Adam terjaga dari lenanya tatkala terdengar deruman enjin daripada luar rumah. Dinar matahari pagi juga memancar tetap ke matanya melalui celahan tingkap yang terbuka.
Badan direnggangkan seketika dek lenguh yang ada. Entah sejak bila dia tertidur malam tadi. Mata yang sedikit membengkak dibiarkan sahaja. Pantas kakinya menuju ke arah pintu rumah.
Kelibat Zaara yang sedang memanaskan enjin kereta menjamah pandangan. "Sayang dah nak pergi kerja ke?. Kenapa tak kejut abang? ". Tanya Adam lembut.
Zaara hanya diam membatu. sedikitpun tidak menjawab seakan kewujudan Adam langsung tidak terlihat di matanya. Adam mengeruhkan wajah...
"Biar saya hantarlah". Ucap Adam lagi. Anak mata Zaara sedikit mengerlingkan kearahnya namun tetap sahaja kebisuan yang menyelubungi mereka.
"Er... Kalau sayang taknak biar abang hantar Dina ajelah". Ucap Adam lagi benar-benar ingin meraih perhatian isterinya. Dia tahu kalau pasal Dina memang Zaara akan cepat ambik tahu...
Dan tekaannya benar-benar tepat. Zaara sudah membalikkan tubuhnya menghadap wajah Adam yang baru bangun tidur itu. Matanya dijegilkan berserta wajah yang sengaja didinginkan..
"No. Saya yang akan hantar Dina. Lagipun cikgu dekat sana tak kenal awak". Jawab Zaara sekejap sebelum mula menjengah ke arah dalam rumah. Mencari Dina mungkin...
"Takpelah. Kalau abang hantar nanti cikgu tu mesti akan kenal abang as ayah Dina juga. Apa salahnya kan". Ucap Adam menjelaskan kepada Zaara.
"Ohh nak ngorat cikgu sana tu cakap ajelah. Nak kenal awak konon... Lelaki memang tak cukup satukan". Ucap Zaara sambil mencerlung tajam ke arah wajah dihadapannya...
Adam sedikit tersenyum... Entah kenapa kata-kata yang terbit dari isterinya itu seakan berbaur cemburu... Kalau betul bermakna Zaara masih sayangkan dia. Dan dia masih ada peluang...
"Sayang cemburu? ". Tanya Adam sambil bibir tak lekang dari senyuman. Zaara diam termangu.... Benarkah dia cemburu... Arghhh perasaan ini sentiasa mengelirukan... Senyuman lelaki itu juga semakin menglonggarkan lututnya untuk terus berdiri..
'Sedar Zaara... Jangan tunjuk kau senang dipermainkan. Entah benar kata sayang dari lelaki itu kali ini. Mungkin dia hanya kebosanan sahaja seperti dulu. Kelak si kekasih hati, Adelia sudah pulang mulalah jadi lagi...
Bercakap tentang Adelia.... Dimanakah gadis itu?... '. Bisik kata hati Zaara sambil mata tak lepas memandang wajah Adam.
"Awak jangan perasan saya cemburu dekat awak eh. Sebab saya tahu dan saya faham... Tak guna simpan apa-apa perasaan dekat lelaki macam awak. Lagipun awak tahukan apa yang saya nak... Awak dengan kebahagiaan awak dan saya akan hidup dengan kebahagiaan saya". Ucap Zaara meluahkan kata.
Puas hatinya melihat wajah keruh lelaki itu semula... Jangan ingat dia patung... Tak ada perasaan. Senang kena buli dan dipermainkan.
Adam hanya diam mendengarkan butir bicara yang sememangnya akan meretakkan hatinya. Senyum plastik dipasang dan air mata sebaik mungkin ditahan. Macam mana dia nak hadapi hari-hari yang ada jika setiap hari hanya perkataan pisah sahaja yang terbit dari Zaara...
"Ummi... Sorry Dina late". Ucap Dina dari belakang tubuh Adam. Serentak kedua wajah ummi dan ayahnya menghadapnya. Dina menghadiahkan sebuah senyuman manis...
"Cepat sayang nanti lambat pula". Ucap Zaara lantas melambaikan tangan ke arah Dina supaya menghampirinya. Dina segera menyalam tangan ayahnya dan dikucupnya lama. Adam tersenyum..
Sebaik Dina melepaskan tangannya.. Adam segera mencapai tangan Zaara sehingga membuatkan Zaara tersentak. Sepasang mata indah milik Adam ditatapnya lama.

YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta ?
RomanceTengku Adam Mukhriz dan Nailazaara Nurafra disatukan tanpa rela oleh keluarga masing-masing. Namun bagi gadis suci seperti Zaara dia menyerahkan cintanya hanya pada yang berhak iaitu suaminya. Tetapi tidak, Adam yang masih mengharap kasih pada yang...