Adam mencelikkan matanya beberapa kali dek terkena silauan matahari dari celahan tingkap yang terbuka. Tubuhnya didudukkan menghadap satu bungkusan yang terletak elok diatas meja.
Perlahan tangannya mencapai bungkusan tersebut sebelum membukanya. Terdapat nota dan bekalan makanan berisi nasi ayam kegemarannya.
Oi Adam makanlah. Aku mintak Zaara masakkan favourite food untuk kau pagi tadi. Nasi ayam kannn.
Your lovely cousin
FiyaAdam tersenyum kecil. Haihhh si Fiya ni dah pandai ekkk. Tapi mana dia tahu aku suka nasi ayam. Rasanya aku tak beritahu sesiapa kecuali Zaara aje...
Arghh lantakla asalkan dapat makan masakan wifey. Rindu weyhhhh. Sabar eh sayang. Abang dah nak balik ni. Tak sabar tunggu esok. Tangan dibasuh sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
Satu suap.. dua suap... dan suapannya yang ketiga... tangannya terhenti separa jalan. Air matanya mengalir jua. Ternyata dalam senyumannya ada tangis yang cuba dikawal sedari tadi. Nasi di tangan dipandang hiba.
"Kalau abang tak lebih memilih Adelia. Kalau abang datang hari anniversary kita. Kalau abang tak ragu - ragu dengan cinta abang terhadap sayang...
Sayang takkan terluka. Sayang takkan pergi tinggalkan abang. Sayang takkan bencikan abang.
Hidup kita pasti akan bahagia dengan Dina sebagai penyeri. Ni semua salah abang. Maafkan abang sayang. Abang bodoh dalam membuat keputusan bila ianya berkaitan sayang dan cinta".
Jauh disudut pintu ada esakan yang turut menemani esakan si lelaki. Zaara terduduk menutup wajah. Sedu sedan menarik nafas yang disertai air mata.
"Sayang dan cinta tak boleh diduga.... Andai abang pernah berbuat salah dalam memilih siapa yang sebenarnya ada di hati abang tika itu....Zaara juga. Zaara juga pernah mempertikaikan hubungan kita sebelum ini. Zaara sendiri tidak dapat memastikan sejauh mana rasa ini dapat bertahan. Tetapi apa yang Zaara tahu... semakin dalam Zaara memahami abang. Semakin Zaara jatuh kasih akan hati abang".
Zaara membalas kata.
" Jangan nangis sayang. Sungguh air mata yang sayang alirkan kerana abang...cukup buat hati ini tersiksa". Ucap Adam sambil mengusap kepala Zaara lembut. Zaara mengangkat wajahnya dek terkejut.
Adam tau siapa disebalik baju jururawat ini selama ni?.
"Macam ma..
"Macam mana abang tau ni sayang?" Potong Adam setelah menduga soalan yang bakal terbit dari mulut isterinya itu. Zaara mengganguk tanpa kata. Masing - masing membalas pandang.
" Ini hospital keluarga sayang. Siapa yang bekerja disini semuanya abang tahu. Tapi sumpah abang cuma mula sangsi akan siapa jururawat comel ni bila abang dapat makanan. Dan... harini jururawat ni sendiri dah bongkarkan siapa diri dia.
Nurse comel dan cantik ni milik abang. Nailazaara nurafra...bidadari abang selamanya".
Zaara ketawa kecil. Tak sangka secepat ini Adam tahu.
"Tapi sayang... boleh tak sayang maafkan abang. Boleh tak sayang bagi abang peluang kedua. Boleh tak sayang jangan tinggalkan abang lagi". Pinta Adam sambil memandang tepat ke arah anak mata Zaara. Sekali lagi Zaara kaku.
Masing- masing diam tidak berkutik. Hampir seminit mereka bertatapan sebegitu.
"Sayang... pleasee kaki abang dah sakit ni". Adam memecah kesunyian antara mereka. Baru menyedari akan kedudukan suaminya yang sedang sebelah lututnya di lantai gaya ingin melamar.
Zaara senyum kecil. Tangannya memegang kedua bahu suaminya sambil menarik untuk berdiri bersama.
"Demi kasih dan sayang Zaara terhadap abang."
Satu kucupan diberikan di dahi suaminya.
"Demi bahagia dan masa depan Zaara dan Medina terhadap abang".
Satu lagi kucupan diberikan di pipi kanan suaminya.
"Zaara maafkan abang dan yakin abang takkan sia-siakan Zaara lagi"
Kini pipi kanan Adam pula dicium lembut oleh Zaara.
"Dan... Zaara tau sebanyak manapun Zaara menafikan. Zaara akan tetap berakhir dengan ucapan... Zaara terlalu cintakan abang".
Dan kini....ciuman terakhir hinggap dibibir milik Adam. Adam terasa bahagia sehingga sekali lagi air matanya mengalir. Dipeluk isterinya itu erat.
"Abang pun...abang sangat-sangat cintakan sayang. Sehinggakan hari -hari tanpa sayang umpama langit tanpa bintang. Matahari tanpa sinar. Dan rindu tanpa ubat".
Zaara ketawa kecil. Haih laki aku ni. Sweet tapi klasik.
" Eh abang tak habis makan lagi kan. Abang pergilah makan dulu." Ucap Zaara seraya mengangkat wajah memandang suaminya yang tinggi.
Adam tidak berkata. Pelukannya dilepaskan dengan wajah yang cemberut sebelum kedua tangannya memeluk tubuh. Zaara kehairanan.
" Abang sakit ke. Ke ada apa-apa yang Zaara salah cakap"
"Sayang taknak suapkan ke. Abang kan tengah sakit". Bicara Adam memnjawab persoalan. Dan sekali lagi jawapan Adam menyebabkan Zaara menghamburkan tawa lega.
" Setahu Zaara yang sakit tu dekat sini."
Zaara mendaratkan kepalanya didada bidang suaminya. Telinganya mendengar degupan laju suaminya.
"Tapi tak tahu pula suami mengada saya ni sakit dengan sini jugak"
Zaara memegang tangan suaminya yang masih bersarungkan cincin perkahwinan mereka. Zaara senyum manis. Dikucupnya jari suaminya yang terhias cincin ikatan mereka itu. Beberapa saat sebelum matanya kembali memandang wajah Adam yang turut memerhatikannya.
# Sorry noh kalau merapu. Lama dah tak perah otak.

YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...