"Kita jumpa lagi aunty". Ucap Adelia sinis. Hatinya ketawa kemenangan. Ingat sesenang nak buang aku orang tua.... Anak kau yang terhegehkan akulah..
"Mummy kenal Adelia? ". Tanya Adam seakan memahami maksud pandangan mata mummynya.
"Nak apa datang sini Adam. Kenapa kamu bawak dia sekali? ". Tanya Tengku Emma tak sedap hati. Anaknya dipandang mohon penjelasan.
"Boleh kita cakap kat dalam mummy? ". Tanya Adam seraya melangkah masuk bersama Adelia disisi. Tengku Emma hanya berdiam diri. Wajah anaknya dicerlung tajam.
"Adam nak cakap apa? ". Tanya Tengku Emma setelah masing-masing telahpun duduk bertentang mata. Fiya disisi Tengku Emma juga mendiamkan diri berniat memerhati. Sementelah dia memang tak kenal pun perempuan itu.
"Adam tak nak cerita panjang... " Ucapnya. Menarik nafas panjang sebelum memandang wajah mummy dan Fiya silih berganti.
"Adam nak kahwin dengan Adelia". Ucap Adam tanpa selindung. Fiya terkejut. Tengku Emma beristighfar sambil memegang dada.
"Kau cakap apa ni hah?. Isteri kau nak letak mana? ". Jerkah Tengku Irfan dari balik pintu. Mungkin baru sampai dan juga sempat mendengar butir bicara anaknya.
"Adam serious ni. Zaara, Adam tak cintakan dia pun. Kitaorang kahwin paksa kan. Mummy dengan daddy yang paksa. Adam cintakan Adelia. Dari dulu lagi".
Terang Adam mempertahankan Adelia. Tengku Emma dan Tengku Irfan mencerlung tajam setajam-tajamnya ke arah dua insan dihadapan matanya.
Fiya membisukan diri tak berani bersuara. "Mummy tak setuju. Dia bukan perempuan yang baik. Zaara isteri yang paling tepat dan sesuai untuk Adam" . Marah Tengku Emma tidak bersetuju. Dia cukup kenal dengan perempuan bernama Adelia itu. Jijik terasa...
"Well mummy, daddy. Adam datang sini bukan nakkan persetujuan mummy and daddy. Adam cuma nak beritahu je. Mummy daddy setuju atau tak bukan urusan Adam. Zaara.... Adam akan ceraikan".
Ucap Adam cuba beriak biasa. Tengku Emma terpanar. Tengku Irfan juga begitu. Tak mampu menahan amarahnya yang meluap-luap. Fiya teringatkan sesuatu. "Zaara ada disini". Ucapnya.
Dan belum sempat dia ke arah dapur... Adam telahpun dilempang seseorang. Wajah sembap penuh tangis itu... Zaara... Dia dengar segalanya.
"Aku yakin dengan cinta kau Adam. Tapi kau buat aku macamni. Apa salah aku. Kenapa bagi aku harapan lepastu kau patahkan terus harapan tu. Kau tak kesiankan aku ke?...."
Laung Zaara tak mampu lagi menahan luka. Air matanya yang galak mengalir dibiarkan tidak dilap. Wajah suaminya dipamdang kecil besar. Dia terasa dipermainkan.
"Aku tahu yang kau pun tahu perasaan aku kan. Aku cintakan Adelia. Kehadiran kau cuma.... Untuk isi kekosongan hati aku. Sekarang Adelia dah balik. Dia disisi aku. Aku nak kahwin dengan dia. Dan semestinya aku takkan menduakan dia.... Lagi-lagi dengan perempuan kolot macam kau".
Ucap Adam memerli Zaara sepedas-pedasnya. Zaara sakit hati. Lembik tubuhnya mendengar kenyataan suaminya namun cuba digagahkan.
Yang lain hanya memerhati tanpa bersuara. Semua mata menyalahkan Adam dan Adelia. Arghh dua orang manusia ini...
"Kau penipu. Aku tak percaya aku dah sayangkan kau, aku cintakan kau. Aku telan semua sakit hati aku sebab aku tak nak kita bermasam muka. Aku sabar hadap perangai kau sebab aku mati-mati nak kan redha seorang suami. Aku sedar tempat aku sebagai seorang isteri. Tapi kau... Mana darjat kau sebagai seorang suami... "
Lantang Zaara bersuara. Biarlah dikatakan meroyan ataupun gila laki pun. Laki yang digila itu suaminya. Salahkah seorang isteri merasa remuk melihatkan perkara seperti ini.

YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...