapa Zaara. Dia tak penting dibandingkan papa".
Marah Zaara mengeruhkan lagi air muka mertuanya dan Fiya. Sungguh dia dah mati rasa buat jantan tak guna tu. Dia segera bangkit. Tangan yang menghalangnya ditolak kuat.
Bilik yang ditempatkan untuk En. Yusuf diredah. Sayu hatinya melihat keadaan papanya. Seluruh tubuhnya berbalut sana sini. Ditambah dengan hiasan wayar-wayar yang berselirat disana sini. Zaara semakin lemah melihat keadaan satu-satunya insan yang disayanginya.
Zaara terduduk tidak bermaya. Air mata semakin deras mengalir. "Papa jangan tinggalkan Zaara. Papa sayang Zaara kan. Jadi jangan tinggalkan Zaara. Zaara tak kuat tanpa papa. Apa yang Zaara boleh buat lepas papa pergi. Siapa yang akan jadi pelindung, penghibur, pemberi semangat bila Zaara sedih. Siapa yang akan ingatkan Zaara pasal benda yang sepatutnya Zaara tahu. Siapa yang nak bebelkan Zaara, dodoi Zaara bagi nasihat dekat Zaara. Zaara tak kuat pa. Tolonglah pa.... "
Luah Zaara hiba. Berat sungguh dugaannya. Dia tak mampu. Dalam masa sehari dia menerima hentakan berita duka bertubi-tubi. Dia tak kuat seperti yang disangka.... Allah tolong aku...
"Zaara.... ". Panggil seseorang sayu.
Zaara mengangkat muka memandang si pemanggil. Suara yang dirinduinya."Pa.... Papa..... Papa jangan pergi tinggalkan Zaara. Terima pa sebab sedar". Ucap Zaara dengan linangan air mata. Tangan lemah itu dikucup lama.
"Zaara okey?. Papa risaukan Zaara sayang. Maafkan papa sebab tak dapat selalu disisi anak papa ni". Ucap En. Yusuf perlahan. Menahan sakit yang memuncak. Tangan puterinya digenggam erat.
"Zaara okey pa. Tapi Zaara akan jadi tak okey kalau papa macamni. Papa kena sembuh. Kita hidup sama-sama". Cadang Zaara mengusap seluruh wajah tua itu.
"Zaara jangan macamni. Jangan jadi perempuan lemah. Papa tak suka anak papa nangis". Ucap En. Yusuf sesak. Bunyi mesin menganggu disekitar ruangan. Nadinya lemah.
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...