"Medina Nadra.... ". Panggil Zaara tatkala terlihat anaknya yang sedang membuli rakan sepermainannya. Ye... Zaara melahirkan seorang anak perempuan. Zaara sendiri terkejut kerana setahunya keputusan checkupnya adalah bayi lelaki.
"Anak ibu kenapa buli kawan. Mainlah sama-sama sayang". Ucap Zaara memujuk anaknya. Rambut anaknya diusap lembut tanda kasih.
Selama 5 tahun Zaara menetap di luar negara. Medina pula sudahpun berusia awal 6 tahun kini. Disebabkan itulah Zaara mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia semula.
Disini pengajian agama Zaara akan menjadi sukar tambahan lagi disini majoriti bukan Islam. Cukuplah selama setahun Zaara diajar di sekolah agama swasta yang berdekatan.
Anaknya perlu tahu akan asal usulnya pula. Anaknya perlu memahami bahasa melayu dengan lebih cermat dan bukannya bahasa inggeris sahaja.
"Ummmi. Dina tak kacau Rith. Rith.. Yang kacau Dina". Ucap Medina agak lambat. Namun anaknya mempunyai otak yang cerda dan cerdik. Cepat tangkap dan faham namun untuk bertutur dalam bahasa Melayu begitu sukar..
Mungkin dah terbiasa bercakap dengan kawan-kawan dan gurunya dengan bahasa Inggeris.
"Dina... Dahlah tu. Main sama-sama atau ummi tak bagi main dah. Jangan kacau ummi sayang. Ummi nak kemas barang ni".
Pujuk Zaara lagi sambil mengangkut beg bagasi untuk mengisi barang pentingnya. Esok merupakan flightnya untuk pulang ke tanah air. Dia menarik nafas lama.
Takut jika terjumpa Adam dan Adelia. Yang mungkin sudahpun bahagia dengan anak-anak mereka. Sedangkan aku.... Terkapai-kapai tanpa tahu status sebenar aku masih isteri ataupun sudah lama dibuang dan digelar janda.
Zaara pening kepala memikirkan itu semua. Cukup saja dia perlu pulang bersama Medina dan berhati-hati daripada berjumpa dengan Adam lagi...
. . . . . . . .
"Ummmi". Panggil Zaara dengan suara seraknya. Mungkin sudah mengantuk. "Ya sayang kenapa. Tak boleh tidur ke? ". Tanya Zaara sambil menepuk-nepuk belakang badan anaknya. Mendodoi untuk tidur.
"When we can meet ayah?. Dina miss him. Ummi said ayah at Malaysia. Tomorrow we will see ayah... Dina can't wait". Ucap Medina dengan englishnya yang masih berterabur. Sedikit teruja suaranya.
Zaara tergamam. Lupa akan hakikat yang pernah diberitahu anaknya dulu. Tak sangka kanak-kanak seperti Zaara masih ingat akan hal itu.
"Later eh sayang... Dina sleep dulu. Nanti kita jumpa ayah okay". Ucap Zaara perlahan. Tak mampu meneruskan kata. Tak mampu menipu anak kecil ini lagi.
"Ummi promise? ". Tanya Dina sambil menunjukkan jarinya. Zaara diam tak mampu menjanjikan apa-apa. Kerana sememangnya dia tak akan sesekali ingin membiarkan Dina mengenal Adam.
Biarlah Adam bahagia. Takut Dina mahu dirampasnya... "Ummi".. Panggil Dina pabila menyedari umminya diam dan tidak menyambut tangannya.
"Ummi promise. Now sleep okay" . Ucap Zaara sambil menyambut jari anaknya. Dina tersenyum lantas berbaring memeluk umminya. Zaara tahan tangis. Sampai bila harus begini. Ummi tak tahan Dina. Jangan cakap pasal ayah lagi....
•♦•♦•♦•
"Yeayhh ummi. We've arrived. Can't wait to see ayah". Jerit Dina sambil mencium pipi Zaara. Zaara tersenyum bahagia. Alahai anak ummi ni... Manja sungguh.
"Ummi... Look. That aunty macam lambai dekat us". Ucap Dina menyentakkan Zaara. Zaara berdebar takut untuk berpaling. Kepulangannya di Malaysia tak ada sesiapa yang tahu. Jadi siapa yang membocorkan rahsianya... Atau mungkin Dina hanya perasan..

YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...