Part 4

11.3K 243 4
                                    

Boss P.O.V

Keheningan pagi memberikan kesegaran tatkala langsir serta pintu sliding kaca diberanda bilik dibuka. Seperti biasa seawal 5.30 pagi aku sudah bangun untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim dengan menunaikan kewajipan 5 waktu sehari semalam. Namun aku akui kadang-kadang kesibukan kerja menyebabkan aku mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada umat manusia ketika berlakunya peristiwa isra' mikraj.

Sebelum ke pejabat, kebiasaannya aku akan jogging disekitar perumahan untuk mengekalkan kesihatan. Selepas itu, aku akan bersarapan seorang diri sebab duduk pun seorang. Nama tidaklah seindah seperti dalam mana-mana novel lain. Kamarul Azam nama diberi. Anak tunggal kepada seorang pembantu rumah dan juga tukang kebun. Tetapi aku pun tak tau macam mana aku boleh terlibat dengan perusahaan besar macam ini. Sedar-sedar sebelum Tuan Besar tempat mak ayah aku bekerja ini meninggal. Dia sempat wasiatkan untuk aku mengambil alih perusahaan dia ini. Dia tidak berkahwin dan tiada anak. Mungkin sebab itu dia pilih aku untuk ambil alih kerja dia. Lagipun dia yang tanggung segala pembelajaran aku sebelum ni bermula dari aku sekolah rendah sehingga aku habis belajar ijazah. Aku dan keluarga sangat terhutang budi dengan kebaikan yang dia bagi. Al Fatihah untuk arwah Boss atau bapak angkat aku.

Pada umur semuda 26 tahun aku sudah menggalas tugas sebagai pengarah atau CEO syarikat ayah angkat aku ini. Sebenarnya aku masih lagi berada di tahun akhir Ijazah Pengurusan Perniagaan di satu Universiti Tempatan namun aku mengambil pengajian secara jarak jauh. Kelas yang aku ambil sangat flexible untuk memastikan aku boleh mengurus perusahaan dan juga belajar dalam masa yang sama. Kak Rose iaitu setiausaha aku sangat-sangat membantu dalam menyusun jadual aku.

**********************************

"Selamat Pagi Boss." Sapa Kak Rose apabila aku melalui meja kerjanya. Dia tersenyum manis menampakkan giginya yang putih tersusun.

"Selamat pagi Kak Rose" aku menyapa kembali. Senyuman manis aku kembalikan. Aku sebenarnya bukanlah garang seperti yang dirasa oleh budak pembersihan tu. Aku seorang yang humble saja sebab aku tau apa rasanya jadi orang bawahan.

"Oh ya Kak Rose... Budak pembersihan tu dah masuk ke belum...?" aku berhenti seketika sambil memandang Kak Rose.

"Dah Boss.. Awal dia dah masuk hari ini." Kak Rose menjawab. Aku mengganggukkan kepala. Belum sempat aku berlalu Kak Rose memanggil semula.

"Boss.. Hari ini ada meeting dengan client... Boss nak saya hantar wakil atas boss sendiri yang pergi?" tanya Kak Rose.

"Oh..Iye ke..? Pasal apa tu..? Dan pukul berapa ya..?" aku bertanya kembali.

"Erm... Pasal barang-barang perabut yang Boss suruh survey harga hari itu untuk hotel baru cawangan dekat Bandaraya Melaka. Pukul 8 malam nanti di Ruang Makan Private hotel kita ni. Client request untuk makan malam dengan boss.." Kak Rose menjawab. Lincah orangnya dalam mengurus hal pejabat aku. Sebelum itu, aku terlupa sebenarnya aku adalah CEO syarikat perhotelan. Ada antarabangsa dan ada juga yang dalam negara. Aku melihat jam ditangan.

"Okay... Saya akan pergi.. Terima kasih Kak Rose." Aku berlalu setelah Kak Rose mengangguk.

Kaki meluncur laju memasuki ruang pejabat. Segala dokumen penting tentang latar belakang pelanggan serta 'supplier' kena ambik tahu sebelum urusan jual beli berlangsung agar tidak berlaku masalah dikemudian hari. Setakat ini, ada 4 syarikat yang menawarkan perabot-perabot yang menepati citarasa aku dan mengikut bajet kewangan yang telah dilaporkan. Sebaik memasuki ruang pejabat. Merah padam muka menahan amarah.

"Woii Budakkk....Apa kau buat ni haa...??!!"

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now