18 | ♦ Luluh ♦ |

588 15 1
                                    

Zaara memalingkan tubuhnya menghadap ke arah suaminya yang baru pulang dari kerja. Zaara mendapatkan suaminya sambil mencium pipi itu. Zaara pasang senyum manis.

Dia mahu melupakan kejadian malam semalam. Mungkin betul suaminya stress. Tambahan lagi kata Fiya semasa di mall, kerja dipejabat makin bertimbun kerana projek besar-besaran makin ramai yang berebut nak dapatkan tender.

Zaara berfikiran positif. Lagipun dia percaya dengan suaminya itu. Asalkan Adam selamat pulang dah cukup untuk tenangkan hatinya daripada dilanda kerisauan....

Adam hanya membiarkan perlakuan Zaara tanpa sebarang kata. Kakinya melangkah menuju ke bilik. Mahu membersihkan diri daripada peluh yang merenek. Seharian dia menghabiskan masa bersama Adelia. Urusan pejabat tidak diendahkan... Hanya kerana Adelia..

Zaara menghantar pemergian suaminya dengan ekor mata. Memahami keadaan suaminya. Tambahan lagi, riak penat terlakar jelas di wajah itu bersama peluh yang membasahi baju dan dahi lagi....

Zaara berbaring dikatil menunggu kedatangan suaminya. Dia mahu menceritakan semuanya yang sepatutnya diberitahu malam semalam.

Kelibat Adam yang datang menaikkan segaris senyum diwajah Zaara. Tubuh suaminya yang melabuhkan duduk di sisinya dipandang dan dipeluk erat lengan sasa itu.

"Abang sayang ada benda nak cakap". Ucap Zaara membuka kata menghalau kesunyian yang ada. Adam memandang Zaara lama. Tiada sebarang senyuman yang terzahir..

"Nantilah. Saya penat ni". Ucap Adam lantas membaringkan tubuhnya. Membelakangi Zaara yang sedang terdiam kaku dek perlakuan suaminya.

'Mungkin abang terlalu penat sampai hilang mood dia. Kesian abang... '. Keluh Zaara tanpa memgetahui perkara sebenar yang telah pun berlaku di belakangnya.

Zaara membaringkan tubuhnya namun tidak memeluk suaminya seperti selalu. Tak nak naikkan mood tak elok suaminya. "Selamat malam abang". Ucapnya sebelum melelapkan mata dan terbuai lena.

Adam melelapkan matanya kuat. Tak sanggup menghadapi si isteri yang setia. Adam merasa bersalah atas layanannya. Namun memikirkan cinta hatinya perasaan bersalah itu diganti dengan rasa marah.

Kalau Zaara tak terima pinangan mummy, kalau Zaara tak terhegeh-hegeh nak kahwin dengan dia semata sebab wasiat tak guna tu dan kalau Zaara tak terhegeh-hegeh tagih cinta dia sebagai seorang suami... Benda ni takkan jadi serumit ni.

Ianya akan jadi lebih mudah dengan sign borang cerai dan Zaara lepas. Adelia menjadi pengganti Zaara. Semuanya mudah. Namun semuanya salah Zaara. Puncanya daripada wanita tak sedar taraf itu....

Marah Adam dalam mindanya. Dadanya bergerak naik turun dengan laju. Menahan amarah yang kian mahu meletus. Wajah Zaara disisi sedikitpun tidak mahu dipandang. Api kemarahannya meluap-luap tika ini.

Adam tak mampu berlama disitu. Dia segera bangkit dan menuju ke ruang tamu. Tv dibuka dan dia membaringkan tubuh disofa. Entah bila dia terlelap....celik saja mata tv masih terpasang dan matahari juga sudah naik meninggi....

                                   •♦•♦•♦•

"Eh abang... Sayang ingat abang dah pergi kerja". Ucap Zaara tatkala sedar akan ketiadaan suaminya disisi pabila bangun pagi tadi.

Adam menggosok matanya yang kabur. "Dah pukul berapa? ". Tanya Adam bersama suara seraknya dek baru jaga.

"Pukul 11 dah abang". Ucap Zaara memberitahu suaminya. Adam beriak biasa tiada rasa terkejut atau apapun. Lagipun dia tak merancang untuk masuk office harini.

"Ohh... Saya mandi dulu kejap lagi nak pergi kerja. Dah lewat ni saya sarapan luar aje".  Ucap Adam sambil bangkit dari duduknya. Bilik dituju dan membersihkan dirinya.

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now