Pagi ahad yang cerah menyilaukan mata aku. Langsir dibuka oleh seseorang. Mata aku kecilkan.
"Selamat pagi abang... Lewat abang bangun hari ini.. Subuh pun terlepas..." kata Emy sambil melihat ke arah aku. Aku melihat jam ditelefon. Dah pukul 8. Aku menepuk dahi. Ni gara-gara aku tak boleh tidur semalam. Aku merancang untuk pergi bermandi manda di taman tema air yang baru dibuka untuk menceriakan hati Emy.
"Emy bangun tak subuh tadi..?" aku bertanya. Emy tersengih.
"Tak... Emy baru je lepas Qada ni tadi...Hehehe..." Emy duduk disisi katil. Aku bangun dari pembaringan sebelum mencapai tuala untuk segera mandi.
"Emy... Tunggu jap.. Kejap lagi lepas mandi abang hantar Emy balik bilik..." aku berkata sebelum bergerak menuju ke bilik air. Emy mengangguk sambil menyambung bermain telefon.
Usai mandi dan Qada solat subuh. Aku menghantar Emy ke bilik dia.
"Emy... Jom keluar hari ini..?" aku mengajak Emy keluar sebelum setelah dia masuk bilik dia.
"Nak gi mana..?" Dia bertanya.
"Adalah.. Tapi bawak baju, tuala dan kad Matrik sekali..." sambung aku. Dia membuat muka blur.
"Nak gi mana bawak baju segala.?" Emy masih bertanya. Aku menggulingkan kepala. Kalau bagitau nanti tak suprise la nanti..
"Hish...Ikut je la..Banyak tanya pulak.." aku berkeras. Emy sudah duduk di katilnya sambil buat muka selamba.
"Malas ar.. Kalau abang tak nak bagitau. Nanti abang bawak lepak dengan kawan abang macam aritu..." Emy mencapai telefon lalu membeleknya. Hish budak ni.. Orang ajak pun susah..
"Ya la...Nak gi Waterpark.. Jom la.." aku duduk disebelahnya. Telefon dirampas. Dia tersenyum.
"Saja je... Orang dah tau dah dia nak ajak pergi waterpark. Semalam orang intai Abang beli tiket online..Hahahaha..." Emy berkata. Kurang asam punya budak. Pandai dia kenakan aku eah...
"Dah tu..Cepat la mandi dan bersiap..." aku berkata. Aku menolak dia untuk bangun dari katil.
"Malas ar nak mandi.. Orang gosok gigi je..Kejap lagi nak mandi jugak kan..?" Emy bangun mencapai tuala dan berus serta ubat gigi sebelum bergerak ke bilik air. Beberapa minit lepas itu dia kembali sambil tersenyum menampakkan gigi yang putih.
"Jom.. Hehehe.." dia berkata setelah menyumbat sehelai baju dan seluar serta tuala ke dalam beg dia. Aku yang dari tadi sudah menyiapkan barang-barang aku terus bangun untuk gerak ke tempat yang dituju.
"Kad Matrik ni nanti tertinggal.." Aku mengingatkannya sebaik melihat Kad Matriknya tergantung didalam almari.
"Ye.. Kejap..." Dia mengambil sebelum mengikut aku dari belakang.
Sebelum keluar dari kolej. Sempat aku mengajak Emy bergambar dihadapan pintu pagar Universiti kami. Gambar ini boleh disimpan sebagai kenangan nanti.
*******************************
Puas mandi manda di taman tema air yang baru. Dari pukul 9 pagi sampai pukul 3 petang duduk bermain air. Lapar dan dahaga tidak dihiraukan. Tepat jam 3 petang aku mengajak Emy untuk pulang. Usai menyalin pakaian, kami berdua solat zohor disurau berdekatan sebelum mengambil keputusan untuk makan diluar. Makanan didalam taman tema agak mahal untuk pelajar seperti kami.
Kami bergerak keluar dari taman tema menuju ke tempat makan. Emy bukan main seronok berbual di atas motor. Dia banyak bergurau dengan aku diatas motor. Kadang-kadang aku nasihat agar menjaga keselamatan namun disambut senyuman olehnya.
"Emy.. Jangan nak bergurau atas motor ni.. Bahaya... Abang nak bawak motor.. Ni kang jadi apa-apa kang..??" aku berkata sebaik berhenti di lampu isyarat merah. Tempat dituju tidak jauh dari simpang ini.
Tiba-tiba aku mendengar bunyi hon dari belakang. Belum sempat aku pandang, sebuah lori meluncur laju merempuh kami yang berada di hadapan lampu isyarat. Aku tercampak ke tepi jalan. Mata berpinar. Kepala sakit. Terdengar bunyi orang mula berkerumun disekeliling aku. Aku pengsan.
YOU ARE READING
Dia Boss Aku.??!!
Random"Kenapa aku jadi hak milik dia pulak sekarang...Argghhhh...Aku tak nak..." Akil "Hahahaha...Padan muka kau...Dulu bukan main action reject aku..Muka tak hensem la...Budak hingusan la .. Sekarang kau rasa apa yang aku rasa.. " Pengarah aka Boss.. " W...