Menjadi graduan lepasan diploma bukan satu perkara yang mudah. Ini adalah disebabkan status penganggur berjaya telah melekat selama setahun selepas aku menamatkan pengajian diperingkat diploma. Bukan kerana aku malas untuk mencari kerja namun segala usaha aku agak sia-sia mungkin sebab rata-rata menolak mentah-mentah lamaran kerja aku dengan alasan, aku masih muda dan tidak ada pengalaman. What the heck...!!! Macam mana nak ada pengalaman kalau seekor pengurus pun tak nak bagi aku peluang untuk mendapatkan pengalaman...!!! Gerammm..Aku gerammmm...!!!!
Itu yang aku rasa sebelum aku mengambil keputusan untuk menjadi seorang tukang cuci sahaja. Kerja yang sudah biasa aku buat sewaktu aku berada dirumah sepanjang setahun pengangguran aku... Hahahah... Kiranya aku mencari pengalaman mengemas dan mencuci sekitar kawasan rumah untuk aku bersedia dalam menjalankan tugas sebagai tukang cuci nanti. Alhamdulillah, permohonan aku untuk menjadi tukang cuci sangat cepat diterima. Semalam aku pergi temuduga esoknya aku telah dipanggil untuk masuk kerja. Aku ditempatkan disatu syarikat yang telah menandatangani kontrak bersama syarikat cucian yang aku kerja. Tugas dia tidak terlalu mudah dan tidak terlalu susah juga. Kiranya kerja dekat sini bergantung kepada tahap pembersihnya pekerja-pekerja di syarikat ini.
Setiap pagi sebelum memulakan kerja disyarikat ini, kami akan diberi sedikit penerangan tentang pembahagian tugas sepanjang seminggu kami berkerja. Setiap kumpulan akan bertukar-tukar sektor atau bahagian yang mereka perlu kemas. Satu kumpulan ada 5 orang pekerja cucian dan di syarikat ini kami perlu menguruskan 5 bahagian yang berbeza dan salah satu bahagian yang terlibat adalah tingkat 6 iaitu bahagian ketua pengarah serta orang-orang bawahannya.
" Akil...!! Awak dengar tak apa yang saya terangkan...?"tanya ketua bahagian cucian.. Aku dengar wajah blur memandang ketua bahagian aku. Dia datang kepada aku sebelum mengetuk lembut kepala aku dengan pembaris yang sentiasa ada ditangannya setiap kali sesi penerangan bermula. Nak tau tujuan utama pembaris kayu sepanjang 50 cm itu ada ditangannya adalah untuk mengetuk aku yang selalu mengelamun bila dia tengah sampaikan penerangan.
"Lain kali jangan berangan...!! Saya terang dekat depan awak boleh berangan pulak... Kang entah apa-apa yang awak buat sebab tak tau apa tugas awak..." ketua bahagian atau lebih dikenali sebagai Abang Bad baru berusia lingkungan 30 an membebel depan aku...
"Maafkan saya Bang Bad...Hehehehe...Mengantuk sebab semalam tidur lewat..." aku tersengih sambil membuat muka comel sambil menggaru kepala yang tidak gatal... Memang dari sekolah lagi orang kata aku comel... Bukan sebab aku gemuk ke apa... Tapi sebab muka aku seperti budak-budak.
"Macam ada anak kecik selalu tidur lewat. Lain macam abang.. Ada anak bini yang nak kena layan... Kau tu kawin pun belum lagi..." Abang Bad kembal membebel dihadapan aku. Biasalah orang bujang macam aku lepak malam-malam main game la apa la...
"Hehehe..Sorry Bang Bad.... Jadi saya kena buat apa hari ini...?" aku bertanya sambil tersengih. Rakan-rakan kerja aku yang lain rata-rata telah bergerak ke sektor masing-masing. Abang Bad mengetap bibir sebelum melepaskan keluhan panjang.
"Kejap...Aku dah tak ingat..." kelemahan Abang Bad...Dia cepat lupa apa yang dia nak sampaikan kalau dia dah cakap pasal benda lain. Dia berlalu ke buku log sebelum menyuruh aku mengemas bilik pengarah syarikat. Aku menelan air liur.
"Apa..?! Saya kena kemas bilik pengarah...?" Mati aku kali ini...
YOU ARE READING
Dia Boss Aku.??!!
Random"Kenapa aku jadi hak milik dia pulak sekarang...Argghhhh...Aku tak nak..." Akil "Hahahaha...Padan muka kau...Dulu bukan main action reject aku..Muka tak hensem la...Budak hingusan la .. Sekarang kau rasa apa yang aku rasa.. " Pengarah aka Boss.. " W...