Berat dugaan aku. Aku terpaksa melepaskan Emy pergi. Aku tidak dibenarkan menyambung pengajian di Universiti itu lagi. Uncle sudah memilih untuk aku dihantar ke luar negara untuk 3 tahun berikutnya. Aku terpaksa akur. Aku harap dengan perginya aku ke luar negara mampu membuang rasa hampa yang hadir dalam hidup aku. Lagi beberapa hari aku akan berangkat ke luar negara. Segala persiapan telah aku lakukan.
"Tok... Tok.. Tok.." ketukan pintu dari luar kedengaran. Ibu masuk sambil membawa satu bungkusan.
"Ni ibu ada benda nak bagi dekat Azam.. Uncle dah ceritakan semua benda pasal Azam pada ibu." Kata ibu. Aku menyambut bungkusan tersebut dari ibu.
"Belajar rajin-rajin dekat tempat orang... Balas budi baik Uncle pada kita semua nanti.. Ibu tau Azam anak yang baik.. Ibu sentiasa redha dengan apa yang Azam lakukan..." sambung ibu lagi. Walaupun ibu kurang memberikan kasih sayang kepada aku sejak kecil. Namun aku hormat dia sebagai ibu.
"Terima kasih ibu..." aku ucapkan kepada ibu.. Tangannya disalam sebelum Ibu meninggalkan aku dibilik. Aku membuka bungkusan tersebut. Aku terkejut. Beg pakaian Emy serta Kad Matrik yang sedikit calar didalam bungkusan tersebut. Aku memeluk dan mencium baju-baju Emy. Aku rindukan dia. Aku membungkus semula sebelum dimasukkan ke dalam bagasi. Akan aku bawak ke mana-mana aku pergi.
***************************************
3 tahun selepas itu.
Kapal terbang selamat mendarat di lapangan terbang Kuala Lumpur KLIA. Selamat sudah aku tamatkan pengajian. Aku mempunyai segulung Ijazah dalam pentadbiran perhotelan. Uncle menunggu kepulangan aku di depan balai ketibaan. Aku menyalami tangan Uncle. Ibu dan Ayah tidak ikut kerana menjaga rumah. Kerinduan kepada mereka tidak dapat aku gambarkan.
"Selamat kembali ke Malaysia..." kata Uncle. Aku tersenyum melihat ketampanan Uncle tidak ubah dari dulu.
"Terima kasih Uncle... Uncle apa khabar..?" aku berbasa basi... Barang-barang dibawa masuk ke dalam kereta oleh Driver Uncle.
"Alhamdulillah... Uncle macam nilah.." jawab Uncle. Aku tersenyum. Uncle dan aku memasuki perut kereta Toyota Alphad milik Uncle.
"Dah balik ni.. Dah boleh dah Azam ambik alih syarikat Uncle.. Uncle dah penat la nak uruskan syarikat Uncle tu..." sambung Uncle setelah kenderaan membelah jalan. Aku terkejut dengan kata-kata uncle.
"Jangan macam tu Uncle.. Saya mana ada pengalaman menguruskan syarikat... Lagipun saya baru habis belajar.. Biar saya cari pengalaman dulu.." Jawab aku... Sungguh aku segan dengan pelawaan Uncle ni..
"Lah... Dah ada Ijazah Perhotelan dah pun... Jangan risau pasal pengalaman... Sambil urus tu sambil belajar la... Uncle guide nanti.. Terima jelah Azam... Lagipun Uncle dah penat la nak uruskan syarikat Uncle tu...Azam terima jelah ye..?" sambung Uncle. Aku tak tau nak tolak macam mana dah... Uncle dah banyak berjasa pada aku dan keluarga.
"Baiklah Uncle.. Kalau Uncle dah cakap macam tu.. Saya tak boleh nak cakap apa..." aku menjawab. Uncle tersenyum.
"Macam ini la anak Uncle..." Uncle menepuk bahu aku. Kenderaan membelah jalan menuju ke rumah..
***************************
Sudah 3 bulan aku pulang ke Malaysia. Aku sudah diberi jawatan sebagai COO disyarikat Uncle. Banyak benda yang aku belajar dari Uncle. Dalam masa 3 bulan..Banyak benda yang berlaku. Uncle sakit dan menghembuskan nafas terakhirnya dirumah. Uncle disahkan menghidap barah usus. Namun dirahsiakan kepada kami semua. Uncle telah mewasiatkan aku rumah yang besar ni dan segala saham disyarikat dia. Aku bakal jadi CEO setelah proses pemindahan harta dilakukan. Aku sedih sebab telah kehilangan orang yang paling rapat dengan aku. Aku masih ingat pesan Uncle sebelum dia menghembuskan nafasnya. Salah satu pesan Uncle yang aku sentiasa ingat. 'Kalau ada orang susah.. Cepat-cepat kita tolong...'
Selepas Uncle meninggal. Ibu dan ayah mintak nak balik ke kampung mereka. Tinggal aku seorang diri di rumah besar ni. Aku menghabiskan banyak masa dipejabat. Kalau balik rumah pun akan sunyi.
YOU ARE READING
Dia Boss Aku.??!!
Random"Kenapa aku jadi hak milik dia pulak sekarang...Argghhhh...Aku tak nak..." Akil "Hahahaha...Padan muka kau...Dulu bukan main action reject aku..Muka tak hensem la...Budak hingusan la .. Sekarang kau rasa apa yang aku rasa.. " Pengarah aka Boss.. " W...