Zaara menepuk kedua belah telapak tangan tatkala siap menghidangkan makan malam. Tersenyum sedikit bibirnya melihatkan lauk pauk yang dimasaknya... Kelihatan lazat pabila dipandang tapi.....
Tengok ajelah nanti."Dina jom makan.... ". Ucap Zaara tatkala berada tepat dihadapan tv menghalang rancangan kartun anaknya itu... Dina memuramkan wajah sebelum memandang wajah umminya itu.
"Ummi masak apa? ". Tanya Dina dengan nadanya yang sedikit kecil... Zaara memasang senyum. Alahai comel sungguh si Dina ni merajuk. Ikut akulah tu.
"Masak ayam goreng dengan spaghetti ". Ucap Zaara dengan nada yang sedikit teruja. Kedua pipi tembam anaknya yang sedang mengukir senyum itu dicubit geram... Masakan favourite Dina memang simple....
"Yeayhh.. Ada ayam dengan spageti... Bestnya ummi. Jomlah makan ajak ayah sekali". Ajak Dina seraya menarik tangan Zaara menuju ke meja makan... Zaara hanya mengikut langkah anaknya dengan senyuman.
"Hai anak ayah.....kenapa macam happy aje ni". Ucap Adam dari muka pintu rumah. Baru pulang entah dari mana. Zaara tak mahu ambil tahu. Yang penting dia tenang tanpa lelaki itu.... Tetapi benarkah begitu?...
"Ayah.... Come here. Ummi masak makanan favourite Dina... Sedap ummi masak".. Ucap Dina sambil melambaikan tangan tepat kearah ayahnya.
Adam memasang senyum sebelum merapati kedua kesayangannya. Makanan yang terhidang dilihat penuh kelazatan.. Terus matanya memandang ke arah Zaara yang hanya mendiamkan diri tanpa memandangnya sedikitpun.
Duduk diambil sebelum menyendok spagetti ke dalam pinggannya sendiri. Pinggan Zaara dan Dina juga diisinya sendiri... Zaara memandang saja tingkah Adam tanpa perasaan.
"Makanlah.. Mesti ummi masak sedap kan sayang". Ucap Adam usai membaca doa makan. Mata setia memandang wajah cantik itu meskipun hanya wajah dingin sahaja yang menjamah mata.
Zaara tidak mengeluarkan bunyi sedikitpun sejak makan tadi sehinggalah kini... Siaran tv yang memaparkan cerita kartun itu dipandangnya agak bosan. Awalnya Dina yang beria ingin menonton namun kesudahannya anaknya telahpun lentok dipehanya sendiri.
Dibelai lembut rambut paras bahu itu penuh kasih. Wajah tenang dalam lena Dina ditatapnya sayu.... Entah kenapa hatinya jadi serba salah. Serba salah terhadap anaknya sendiri...
Dina semakin hari semakin rapat dengan ayahnya. Macam mana ummi nak berpisah kalau Dina dah sayangkan ayah sangat-sangat.... Ummi taknak Dina benci ummi sebab pisahkan Dina dari ayah...
"Sayang meh abang bawa Dina ke bilik". Ucap Adam serentak mengejutkan Zaara dari lamunan panjangnya. Entah bila lelaki ini berdiri betul-betul disisi sofa pun Zaara tidak perasan... Macam mana nak perasan kalau asyik mengelamun aje.
Lambat-lambat Zaara mengangguk lantas perlahan tubuh kecil itu diangkat oleh Adam dengan lembutnya. Tak mahu Dina terjaga. Tangga didaki penuh hemah sebelum membaringkan tubug itu keatas katil empuk... Selimut ditarik hingga paras dada sebelum menuju keluar pintu bilik..
"Astaghfirullah ". Ucap Adam dek terkejut dengan wajah yang muncul secara tiba-tiba dari pintu bilik itu. Dekat sungguh wajah itu sehingga mendebarkan jantungnya yang normal.
"Er... Sayang nak apa? ". Tanya Adam tatkala merasakan diri sudah tenang. Entah bila isterinya mengikutinya sungguh dia tak perasan. Alih-alih dah ada depan mata waktu nak keluar. Terkejut tau....
"Nak tengok Dinalah. Takkan tengok awak pulak". Ucap Zaara tanpa secalit perasaan pun. Ditolak perlahan tubuh Adam yang menghalang jalan masuknya... Adam hanya membiarkan saja perlakuan Zaara sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Membiarkan si ummi dan anaknya berdua.

YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...