10 | ♦ Jaga ♦ |

496 17 0
                                    

Adam memanaskan bubur untuk diberi makan kepada Zaara. Kasihan isterinya. Sampai demam kena buli semalam.

Mummy dan daddy pun dah tahu apa yang terjadi selepas diceritakan satu persatu dari Fiya. Mereka memang terkejut dengan perlakuan Aina yang itu. Tak sangka gadis yang kelihatan baik rupanya mempunyai maksud tersirat.

Nasib ada Fiya yang meleraikan sedikit pergaduhan itu sebelum dia tiba. Perempuan gila tu memang tak tahu malu betul.

"Awak... " Panggil Zaara tatkala terasa kepalanya sakit. Wajah suaminya dicari-cari disetiap ruang bilik.

Adam yang baru muncul dimuka pintu menjamah pandangan matanya. "Sayang panggil abang?.  Kenapa ada sakit lagi ke? " Tanya Adam sambil menyentuh dahi dan kaki isterinya.

Zaara hanya membiarkan perlakuan suaminya. Dia tersenyum manis. "Terima kasih sebab risaukan and jaga Zaara". Ucap Zaara sambil memegang tangan suaminya.

"Tak ada apalah. Lagipun sayang kan isteri abang. Mana boleh kena buli dengan orang lain selain abang". Ucap Adam seraya mencuit hidung Zaara.

"Oh sayang abang lupa nak cakap. Barang sayang semua abang dah letak dekat bilik abang". Ucap Adam mengejutkan Zaara.

"Hah kenapa pulak awak. Kita kena tidur sebilik ke? ". Tanya Zaara cuak. Padahal dalam hati suka. Dapat selalu disisi Adam. Huhuhu gatal rebung dah si Zaara sekarang lepas dilayan manja oleh Adam.

"Yelah sayang. Mummy and daddy nak datang tidur sini sehari dua. Nak tengok menantu dia ni. Tapi kalau mummy and daddy dah balik pun sayang tetap kena sebilik dengan abang. Sebab sayang isteri abang" .

Sambung Adam lalu tersenyum nakal. Wajah polos Zaara ditatap lama. Makin lama makin cute je isteri aku sorang ni. Rasa nak terkam aje...

"Eh sayang lupa pulak abang nak ambik bubur. Makin eh lepastu makan ubat. Kejap tau". Ucap Adam lantas berlalu pergi menuju ke dapur. Sebaik wajah Adam hilang dari pandangan ,Zaara segera menyentuh pipinya. Malu.......

"Bubur dah sampai". Ucap Adam sambil menatang dulang yang berisi mangkuk bubur, segelas air kosong dan ubat-ubatan.

Zaara terus tersenyum. Alahai macam budak-budak laki aku ni. Muka smart dah tapi perangai sewel pulak.

"Meh abang suap". Ucap Adam namun sudu ditahan oleh Zaara. " Takpelah. Biar saya suap sendiri lagipun tangan saya tak sakit ". Ucap Zaara cuba mengambil sudu dari tangan Adam.

"No.  Biar abang yang suap". Ucap Adam mengemaskan lagi pegangan tanggannya terhadap sudu itu. Zaara mengalah lantas membuka mulutnya menerima suapan.

"Good girl. Sekarang makan ubat eh". Ucap Adam tatkala habis semangkuk bubur ditelan Zaara. Rambut gadis itu diusap gaya anak kecil inginkan perhatian.

Langkah kaki suaminya yang keluar dari bilik dihantar dengan pandangan mata. Suaminya benar-benar tulus mencintainya. Zaara tersenyum bahagia.

Matanya yang mengantuk kesan daripada ubat dibiarkan terlelap. Mahu mendapatkan rehat daripada demam yang datang.

                                  •♦•♦•♦•

"Zaara macam mana?. Okey?.  Risau mummy". Tanya Tengku Emma kepada anaknya. Baru sampai perihal Zaara terus ditanyanya. Tak sempat dipelawa masuk.

"Zaara okey mummy. Dia demam je sekarang ni. Dia tengah tidur dekat atas. Adam baru bagi makan ubat". Ucap Adam sambil menyalami kedua orang tuanya.
Keduanya dipelawa masuk sebelum air teh dihidangkan.

"Ohh terkejut mummy bila dapat tahu semua ni dari Fiya. Kesian menantu mummy. Nasib baik kamu pecat dia". Ucap Tengku Emma lagi sambil membuat memek muka sedih. Tengku Irfan hanya diam tidak bersuara.

Bahagiakah Cinta ?Where stories live. Discover now