Zaara tersenyum dihadapan mummy dan daddynya. Bersamanya Adam disisi sedang memeluknya erat. Tatapan mata mummy daddy sedikit pun tidak diendahkan oleh Adam.
"Amboi bukan main sweet eh depan mummy dengan daddy. Kalau macamni patut dah dapat anak. Bila nak bagi mummy cucu ni". Ucap Tengku Emma tersengih.
Nampak bahagia betul kedua anaknya ini. Pasti Yasmin sedang tenang melihat puterinya yang bahagia kini.
"Err InshaAllah mummy. Kalau ada rezeki adalah tu". Ucap Zaara segan. Usia perkahwinan dah nak setahun tapi tak dapat-dapat anak. Yelah dah hubungan pun baru okey bila hujung-hujung tahun kan.
"Hmm takpelah. Mummy tunggu". Ucap Tengku Emma sambil memuncung. Teringin sangat nak timang cucu.
"Eh yang awak memuncung ni kenapa?. Sabarlah nanti ada rezeki dapatlah baby. Kalau awak tak sabar sangat nak ada baby awak mengandunglah lagi".
Ucap Tengku Irfan pula mengundang jelingan maut daripada Tengku Emma. Bahu suaminya dipukul tak kuat mana.
"Ish abang ni kesitu pulak. Saya nak cucu bukan anak. Lagipun saya dah tua tak larat nak mengandung lagi. Kalau abang nak anak abanglah mengandung".
Seloroh Tengku Emma mengundang tawa semua orang termasuk dirinya. "Saya kalau boleh mengandung mahu terbalik bumi ni nanti". Sambung Tengku Irfan sambil ketawa.
Riang sungguh keluarga Adam. Aku?... Riang aku adalah kehadiran, belaian dan kasih sayang daripada papa. Walaupun keluarga aku tak sempurna tanpa mama.... Sekurang-kurangnya aku tak pernah kekurangan kasih sayang papa sebagai mama dan juga papa....
Aku rindu.... Papa.
"Sayang... ". Panggil Adam tatkala sampai di hadapan sebuah rumah 2 tingkat. Zaara memandang suaminya dengan perasaan pelik. Biasa kalau laki dia cakap meleret tu adalah tu dia nak. Zaara dah cuak.....
"Err aapaa?". Tanya Zaara gagap. Kalut pula sekarang. Walaupun dah banyak kali disentuh atau digida oleh suaminya namun tak bermakna dia tak ada perasaan cuak dan malu...
Adam ketawa. Alahai gagap pulak isteri aku ni. "Abang nak makan nasi ayam lah. Tapi sayang yang masak. Sayang boleh masakkan tak ? ".
Tanya Adam meluahkan apa yang difikirnya sepanjang perjalanan pulang kerumah. Bukan dia tak nampak beberapa restoran yang ada jual makanan ni...cuma dia teringin nak makan buatan isterinya pula....
Zaara tenang. "Nak minta masak nasi ayam janganlah buat Zaara cuak. Cakaplah macam biasa. Ishh abang ni". Ucap Zaara sambil mencuit manja lengan suaminya.
Adam bantai ketawa. Kelakar sungguh wajah isterinya tika ini. Seatbeltnya dicabut lantas mengejar isterinya yang dah masuk ke dalam rumah.
Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam. Waktu biasa untuk Adam dan Zaara makan malam. Bauan nasi ayam bertebaran diudara. Adam tersenyum menghidu bauan yang sedap ni.
Kakinya segera menuju ke ruang makan. Kelibat isterinya yang sedang meletakkan jug air dipandang. "Turun pun. Jom makan. Sayang dah siap masak ni". Ajak Zaara sambil mencendok nasi ke dalam pinggan.
Adam duduk sambil membelek lauk pauk dihadapannya. Bau je dah naikkan selera apalagi kalau dah rasa nanti. Package lengkap betul isteri aku.
Dengan lafaz Bismillah nasi disua ke dalam mulut. "Emmm sedapnya sayang. Kalau macamni abang dah tak risau nak cari makanan dah".
Puji Adam sambil membelai rambut isterinya. Zaara tersipu malu. Manja sebenarnya Zaara ni. Papa dia puji masakan dia sedap pun dia dah malu inikan pulak suami.
Adam menikmati makan malam dengan seleranya. Zaara juga begitu. Bertambah-tambah nasinya dimakan oleh Adam. Sampai hampir licin nasi yang dimasak Zaara.
Zaara hanya tersenyum. Gembira tengok suaminya gembira. Tapi bila fikir balik aku bela saka ke suami ni.... Hahaha aipp Zaara tak baik kau cakap laki kau macamtu. Dia tengah suka tu makan masakan kau. Patut kau kena kembang semangkuk...
•♦•♦•♦•
"Sayang..... " Panggil Adam mengamit perhatian isterinya, Zaara. Zaara membaringkan tubuh dalam dakapan Adam. Panggilan Adam disahut perlahan.
"Kenapa sayang terima lamaran mummy dengan daddy dulu? ". Tanya Adam ingin tahu. Setahunya mummynya takkan paksa kalau Zaara sendiri yang tidak bersetuju...
"Err... Sebenarnya dulu Zaara ada jumpa album gambar mama dekat bilik papa. Gambar mama dengan papa. Gambar mama dengan Zaara. Tapi ada satu ni gambar mama dengan seorang perempuan.
Perempuan tu Zaara tak kenal. Tapi ada tulisan dekat belakang tu. Tulisan yang cakap Zaara dah tunang. Dengan seorang lelaki. Dan satu hari perempuan dalam gambar tu akan datang untuk pinang Zaara. Dan Zaara kena terima sebab dialah yang akan jaga Zaara sepertimana perempuan dalam gambar tu jaga mama macam yang papa buat.
Zaara mula-mula tak percaya. Macam karut jek. Sebab time tu Zaara masih sekolah jadi Zaara ingat tu bohong jek. Sampailah hari dimana mummy merisik Zaara. Zaara belek gambar mummy dekat dalam album mama. Serupa.
Papa pun kenal. Jadi Zaara kena terima. Sebab ianya sebahagian dari wasiat mama dan keizinan papa". Terang Zaara panjang lebar.
Adam hanya mengangguk faham. Baru tahu sebab kenapa gadis ini bersetuju. Dan tak sangka dia yang menjadi tunang gadis itu sedari kecil.
"Patutlah mummy beria-ria nak abang kahwin dengan sayang". Ucap Adam mengingatkan kisah dulu. Kalau bukan Adelia ada di luar negara sudah lama dia kahwini gadis itu dulu.
"Errr sayang tak kan tak ada kekasih time tu? ". Tanya Adam lagi memikirkan kemungkinan itu. Bohonglah wanita secantik Zaara tak ada yang suka. Even dia pun boleh jatuh cinta walaupun ada Adelia...
"Apalah abang ni. Mestilah ada. Dan kitaorang suka sama suka. Kuat sangat cinta kitaorang. Dia orang yang baik. Beriman. Tapi dah jodoh Zaara dengan abang.
Dia pun tak memaksa. Dia lebih pentingkan kebahagiaan Zaara daripada diri sendiri. Dia ada pesan lupakan cinta dia. Pentingkan cinta daripada seorang suami. Kitaorang anggap ini takdir dan tak ada jodoh antara kita. Kami tak salahkan diri masing-masing. Sampai sekarang kami berkawan . Awalnya memang susah tapi Zaara cuba. Sekarang Zaara dah okey. "
Cerita Zaara lagi mengingatkan bekas kekasihnya itu. Zaara tersenyum. Mulutnya menguap dek ngantuk. Tmbahan lagi ingin bercerita mengenai dirinya yang bosan itu.
"Abang pula? ". Tanya Zaara sedangkan dia tahu perasaan lelaki itu sebelum ini. Dia ingin mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya. Namun mata yang makin memberat menyebabkan dia tertidur tanpa sedar.
Adam yang sedar akan lena Zaara itu segera menarik selimut menyelimutkan tubuh itu. Nafas dihela berat. Ingatannya terawang kepada Adelia.
"Sayang mungkin lebih beruntung dapat kahwin dengan dia daripada abang. Abang masih ada kekasih sayang. Bahkan belum putus. Abang cintakan dia sangat-sangat. Sampailah mummy paksa abang kahwin dengan sayang. Abang tak ada pilihan jadi abang terima.
Kali pertama abang tatap mata Zaara abang jadi tak keruan. Entahlah apa rasa yang hadir. Sampai saat abang sarung cincin abang masih ingatkan Adelia. Setiapa hari abang bazirkan masa ingatkan dia sedangkan yang terbaik ada dimata.
Abang mengaku abang rasa abang dah jatuh cinta dekat sayang. Tapi dalam masa yang sama abang keliru. Adelia atau sayang. Abang ambik hati sayang untuk terima abang. Dan dalam masa yang sama abang yakinkan diri abang dengan cinta kepada Zaara. Abang takut.... Kalau satu hati Adelia muncul abang lebih memilih dia daripada sayang..... ".
Luah Adam menginggati saat-saat yang ada antara dia dan Adelia serta dirinya dan Zaara. Dua-duanya membuatkan dirinya bahagia. Air matanya mengalir menginggati saat itu. Kau tak boleh tamak Adam. Kau tak boleh jatuh cinta pada dua orang. Dan kau tak boleh menduakan isteri kau. Marahnya dalam hati....
💍💍💍💍💍
🍁 Tak ada lagi yang bisa kulakukan tanpamu. Kuhanya bisa mengatakan apa yang kurasa. Ku menangis membayangkan betapa kejamnya dirimu atas diriku. Kau duakan cinta ini kau pergi bersamanya. Ku menangis melepaskan kepergian dirimu dari sisi hidupku. Harus selalu kau tahu akulah hati yang sering kau sakiti... 🍁

YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...