Usai makan, Abang Zafril menghantar aku sehingga depan pejabat. Itu pun sebab dia mendesak untuk hantar aku sampai dekat depan tempat kerja. Kantoi dah dekat mana aku kerja. Hahaha. Mampus. Aku melambaikan tangan sebelum kereta milik Abang Zafril meluncur laju meninggalkan aku. Aku melangkah memasuki pejabat sebelum terlihat Boss sedang berpeluk tubuh. Aku terkaku.
"Ermm... Assalamualaikum Boss..." aku menunduk tanda hormat. Air liur ditelan kelat.
"Masuk bilik aku sekarang..!" Dia berlalu meninggalkan aku. Terkocoh-kocoh aku mengejar.
Usai sampai ke bilik Boss. Boss terus duduk dimejanya sambil meletakkan kaki di atas meja. Aku berdiri terpacak didepannya sambil menunduk. Marah sangat dia ni.
"Tadi aku cakap apa..?!" Boss bertanya dengan suara yang agak kuat. Bergema rasanya bilik ini. Terkejut aku.
"Err... Tak boleh keluar rehat..." aku menjawab perlahan. Tangan bermain dengan hujung baju. Belum pernah rasanya kena marah sampai macam ini. Aku cuba menahan air mata dari jatuh.
"Dah tu...? Kenapa keluar...?!" Boss bertanya lagi. Kini dia telah menegakkan badannya.
"Sa.. Saya lapar Boss..." aku menjawab tergagap-gagap.
"Tadi kau melantak tidur dekat luar tak ada pulak rasa lapar... Kalau macam ini lah perangai kau... Esok baik kau tak payah datang kerja dah... Baik kau makan tidur saja dekat rumah..." sambung Boss. Aku tersentap. Aku memandang muka dia meminta ikhsan. Dia memalingkan wajahnya.
"Tapi Boss..." belum sempat aku menjawab ditepis olehnya.
"Dah... Keluar dari sini..." Dia memotong. Aku menundukkan kepala sambil menitiskan air mata. Kaki melangkah untuk keluar dari bilik Bos sebelum terlihat sebungkus makanan di atas meja. Untuk aku ke itu..? Aku segera berlalu meninggalkan Boss.
Boss P.O.V
Bodoh punya Azam. Kenapa kau nak marah-marah pulak. Dia keluar makan dengan kawan saja kot. Pikir positif la sikit. Kepala diletakkan di atas meja. Serabut dengan emosi sekarang. Sebab ikutkan emosi. Benda bodoh kau dah buat. Resah memikirkan perasaan Budak Pembersihan itu. Pedulilah. Esok mesti dia datang kerja lagi. Nanti aku minta maaf la.
**************************
Hujan lebat membasahi bumi. Aqil yang duduk termenung di kerusi batu dibalik pejabat tersebut tidak menghiraukan percikan tempias hujan yang terkena ke arahnya. Tiba-tiba dia meredah hujan yang lebat sambil berjalan menuju ke arah rumahnya. Dari tingkap pejabat, Boss yang sedang termenung melihat hujan terpandang seseorang yang sedang berjalan didalam hujan tanpa sebatang payung. Kenal sangat dengan baju yang dipakai oleh lelaki tadi. Boss dihambat rasa bersalah.
Aqil P.O.V
Hidup aku tak pernah nak indah. Dulu masa dekat universiti tak ramai yang nak kawan dengan aku mungkin sebab aku nerd. Aku selalu pergi mana-mana seorang diri. Selalu lepak perpustakaan tapi keputusan aku tak adalah bagus mana. Kalau bagus lama dah aku dapat kerja dekat tempat-tempat bagus. Ni aku kerja Cleaner je. Hujan yang lebat ini sudah tidak aku hiraukan. Biar aku sakit lagi bagus. Lepas itu terus mati kalau itu lagi mudah. Tak payah nak pikir bayar pinjaman pembelajaran. Tak payah nak kerja dan paling penting tak perlu nak susahkan sesiapa. Lepas tanam terus tinggal je aku dekat kubur tu.
Hidup aku tak macam orang lain. Mak ayah tak kisah pun pasal hidup aku. Dari dulu sampai sekarang aku yang uruskan hidup aku sendiri. Arghhh.. Sesekali aku menyerabutkan rambut yang basah disebabkan hujan. Tiba-tiba aku mengalirkan air mata. Aku nangis sepuasnya dalam hujan biar air mata dibawa bersama hujan. Aku dah tak kuat. Tuhan. Bawa aku bertemu dengan Mu secepat mungkin. Aku meratap.
YOU ARE READING
Dia Boss Aku.??!!
Random"Kenapa aku jadi hak milik dia pulak sekarang...Argghhhh...Aku tak nak..." Akil "Hahahaha...Padan muka kau...Dulu bukan main action reject aku..Muka tak hensem la...Budak hingusan la .. Sekarang kau rasa apa yang aku rasa.. " Pengarah aka Boss.. " W...