Tok... Tok.. Tok...
Bunyi pintu diketuk dari luar rumah. Salam diberi berkali-kali memangil tuan rumah yang ada didalam.
"Aisyhh mana dia ni. Takkan tidur kut". Ucap Fiya seraya mencangkung keletihan dek berdiri lama. Telefon dicapai untuk menelefon Adam... Belum sempat dia menekan punat memanggil pintu telahpun dikuak dari dalam.
"Fiya? ". Panggil Zaara tatkala mengenal susuk tubuh yang familiar itu. Fiya lantas memusing tubuh tatkala mendengar suara itu. Suara yang dirinduinya sekian lama.
"Oh my god Zaara. Rindunya kat you. Please jangan lari jauh-jauh dear. Tahu tak i punya kalut time you pergi a few years ago". Ucap Fiya lantas memeluk tubuh kecil Zaara.
Zaara hanya membalas pelukan pendek itu sambil tersenyum. "Saya pun rindu awak Fiya". Ucap Zaara jujur. Wajah berseri Fiya ditatapnya lama. Masih cantik seperti dulu.
"Er... Actually i datang nak ambik baju Adam. Tapi alang-alang jumpa you jom keluar". Ajak Fiya seraya memeluk lengan Zaara mohon persetujuan.
Zaara memandang lama wajah Fiya sebelum mengangguk setuju. Meskipun tika itu dia seudahpun berasa pelik.
"Fiya... Kenapa awak yang kena bawa baju Adam? ". Tanya Zaara meluahkan persoalannya. Fiya terkedu. Nak jawab apa ni weyh...
"Er... Adam... Dia takde baju nak mandi. Ha tulah tu". Jawab Fiya sedikit gagap. Tangan sudah memainkan peranannya terawang kesana sini. Zaara sedikit musykil.
"So awak kena drive ke Pahang lah kan nanti. Okay ke nak keluar dengan saya ni. Tak lewat sampai sana? ". Tanya Zaara bertubi-tubi. Entah kenapa dia rasa pelik dengan jawapan Fiya...
"Oh.. Aah. Alah sampai lewat pun takapa. Lagipun Pahang tak jauh mana punlah". Ucap Fiya menutup pembohongannya.
Ishh Adam ni kenapa tak cakap kat aku kau bohong apa dekat Zaara. Tengok hampir kantoi tadi doh...
"Oh okay. Jap eh nak siap. Awak duduklah baju Adam biar saya kemas". Ucap Zaara seraya menghilangkan diri kedalam biliknya.
Fiya hembus nafas lega. Siap kau Adam kejap lagi. Nasib baik Zaara percaya cakap aku... Kalau tak mampus kau aku cerita semua rahsia kau...
Beberapa minit berlalu muncul Zaara dengan seorang anak kecil yang kelihatan ngantuk wajahnya. Fiya terpanar...
"Comelnya... Anak saudara aku ke ni Zaara? ". Tanya Fiya seraya mencubit kedua pipi tembam Dina. Zaara hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan Fiya.
Fiya tersenyum. Sebiji ikut ayahnya tapi... Comelnya lebih kepada Zaara. Pergelangan tangan sikecil dilihat lama. Ada seutas gelang emas putih yang berkilau. Hadiahnya yang dibeli dahulu... Zaara tak lupa rupanya.
"Ummi... Who this aunty? ". Tanya Dina dengan suara seraknya. Ngantuk masih bersisa sedikit.
"Ni aunty Fiya. Aunty kepada Dina". Ucap Zaara memperkenalkan anaknya kenapa makcik saudaranya. Fiya hanya tersenyum dan memegang erat tangan sikecil..
Alololo.
"Jomlah Fiya. Asyik kacau Dina je.. Lama-lama karang tak gerak kita ni". Ucap Zaara mendapat perhatian Fiya. Fiya hanya tersengih kambing...
Langkah kaki mereka beriringan menuju ke kereta yang terparkir diluar rumah. Dina yang sedari tadi dikuasai rasa ngantuk sudah kembali segar tatkala mendengar kata jalan-jalan daripada mulut umminya...
. . . . . . . . .
"Ummi.... Dina nak main dekat sana". Ucap Dina seraya menunjuk ke arah taman kanak-kanak yang disediakan. Zaara menggangguk seraya berjalan mengikut langkah kaki anaknya.

YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomansaTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...