Part 11

9.5K 247 18
                                    

"Boss ni gila ke apa..? Saya kan lelaki..." aku dalam marah ada sedikit geli hati dengan perangai mamat ni. Pelik pun ada. Apa yang dia sudah makan agaknya sampai jadi gila macam ini.

"Serius... Aku dah lama perhatikan kau... Setiap kali aku nampak kau... Jantung aku berdegup laju..." Jawab Boss. Matanya dan mata aku bertentangan. Nampak keikhlasan dia disitu.

"Hahahaha... Boss kenapa ni... Demam ke..? Hahaha.." Aku berkata sebelum tangan aku laju merasa dahinya. Tidaklah panas mana pun. Sama saja dengan panas badan aku.

"Hish... Tengok tu... Aku cakap betul ni... Aku perhatikan kau sejak waktu kita diploma lagi." Jawab Boss sambil menepis tangan aku. Aku bertambah pelik. Sejak bila aku satu universiti dengan dia. Aku ingat dia tipu saja tadi pasal satu Universiti dekat Dato' Kamil. Dia memalingkan badannya menghadap keindahan malam dibawah bukit ini.

"Copp..Kita satu universiti ke..?" tanya aku sambil menarik tangan dia. Dia kembali memandang aku. Nafas berat dilepaskan.

"Iye... Aku ni senior kau... Tengok ni..." Dia mencari beg dompetnya sebelum mengeluarkan sekeping kad matrik. Aku mencapai kad tersebut.

"Kejap... Aku macam kenal saja lelaki dalam gambar ini..." aku membelek kad matrik tersebut. Banyak memori yang aku cuba imbas kembali.

"Nama boss siapa..? Umur berapa...?" aku bertanya sebaik gagal mengingati memori semasa di diploma. Maklumlah sudah setahun aku meninggalkan alam diploma.

"Nama Boss sendiri takkan tak tau... Ni nak kena tolak gaji ni." Boss merampas semula kad matrik tadi sebelum dia memasukkan semula ke dalam beg dompet.

"Cepat la boss... Siapa nama boss... Umur boss berapa...?" aku mendesak. Tangannya sesekali aku tarik.

"Ahh...Cari sendiri... Dah la... Jom balik..." Boss menaiki semula kereta. Aku masih berdiri didepan kereta tidak mahu berganjak. Acah merajuk. Aku memeluk tubuh.

"Kau nak aku tinggal kau dekat sini ke..? Cepat naik." Dia menjerit melalui tingkap yang dibuka. Aku masih lagi berkeras. Vroomm. Bunyi enjin kereta ditekan.

"Ishhh... Kejapppp...!!" aku berlari menaiki kereta. Dalam kereta aku tidak mahu langsung bercakap dengan dia. Boss menghantar aku sehingga ke depan bangunan Flat aku.

"Jangan lupa cari nama aku... Pandai-pandai la kau cari..." dia berkata sebaik aku menutup pintu kereta. Aku menghela nafas kasar sebelum menjeling ke arahnya. Aku berlalu meninggalkan dia sambil terdengar bunyi ketawa dari dalam kereta. Kurang asam punya boss. Erghhh..

Sesudah masuk ke bilik. Jam dikerling. Sudah pukul 12 malam. Aku segera mandi dan bersiap untuk tidur. Esok kerja seperti biasa. Hurm... Untung jadi Boss. Suka hati nak masuk pukul berapa. Lampu semua sudah dimatikan. Bilik menjadi gelap namun mata tidak mahu tidur. Aku pusing ke kiri ke kanan mencari keselesaan namun hampa.

"Argghh... Apa pasal aku pergi pikir pasal boss pulak ni... Esok aku nak kerja laa... Mata... Tolong la tutup..." aku bercakap sendiri. Bantal ditekup ke muka. Paksa mata untuk tidur.

Azam P.O.V

Sebaik menghantar budak pembersihan itu balik. Aku segera memecut kereta menuju ke rumah besar yang dihadiahkan oleh arwah bapak angkat aku. Mak dan ayah aku lebih suka duduk dikampung berbanding dibandar. Jadi selepas bapak angkat aku meninggal, mak dan ayah aku minta untuk pulang ke kampung. Sudah sekian lama mereka bekerja dengan arwah bapak angkat aku. Lagipun hasil dari kerja dengan bapak angkat aku ni, bapak aku berjaya membeli sebidang tanah untuk diusahakan dikampung. Lagipun mereka kata sudah bosan duduk dibandar. Tidak bergaul dengan orang. Biasalah orang tua kan. Bermuafakat itu salah satu pendirian hidup. Aku membersihkan diri sebelum menunaikan solat isyak yang jauh tertinggal sebelum mengambil keputusan untuk terus tidur. Esok ada banyak mesyuarat yang perlu hadir.

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now