Part 42

6.2K 171 6
                                    

Sudah 2 minggu Azam tak kelihatan. Peperiksaan akhir semester bakal berlangsung tak lama lagi. Mesej tidak dibalas. Telefon tiada perkhidmatan. Rakan-rakan tidak tahu ke mana Azam pergi. Aqil sudah sedar dan minggu depan dah boleh kembali ke Universiti. Hari minggu yang lepas, aku pergi melawat dia dihospital dan jururawat kata dia dah pindah ward biasa. Waktu aku datang, tiada sesiapa yang melawat atau jaga dia. Aku pelik. Di mana mak dan ayah dia.?

"Hai..Assalamualaikum..." aku menegur Aqil yang sedang menyandar sambil bermain telefon.

"Waalaikumusalam...Abang Zafril..?" dia menjawab. Aku mengangguk. Masih ingat rupanya.

"Yup... Buat apa tu..? How are you..?" aku bertanya sekadar berbasa basi. Aku meletakkan bungkusan buah diatas meja.

"Ermm.. Tunggu chat dari Abang Azam.. Tapi tak dapat pun..." dia menjawab dengan nada perlahan. Aku tersenyum. Dia meletakkan telefon disebelah sebelum menghela nafas berat.

"Erm.. Tak apalah... Saya okay..Alhamdulillah..Minggu depan dah boleh masuk kelas..." dia melemparkan sengihan.

"Wah.. Good to know it... By the way... Abaikan je Azam tu... Dia pun tak masuk kelas seminggu lebih dah..." kata aku.

"Kalau ada apa-apa.. Abang ada... Nak minta tolong ke.. Just tell me...Okay..?" sambung aku. Aqil tersenyum.

"Terima kasih abang..." ucap dia.

"Dah.. Ni abang ada bawa buah.. Boleh makan... Tak payah pikir sangat okay.." aku pergi basuh buah-buahan dan minta pinjam pisau dari pantri hospital.

*************************************

Sejak aku berbaik dengan Aqil. Aku baru kenal dia macam mana. Dia tak reti nak tegur orang terlebih dahulu. Kena ada orang yang tegur. Dia tak sombong pun. Cuma pemalu. Sesuai dengan wajahnya yang comel. Aku bawak dia jalan-jalan. Tapi naik kereta la. Aku tak nak dia ingat perkara kemalangan dia dengan Azam. Azam pun entah ke mana. Lepas kemalangan terus tak dengar khabar berita.

"Aqil... Minggu depan dah cuti semester .. Ada plan nak pergi mana-mana tak..?" aku bertanya tatkala kami keluar makan. Aqil berfikir sejenak.

"Tak tau la bang... Selalunya cuti sem tak pergi mana-mana pun... Mak dengan ayah busy.." jawab Aqil. Ayam KFC disuap ke mulut dia.

"Erm.. Kalau macam tu... Ikut abang nak..? Kita pergi Pulau Langkawi... Lama dah plan nak pergi.." sambung aku. Aqil nampak teruja.

"Best tu.. Tapi kalau mak dan ayah bagi..." Dia menjawab. Dari reaksi teruja terus bertukar sedih.

"Tak apa... Soal tu jangan risau... Nanti abang sendiri pergi jumpa mak dan ayah Aqil... Minta izin..." kata aku lagi dengan penuh yakin.

"Erm.. Nanti kalau nak jumpa... Saya bagitau bila mak dan ayah ambik lepas final nanti... Abang boleh jumpa dia orang.." jawab Aqil... Reaksinya tetap sayu. Nak tak nak aku kena yakinkan mak ayah dia bahawa aku akan jaga dia bukan macam Azam.

"Dah... Tak payah sedih-sedih... Belum cuba belum tahu... Makan cepat... Nanti nak teman abang tengok wayang... Abang belanja.." kata aku lagi. Baru romantik katakan. Hahaha.

Puas aku pusing-pusing Mall untuk seharian... Malam aku tengok wayang cerita seram.. Saja pilih cerita seram sebab nak bagi Aqil takut.. Lepastu nanti dia boleh peluk tangan aku... Lagipun ni malam terakhir nak keluar sebelum fokus pada peperiksaan akhir semester. Sem depan aku dah nak praktikal. Jarang boleh jumpa dengan Aqil.

Peperiksaan Akhir Semester telah tamat. Waktu peperiksaan aku dengan Aqil agak berbeza tamat. Aqil telah habis 2 hari lebih awal dari aku. Boleh tahan susahnya peperiksaan kali ini. Elok aku keluar dari dewan peperiksaan. Aku bergerak ke arah kereta. Telefon dicapai. Ada notifikasi dari WhatsApp.

'Abang... Mak dan Ayah datang petang ni... Kalau nak jumpa... Tunggu dekat depan kolej Zaaba.' – Aqil Kesayangan

'Pukul berapa...?' aku membalas. Tak lama lepas tu pesanan masuk lagi.

'Not sure. Ayah cakap dalam pukul 5 dia sampai...' – Aqil Kesayangan.

Aku melihat jam... Sudah pukul 4.30... Mujur aku keluar awal dari dewan peperiksaan... Aku hidupkan enjin kereta sebelum berlalu meninggalkan perkarangan dewan menuju ke Kolej Zaaba. Aku menyewa diluar dengan kawan-kawan. Sebelum ini pun aku dapat Kolej Zaaba juga. Setiba di Kolej Zaaba, aku terus naik ke bilik Aqil. Pintu bilik diketuk.

"Assalamualaikumm..." aku memberi salam.. Pintu dibuka dari dalam.

"Eah..Abang.. Awalnya..?" kata Aqil. Aku tersenyum sebelum masuk ke bilik dia.

"Saja.. Tadi baru lepas habis Exam.. Terus datang sini..." aku menjawab sebelum duduk di katil dia.

"Sorry.. Bilik sepah sikit... Tengah kemas barang nak bawak balik.." Aqil berkata. Aku tersenyum memandang dia.

"Tak apa.. Roommate mana..?" tanya aku. Aqil sedang kemas-kemas kotak-kotak barang yang hendak dibawa balik.

"Exam la..Belum balik lagi..." Aqil menjawab. Telefon bimbitnya berdering. Aqil mengangkat.

"Hello.. Ha... Okay... Kejap lagi orang turun..." kata Aqil kepada pemanggil. Dia meletakkan telefon sebelum dengan cepat mengemas barang.

"Ayah dah sampai..." kata Aqil bila aku memandangnya dengan pelik. Aku melihat jam. Baru 4.45 petang..

"Awalnya..?" kata aku.

"Tak tau... Kejap eah... Nak hantar barang dekat bawah.." Kata Aqil sambil mengangkat beg pakaian dan baldi.

"Meh abang tolong.. Boleh jumpa ayah Aqil nanti.." aku mengangkat 2 kotak yang terletak dihadapan pintu. Aqil mengunci pintu sebelum aku membontotinya. Mujur barang dia tak banyak mana. Sesampai dikereta milik bapak Aqil. Aku menyusun kotak tersebut didalam bonet kereta.

"Thanks Abang Zafril... Kenalkan.. Ni ayah Aqil..." Aqil berkata sebelum aku menyalam tangan ayah Aqil. Orang yang sama aku nampak dihospital kelmarin.

"Assalamualaikum pakcik.. Saya Zafril..Senior Aqil..." kata aku setelah bersalam dengan ayah Aqil...

"Waalaikumusalam.. Terima kasih tolong Aqil angkat barang...Dah Aqil.. Jom gerak.. Papa dah lambat ni...Ada hal lain.." kata Ayah Aqil. Nampak dari caranya agak sombong... Aqil tersengih memandang aku.

"Errr.. Pakcik.. Kejap... Saya nak tanya.. Boleh tak kalau saya nak bawak Aqil pergi Pulau Langkawi cuti ni.." kata aku sebelum Ayah Aqil memasuki kereta. Jantung berdegup laju menanti jawapan dari Ayah Aqil...

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now