Part 24

6.9K 209 5
                                    

Hari kian hari berlalu, kelibat budak tu tidak aku kelihatan. Entah fakulti mana dia belajar, aku pun tak tau. Aku kebanyakan berkawan dengan junior kalau dikolej memandangkan ramai rakan kelas aku sudah berpindah ke luar kolej. Setiap hari aku akan makan berseorangan dan kadang-kadang ada junior yang menemani aku. Tapi aku tidak kisah. Kafeteria Fakulti dituju untuk mengisi kekosongan perut. Waktu agak singkat untuk memulakan kelas sesi ke dua.

Usai memesan makanan dan minuman. Aku mencari kalau-kalau ada meja dan kerusi kosong. Agak ramai kafeteria hari ini. Mungkin kerana dengan adanya junior baru menambahkan kemeriahan di Kafeteria ini. Ada satu kerusi kosong. Tapi ada seorang pelajar duduk membelakangi kerusi tersebut seorang diri. Peduli apa. Kalau tak ditanya alamatnya makan berdirilah aku.

"Boleh saya duduk sini...?" aku berkata kepada pelajar tadi. Dia memandang aku. Eahh.. Ni budak hari itu.

"Eah.. Ermm.. Duduklah.. Nak bangun dah ni..." Dia berkata. Aku meletakkan pingggan dan cawan dihadapannya. Dia menyedut air untuk kali terakhir sebelum bangun untuk meninggalkan aku.

"Kejap.. Dah nak blah dah..? Tak nak teman aku makan ke..?" Aku berkata sambil membuat muka hensem. Cehh.. Hensem sangat ke aku ni...?

"Ermm..." dia menjawab sambil mengangguk.

"Lepak dulu... Kita belum berkenalan lagi..." aku berkata. Kali ini aku cuba untuk berkenalan dengan dia. Namun hampa. Dia meninggalkan aku keseorangan. Haishh.. Kurang asam punya budak. Mujur aku tak macam senior yang lain. Kalau tidak, sakit dah kau kena pukul dekat dalam tandas. Aku meneruskan menjamu selera memandangkan waktu sesi kedua sudah hampir masuk.

**************************

Waktu kuliah sudah tamat. Disebabkan habis awal hari ini. Sempat untuk aku bersenam memandangkan lama sudah ditinggalkan. Badan tidaklah terlalu fit. Tapi aku berasa cukup untuk meyakinkan aku. Walaupun badan cantik. Tapi.. Aku pergi kelas tetap memakai baju yang sedikit besar. Aku tak suka menunjukkan bentuk badan seperti pembina-pembina badan yang lain. Hahahahahaha.

Aku berjogging di sekitar kampus yang agak besar. Udara mendung menambahkan keselesaan untuk aku berjogging. Tiba-tiba aku melihat budak itu di jambatan berdekatan dengan tasik buatan di kampus itu. Eah.. Dia ni... Mana aku ada mesti dia ada. Dia ni hantu ke apa..? Aku mengambil keputusan untuk menuju ke arahnya.

"Mana-mana aku pergi mesti ada kau... Lepas tu kau seorang-seorang... Kali ini buat apa dekat sini...?" aku berkata sebaik melabuhkan punggung disebelah dia. Nafas ditarik tercungap. Dia memandang aku pelik.

"Tak ada buat apa pun... Saja ambik angin... Abang ni... Tetiba datang...Mengganggu ketenangan orang je..." Dia menjawab. Aku pulak yang kena.

"Lupa nak kenalkan diri... Nama aku Kamarul Azam...Nama kau pulak apa..?" aku bertanya. Tangan dihulur untuk bersalam...

"Err.. Peluh tu...Tak apa .. Tak perlu salam... Panggil Emy je..." Dia tidak menyambut tangan aku. Kurang asam punya budak.

"Oh.. Okk.." Aku mengelap tangan aku pada seluar track yang aku pakai. Nampak gayanya. Dia memang introvert punya budak. Sepatah aku tanya sepatah dia jawab.

"Emy... Fakulti apa..?" aku mulakan kata-kata setelah beberapa minit tidak berbunyi. Terasa janggal disitu.

"Fakulti Business Administration" jawab dia sepatah. Aku mengangguk. Junior aku rupanya.

"Oh.. Okk.. Boleh aku nak kawan dengan kau...?" aku bertanya kembali. Dia memandang aku dengan pandangan seribu persoalan..

"Boleh je.. Tapi saya introvert la...Sorry kalau kadang-kadang tak layan abang..." jawab Emy. Aku tersenyum.

"Hahahha.. Tak apa.. Aku tak kisah... Asalkan aku dapat berkawan dengan kau...Aku nak sambung jogging ni... Kau nak ikut tak..?" Aku berkata lagi. Aku bangun sambil menepuk bontot yang penuh dengan pasir dan daun kering.

"Tak apa la... Saya duduk sini je.. Maghrib kang saya balik la..." dia menjawab. Aku menggangguk sebelum meneruskan aktiviti berjogging aku. Bersyukur sangat dia nak layan aku. Aku memang tak boleh tengok orang duduk seorang diri. Aku akan datang kepada dia untuk menjadi kawan. Takut dia akan dipinggirkan oleh pelajar lain.

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now