22 | ♦ Merayu ♦ |

972 22 2
                                    

Adam berjalan sendiri di bandar Johor tanpa ditemani sesiapa. Kalau bukan sebab kerja dah lama dia berada di Kuala Lumpur mencari isterinya.

Mahu memohon ampun maaf dan mendapatkan Zaara serta anaknya yang masih berada dalam kandungan itu.

"Zaara... ". Ucap Adam perlahan tatkala melihat wajah putih itu. Dia berlari mengejar Zaara yang memegang beberapa beg kertas. Mungkin baru habis membeli barangan shopping.

"Sayang". Ucap Adam tatkala betul-betul berada dihadapan isterinya. Zaara terkejut namun dibekukan riaknya. Marahnya masih ada sehingga dia membawa diri ke Johor.

"Dah seminggu lebih abang cari sayang. Please sayang balik rumah jom" . Ucap Adam sambil memegang tangan Zaara. Zaara menarik kasar tangannya.

"Aku tak nak balik dengan orang yang aku tak kenal. Kau siapa?. Siapa sayang kau ?,siapa adik kau sampai kau berabang-abang dengan aku?. Aku anak yatim piatu tak ada keluarga.  So blah jangan kacau aku".

Ucap Zaara sinis. Sedikit pun tak peduli akan wajah muram dihadapannya. Parut hatinya masih ada. Usahkan merintih, Adam mengemis sekalipun tidak dia pedulikan.

Zaara segera berlalu menuju ke keretanya. Adam hanya membiarkan langkah Zaara yang menjauh. Sekurang-kurangnya dia tahu di mana Zaara ada. Dan dia akan pasang pengawal untuk memastikan Zaara selamat....

Adam mengesat air matanya. "Maafkan abang sayang. Abang bersalah. Abang tamak. Maafkan ayah sayang. Ayah tak kuat tanpa ummi". Ucap Adam sayu. Semua sebab egonya. Kau bodoh Adam.... Tak serik ke kau lukakan hati Zaara.

Zaara memberhentikan keretanya dibahu jalan. Dia mengusap perutnya yang sedikit memboyot. Dia menangis. "Maafkan ummi sayang. Ummi tak berniat buat ayah macamtu. Tapi ummi kecewa. Ayah lebih memilih orang lain daripada ummi. Ayah dah bahagia dengan isteri barunya. Ummi tak patut ada".

Ucap Zaara luluh. Tanpa mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi. Sepuasnya dia menangisi kekecewaannya sebelum bergerak pulang ke rumah sewanya...

. . . . . . . . . . .

"Hello bos.... Saya minta maaf. Puan Zaara dah tak ada dekat rumahnya. Jiran-jiran cakap dia dah pindah semalam". Ucap Mike, pengawal petibadi yang ditugaskan Adam untuk memantau Zaara.

"Ha... Takpelah kalau macamtu". Ucap Adam agak kecewa. Semalam dia berjumpa Zaara dan semalam juga gadis itu mejauhkan diri lagi sekali.

Mana dia nak cari Zaara lagi. Adam buntu. Dia menangisi kepergian Zaara kali ini. Kerana isterinya itu dia diterima semula oleh mummy daddynya. Dan kerana gadis itu juga Adam sedar akan kekhilafan dan kebodohannya...

Allah bantulah aku....

Adam pulang ke rumah dari pejabat dengan hati yang hiba. Dia merenung bingkai gambar kahwinnya yang pecah.. Mungkin dilempar Zaara dulu...

Adam mengeluh panjang. Bauan perfume Zaara bertebaran disegenap ruang bilik. Dia rindukan gadis itu... Kemana isterinya menghilang... Jangan buat abang macamni....

Adam mengambil wuduk. Ingin menunaikan solat.... Hatinya lembik. Dia dah lama tak berdoa kepada sang pencipta. Hanya ada Zaara sahaja dia buat kerana isterinya yang solehah itu...

Perlahan dia mengangkat takbir. Air mata menhujani tubir mata. Malu kepada sang pencipta....

                                  •♦•♦•♦•

Zaara membuka pintu rumah barunya. Agak kecil namun selesa untuknya dan anaknya. Zaara menggosok tapak tangan. Sejuk dengan suasana sekeliling.

Entah datang mana keberaniannya ingin ke luar negara. Sekaligus menerima kursus yang pernah ditawarkan kepadanya dulu.

"Anak ummi jangan risau ye. Ummi ok dekat sini. Kita akan bahagia dekat sini. Sayang lengkapkan hidup ummi dan ummi akan lengkapkan hidup sayang".

Ucap Zaara sambil mengusap perutnya yang membuncit. Hampir memasuki usia 6 bulan itu. Tak sangka dah masuk bulan kedua dia berada di negeri orang. Semuanya berjalan lancar tanpa ada gangguan.. Zaara tenang.

Tiada siapa yang dapat menghubunginya mahupun mendapat berita tentangnya. Zaara awal-awal lagi dah menukar nombor telefonnya tanpa pengetahuan sesiapa. Namun nombor Fiya satu-satunya disave.

Mungkin dia akan meninggal semasa melahirkan sekurang-kurangnya ada Fiya untuk menjaga anaknya. Fiya yang paling dipercayai Zaara kini.

Kerana Fiya banyak berkorban dan selalu ada dengannya. Namun kini Zaara sendiri yang memutuskan ikatan ini. Tak sanggup untuk berharap dengan lebih tinggi. Sedang dia tahu Fiya tak akan sesekali meninggalkannya....

Fiya tersenyum mengingati kenangannya bersama Fiya. Mummy dan daddy yang sentiasa sayang akan dirinya. Papa dan mama yang memanjakan dirinya. Sungguh Zaara rindukan mereka.

Zaara juga hampir bunuh diri buat kali kedua semasa terjumpa dengan Adam sekali lagi di mall di Johor. Untung masih teringat akan anaknya. Cepat-cepat dia beristighfar dan terus menerima tawaran kursus itu.

Sungguh Zaara sedikitpun tidak merasa menyesal akan kepergiannya ke negara orang ini. Sekurang-kurangnya dia tenang tanpa penyesalan...

. . . . . . . .

"Macam mana... Jumpa Zaara tak? ". Tanya Fiya sambil menggoncang lengan Adam. Setiap hari selepas Adam pulang kerja itulah rutinnya. Menanyakan mengenai Zaara. Adam pula hanya mampu menggeleng dan mengeluh...

"Macam mana boleh terlepas pulak. Dah jumpa semalam tu terus jelah ajak dia balik". Marah Fiya. Perkara semalam telahpun diceritakan Adam. Masing-masing memasang senyum namun kehilangan Zaara sekali lagi mematikan senyum mereka.

"Aku dah ajak. Tapi dia taknak. Takkan aku nak paksa heret dia. Aku tak nak dia makin bencikan aku Fiya. Aku tak nak dia makin menyampah tengok aku".

Ucap Adam meluahkan apa yang terpendam. Fiya diam membetulkan apa yang dikata Adam. Kalau bukan sebab Zaara dah tukar no telefon dah lama dia call beribu kali wanita itu.

Hatinya risau. Zaara seorang bersama anak saudaranya yang masih dalam kandungan. Kalau apa-apa jadi macam mana....

"Aku naik dululah. Nak mandi. Penat. Kau pergi balik. Tak malu duduk rumah orang lama-lama eh". Ucap Adam sambil menunjal dahi Fiya. Fiya mencebik tak heran langsung akan perlian Adam. Eleh sekali Fiya perli lagi pedas kau tahu...

Fiya bangkit dari duduk menuju kebiliknya. Rumah maklong dahpun menjadi rumah keduanya. Semuanya kerana mahu tahu perihal Zaara.... Haihh sayang betul Fiya dengan Zaara. Sampai lupa cik abang dia yang seorang tu eh.

Adam masih termenung memikirkan isterinya itu. Kelihatan perut Zaara yang boyot itu semasa di Johor. Agak-agak dah berapa usia kandungan anaknya sekarang.

Adam menyalahkan dirinya. Dia rindu untuk membelai Zaara. Rindu untuk melihat Zaara baring didada bidangnya. Rindu dengan bauan wangi Zaara. Semuanya pasal Zaara. Dia juga teringin mengusap perut itu.

Perut yang mempunyai anaknya. Dia mahu memberikan sokongan dan kekuatan sepanjang isterinya mengandung. Namun apakan daya.... Dirinya yang menyebabkan wanita itu ingin menjauhkan diri.

Adam mengeluh kasar. Tidak memahami takdirnya sekarang....

💍💍💍💍💍

#ps.... Sorry klau hambar ataupun pndek sngt. Dah ketandusan idea. Kering kontng... Sel2 otak sis tak brhubung untk tlis chpter ni. Huhuhuhu 😩😭😭😭

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now