17 | ♦ Pilihan ♦ |

492 17 0
                                    

Zaara terjaga tatkala pintu rumahnya diketuk bertalu. Perlahan matanya digosok  membuang rasa ngantuk yang bersisa. Dia merapati pintu untuk membukanya. Wajah Adam kelihatan dimuka pintu.

Zaara mengamati wajah disisi suaminya pula. Seorang gadis yang berpakaian cukup seksi menjamah matanya. Terbit rasa curiga dalam hatinya memandangkan sekarang menunjukkan jam 3 pagi.

Anniversary yang sepatutnya disambut telahpun terlepas melihatkan suaminya yang pulang ke rumah lewat. Zaara mencuba untuk memikir positif.

"Sorry you siapa? " . Tanya gadis itu pelik. Wajah Zaara dipandangnya penuh sangsi bercampur terkejut. Adam ada perempuan simpanan ke... Menarik....

"Saya isteri dia". Jawab Zaara cuba mengekalkan riak tenang. Sedangkan hatinya tuhan saja yang tahu. Melihatkan suami yang mabuk dan dihantar pulang oleh seorang perempuan yang cukup seksi.

Tubub Adam diraih daripada pegangan wanita itu. Perlahan pintu ditutup tanpa mempedulikan si perempuan yang terpinga-pinga. Tubuh Adam dibaringkan di atas sofa. Zaara mengalirkan air mata.... Lemah...

Adelia memandang wanita yang mengaku isteri kepada Adam itu... Mencari kebenaran yang ada. Belum sempat dia berkata lebih lanjut wanita itu sudah menutup pintu.

Adelia tersenyum menarik. Senyumnya penuh makna. Perlahan dibawa langkah kakinya menuju ke arah kereta yang diparkir diluar pagar. Deruan enjin keretanya berbunyi membelah pagi yang sunyi.

Zaara mencabut tie dan stoking dari tubuh suaminya. Butang baju dilonggarkan untuk memberi keselesaan pada suaminya. Dalam tangisan dia mengusap wajah lena itu. Bau arak masih kuat diruangan udara.

"Kenapa abang pergi tempat tu lagi. Zaara tunggu abang. Zaara nak sampaikan berita gembira. Abang tak ingat ke istimewanya dengan malam ni. Jangan bagi Zaara harapan abang. Zaara tak kuat".

Rintih Zaara lemah. Berkali-kali dimarahi mindanya kerana berfikiran negatif. Suaminya mungkin stress dipejabat. Dan mungkin ada klien yang mengajaknya kesitu. Arghhh Zaara apa yang kau fikirkan. Bekerja pada lewat pagi..... Semuanya tidak masuk akal.

Zaara tak tahan menangung rasa. Membawa diri menuju ke bilik tidurnya lalu disalin pakaian. Tubuhnya dibawa ke katil lalu dibaringkan. Air matanya langsung tak mahu berhenti. Memikirkan semuanya. Semuanya mengenai Adam.....

"Kau kuatkan hatiku Ya Allah......".

                                    •♦•♦•♦•

Adam terjaga dek silauan matahari yang menerobos masuk melalui tingkap. Tubuhnya yang sakit dek tidur di sofa direnggangkan. Dirinya melihat sekeliling sebelum membuat reaksi muka aneh.

"Masa bila aku balik rumah? ". Tanya Adam pada diri sendiri. Tubuhnya bangkit dari perbaringan sebelum naik ke tingkat atas. Kelihatan Zaara yang baru selesai mandi menjamah pandangan mata.

"Eh Zaara... Awak ingat tak bila saya balik malam tadi? ". Tanya Adam inginkan jawapan. Zaara memandang suaminya lama. Mencari keyakinan yang ada untuk memasang senyum.... Biarpun canggung.

"Errr tak tahulah. Zaara dah tidur dulu rasanya sebelum abang balik. Sorry Zaara tak tunggu abang balik. Zaara ngantuk sangat".

Bohong Zaara sambil merapati suaminya. "Abang mandilah. Nak pergi kerja lagi ni". Sambung Zaara lagi. Tubuhnya sudah dikalihkan pula ke arah almari baju. Tidak menghiraukan suaminya yang memandangnya.

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now