"Welcome to Hotel Hilton". Ucap Adam tatkala keretanya terparkir betul-betul dihadapan sebuah hotel mewah.
Zaara disebelah dikerling sekilas. Jelas kelihatan wajah teruja gadis itu. "Wahh bestnya. First time Zaara datang sini". Ucap Zaara memberitahu suaminya.
"Nampaknya abanglah orang pertama yang bawa sayang ke sini. Sorry sayang dekat sini je abang dapat bawak dulu
Sayang happy? ". Tanya Adam sambil memegang tangan gadis itu. Senyum dipasang.Zaara mengangguk. "Sebenarnya saya pernah listkan tempat ni sebagai salah satu tempat yang saya akan pergi.... Dengan suami saya". Ucap Zaara namun perkataan suami diperlahankan. Malu....
Adam mendengar walaupun butir bicara Zaara pada hujungnya agak perlahan. "Nampaknya abang memahami sayang".
Ucap Adam sambil mencuit pipi gebu itu. Zaara hanya mendiamkan diri. Adam sudah keluar dari perut kereta membuka pintu untuknya pula.
. . . . . . . . . .
Pintu bilik dibuka Adam dengan laju. Zaara disebelah sudah memasang senyum teruja. Tak sabar nak tengok and rasa duduk hotel mewah macamni.
"Sayang tutup mata". Ucap Adam. Zaara berpaling menghadap wajah suaminya pelik. Dah kenapa pulak.... Namun begitu dia menurut jua.
Adam memeluk Zaara dari belakang. Perlahan dia berjalan memimpin isterinya masuk kedalam bilik mewah itu.
"Suprises". Ucap Adam sambil menarik tangannya dari menutup wajah Zaara. Zaara terpaku. "Subhanallah cantiknya". Ucap Zaara kagum.
"Awak ke yang buat ni? ". Tanya Zaara sambil memasang senyum lebar. Cantiknya walaupun kelihatan agak bersepah. Adam hanya mengangguk. "Tapi dengan bantuan pekerja lain jugaklah". Sambung Adam lagi.
Bunga ros merah yang bertebaran dilantai dan atas katil dipandang penuh kagum. Selain itu terdapat hiasan angsa yang berbentuk love ditengah-tengah katil. Disetiap penjuru terpasang lilin yang mengeluarkan aroma berbau ros. Wangi.....Disisi lain pula bilik ini terpasang dengan lampu biru yang menyejukkan suasana. Pemandangan disebalik langsir ialah sebuah pemandangan yang paling cantik. Matahari terbenam bersama awan merah itu mencantikkan suasana.
"Terima kasih sebab bawa saya ke sini". Ucap Zaara tidak lepas memandang keluar tingkap. Adam hanya tersenyum.
"Kasih sayang diterima". Ucapnya membalas senyum. Mata dipandang ke arah matahari yang terbenam. Bersama Zaara dipelukannya menambahkan lagi suasana romantik...
. . . . . . . . . .
"Awak?..... Awak?.... ". Panggil Zaara tatkala melihatkan suasana sepi dalam bilik besar itu. Baru beberapa minit dia mandi takkan dah hilang kut laki aku.
Zaara mengelilingi bilik tidur itu sebelum menuju ke ruang tamu mini. Ada sebuah beg kertas dan sekeping nota. Zaara mencapai kertas itu lalu dibaca.
'Sayang,
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...