"Amboi... Amboii... Gembira nampak". Ucap seseorang dari kejauhan. Senyumnya sudah dipasang lama melihat telatah menantunya itu.
"Eh Puan Tengku. Ni Zaara ni mengada nak masak sama. Mak Yam larang dah degil jugak dia". Adu Mak Yam tanpa menghiraukan pandangan mataku.
Aku yang mendengar hanya berbuat biasa. "Mummy awal bangun. Sarapan dah nak siap ni. Duduklah dulu". Ucapku sebelum menyendok bihun goreng itu untuk dinasukkan ke dalam bekas.
"Mummy memang bangun awal. Ingat nak masak jugak tapi dah ada Zaara terus tak jadi. Sarapan pun memang dah siap kan". Jawab Tengku Emma sambil memasang senyum. Sejuk hatinya melihat adab menantunya.
"Ohh. Err mummy Zaara naik atas kejap eh nak panggil abang Adam dengan Natrah sarapan". Ucapku lantas menaiki tangga menuju ke arah tingkat tiga. Bukan tak nak naik lif tapi apa salahnya exercise di pagi buta.
. . . . . . . . . .
"Mummy, Adam ingat nak duduk rumah sendirilah". Ucap Adam memecah kesunyian. Mata-mata sudahpun tertumpu ke arahnya dan ia termasuk aku.
"Adam sure ke ni. Mummy tak kesah tapi Zaara tu ok tak? ". Tanya mummy lantas memandang wajahku. Aku terpinga.
" Zaara ok je mummy". Dalam ketidakpastian aku menjawab juga. Mummy terlihat menganggukkan kepalanya.
"Bila Adam nak pindah rumah tu?". Tanya daddy pula mencelah. "Adam ingat nak pindah masuk tengah hari nanti. Nak kemas-kemas apa yang patut". Jawabnya pula tanpa memandang aku.
"Cepatnya. Isi rumah ni pun Zaara tak tengok lagi". Sambung mummy dengan riak terkejutnya. Terkejut mummy pastinya terkejut lagi aku. Drastik sungguh keputusan suami aku ni.
"Yelah, esok kan Adam dah start kerja. Lagipun rumah Adam tukan dekat dengan office". Jawab Adam menerangkan kepada orang tuanya.
"Ha yelah. Daddy ikut je. Lagipun kamu dah besar dah. Takkan nak berkepit bawah ketiak mummy je". Ucap Tengku Irfan sambil ketawa kecil.
"Ish abang ni". Ucap Tengku Emma pula geli hati dengan kata-kata suaminya. Kami sama-sama ketawa kecuali Adam. Dia hanya menyerongkan bibirnya sedikit tanpa mengeluarkan suara. Lelaki ini.... Sungguh aku tak tahu apa yang bermain di benaknya.
•♦•♦•♦•
Pintu rumah 2 tingkat itu dibuka perlahan. "Home sweet home" .Ucap Adam perlahan sambil melangkah masuk meninggalkan aku yang terkapai-kapai di luar pintu.
"Kau dah tak reti masuk ke? ". Perlinya tanpa sedikitpun memandang aku. Tubuhnya sudah selamat berbaring diatas sofa empuk.
Aku hanya mengeluh perlahan. Beg baju miliknya dan milikku diangkat masuk. Kejam.... Berat tau tak beg kau ni. Kalah beg aku.
"Bilik aku kat tingkat atas sebelah kanan. And.... Kau pula sebelah kiri hujung sekali". Ucapnya tatkala aku melintasinya. Nasib baik bilik asing. Sekurang-kurangnya aku tak adalah tidur dekat sofa lagi kan.
Pintu bilikku dibuka perlahan. Cantik walaupun tak sebesar mana. Aku melabuhkan duduk di birai katil. Penat mengangkat beg bagasi milikku dan Adam dari bawah tangga.
Aku menyanggul rambutku yang terurai lepas. Air cond dihidupkan ingin menyejukkan ruangan. Pintu balkoni didekati. Langsir diselak menampakkan halaman luar. Ada kereta yang merapati pintu pagar rumah. Siapa dia?....
"Hai Adam... " Ucap seorang perempuan dengan gembiranya. "Hai. You buat apa dekat sini?". Tanya Adam malas.
"Lah takkan tak boleh datang kut" . Ucap perempuan itu dengan selambanya. Kakinya dengan tidak segan silu duduk di sofa ruang tamu.
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
عاطفيةTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...