14 | ♦ Bukti ♦ |

439 10 0
                                    

Zaara terjaga tatkala tiada lagi pergerakan dari kereta yang dipandu Adam. Wajah Adam disebelah dipandangnya. Dan terkejutnya Adam sedang merenungnya.

"Eh apa ni tenung saya macamtu". Ucap Zaara terkejut. Nasib baik hensem tak jadi nak kena heart attack. Adam hanya tergelak kecil.

"Saja nak tengok muka baby besar ni tidur. Comel je". Jawab Adam sambik mencuit kegeraman pipi Zaara.

Zaara yang malu segera mengalih pandang ke hadapan. Halaman rumah papanya menjamah pandangan mata.

"Kenapa tak cakap dah sampai. Dah berapa lama kita kat luar ni? ". Tanya Zaara inginkan jawapan.

"Ermm adalah dalam 2 jam lebih. Abang tak sampai hati nak kejut. Sayang macam lena sangat". Jawab Adam lagi.  Matanya tidak lepas memandang wajah Zaara yang polos itu.

"Aishh awak ni. Karang papa cakap apa pulak dah sampai tak nak masuk rumah". Ucap Zaara lantas menjeling tajam wajah suaminya. Apalah.... sebab aku tidur je nak buat drama sweet. Seronok tengok air liur basi aku agaknya....

"Papa keluar pergi pekan. Abang dah cakap dah nak tunggu Zaara sedar. Kesian tengok sayang abang ni tidur". Jawab Adam memenangkan dirinya.

Zaara yang mendengar hanya memuncungkan mulutnya. Ada je nak menang la suami aku ni. Tak adil betul.

Adam yang melihat hanya tersenyum. Bibir Zaara dicium sekilas membuatkan Zaara terpaku dek rasa terkejut.

"Okey apa abang tengok sayang tidur. Kalau ikut papa tadi dah lama sayang landing dekat atas katil dengan abang". Ucap Adam dari arah belakang kereta.

Mengeluarkan beg baju dari dalam bonet kereta. Pintu kereta yang menempatkan Zaara dibuka.

"Sayang tak nak masuk ke?.  Ke nak abang dukung? ". Tanya Adam sambil menayang senyum penuh makna. Zaara terasa meremang.

"Tak apa.  Saya boleh keluar sendiri". Ucap Zaara lantas keluar dari perur kereta. Kaki Adam dipijaknya kerana berani menciumnya.

Adam mengaduh kerana sakit. Zaara pakai heels kut. Nasib baik kasut dia tebal sikit. Kalau tak dah tertusuk. Huhuhu nasiblah kau Adam....

Pintu rumah dikuak sebelum melangkah masuk. Beg bajunya telah diletakkan oleh Adam kedalam biliknya.

"Papa cakap tak balik pukul berapa? ". Tanya Zaara tatkala melihat jam didinding yang hampir menunjukkan jam 7 malam.

"Tak ada pulak". Jawab Adam sambil mengambil baju bersih untuk ditukar. "Sayang jom mandi sama-sama". Ajak Adam sambil mengenyitkan mata.

Zaara yang melihat segera menutup mukanya. Malulah dari tadi asyik nak blushing..

"Malu-malu pulak sayang ni". Ucap Adam seraya mendekati isterinya. Tangan diletakkan didinding mengunci isterinya daripada bergerak.

Wajah Adam didekatkan membuatkan Zaara sekali lagi tak keruan. "Eee pergilah mandi. Awak busuk tahu tak". Ucap Zaara sambil menolak wajah suaminya.

Adam mencium telapak tangan Zaara yang melekap pada wajahnya sambil mengenyitkan mata. "Bai sayang abang mandi dulu. Jangan rindukan abang. Sekejap je ni abang mandi".

Ucap Adam sekadar bermanja. Zaara terlopong. Kejadahnya nak rindu. Pergi mandi aje pun bukan pergi perang. Haihh laki sape ni......

                                 •♦•♦•♦•

"Sayang... " Panggil Adam tatkala kelibat isterinya melintas dihadapan matanya.

Zaara yang mendengar segera menghentikan langkahnya lantas berpaling menghadap wajah suaminya.

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now