Part 19

8.1K 230 0
                                    

Sudah hampir satu bulan hubungan aku dengan Boss..Namun sedikit sebanyak aku terkesan dihati dengan cara layanan dia pada aku. Walaupun dia kasar... Tidak reti untuk bermanis kata dengan aku... Tapi jauh disudut hati aku mengatakan dia benar-benar berusaha untuk menjaga aku bagai aku ini anak kecil... Tiada kata I love U atau Aku sayang kau terdengar lagi dari mulutnya. Namun setiap yang dia lakukan memang menampakkan bahawa dia sayang dekat aku. Ambil berat pada aku. Sehingga kadang-kadang agak rimas. Aku akui aku mula suka dekat dia. Setiap hari dia belikan makan. Kalau rehat pun dia ajak keluar makan sama-sama.

Sambil aku membersihkan kawasan tempat kerja dia, kadang-kadang aku mencuri lihat dia yang sedang buat kerja dimejanya. Ada masa, berkerut dahi dia meneliti setiap dokumen-dokumen yang diserahkan kepadanya oleh para pekerja. Setiap kali waktu kerja, aku tak akan cuba nak mengganggu dia sebab sudah sedia maklum memang dia seorang ahli perniagaan yang sentiasa sibuk dengan mengurus syarikat dia.

"Err... Boss... Hari ini busy ke..?" aku bertanya tatkala melihat sedikit masa terluang yang ada setelah dia menyandarkan diri dikerusi.

"Ermm... Not so... Why...?" Boss menjawab sambil mendepangkan tangannya dibelakang kepala. Mungkin letih setelah meneliti setiap dokumen yang berselerak di atas meja.

"Ermmm... Boleh tak Boss datang rumah saya malam ini..?" aku menyambung sambil mengetap bibir. Seram sebenarnya nak ajak dia datang rumah. Tapi aku nak buat sedikit kejutan untuk dia.

"Ohh... Ermmm.. Maybe lewat sikit..? Boleh...? Aku ada urusan sikit..." Boss menjawab. Raut wajahnya ada menunjukkan sedikit kekecewaan. Mungkin berasa bersalah atas jawapan dia tadi.

"Eahh.. Tak apa Boss..Asalkan jangan sampai pukul 12 sudah...Esok saya nak kerja lagi..." aku menjawab sambil tersenyum menampakkan gigi yang tersusun. Aku kembali mengelap meja-meja serta sofa-sofa kulit yang ada didalam bilik. Dia mengangguk sebelum kembali menyemak fail-fail dan sesekali melihat ke arah komputer di hadapannya.

***********************************

Usai pulang dari kerja jam 5 petang. Cepat-cepat aku mengemas rumah yang berselerak. Termasuk bilik-bilik serta bilik air. Dapur juga aku kemas. Baju-baju selesai aku campak masuk mesin basuh. Bilik yang aku letak almari untuk menukar pakaian aku tutup rapat. Pewangi Lavender disembur sekitar rumah menaikkan lagi haruman rumah aku. Walaupun aku duduk seorang. Rumah pulak tidak terlalu besar. Cukup 2 bilik untuk membuatkan badan aku berlengas penuh dengan peluh. Jam dikerling. Uishh. Sudah pukul 6. Mandi sekejap sebelum keluar mencari barang dipasar terdekat. Grab sajalah yang aku mampu pakai buat masa sekarang. Belum berkemampuan nak beli motor.

"Hei.. Aqil.. Berbelanja ke..?" Seseorang menegur aku dari belakang tatkala aku memilih ayam segar. Segera aku menoleh.

"Eah... Abang Zafril... Ha a... Berbelanja barang dapur sikit... Abang pun berbelanja jugak ke..?" aku meletakkan ayam yang dipilih tadi didalam bakul penimbang untuk pekerja menimbang harga.

"Ha a... Gaji baru masuk kan... Jadi beli barang macam Aqil jugalah... Ni malam ni Aqil free tak...? Kita lepak jom..?" Jawab Abang Zafril... Aku menggaru kepala yang tak gatal sambil tersengih. Apa aku nak jawab ni.

"Ermm... Abang Zafril... Sorry... Malam ni ada hal sikit... Lain kali la eah..?" aku menjawab. Abang Zafril mengangguk tanda paham. Aku membaca senarai barang yang aku nak beli. Agak-agak dah cukup. Aku meminta diri dari Abang Zafril untuk pulang lebih awal. Dia mengangguk sebelum kembali mencari barang keperluan dia.

Setelah menyiapkan semua benda yang aku rancang. Aku bersiap tatkala melihat jam sudah hampir jejak ke pukul 9. Lambatnya Boss ini nak datang. Mungkin dia terlalu sibuk. Aku pun macam tak ada hari lain untuk buat kejutan. Usai mandi. Aku menunggu kedatangan Boss disofa kecil dihadapan TV. Sesekali jam dikerling. Masa berlalu dengan pantas. Pukul 9.45 malam dan Boss masih belum muncul.  

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now