Part 25

6.8K 203 9
                                    

Lama aku tidak nampak dia. Oleh disebabkan kami berlainan kolej dan jadual aku dan dia tidak sama. Kadang aku habis awal. Biasalah plajar tahun akhir. Kelas pagi ini habis awal. Seperti biasa, kawan-kawan mesti ajak aku lepak luar. Makan dekat kedai luar lagi sedap katanya. Memandangkan kelas petang ni masih lambat. Aku bersetuju untuk ikut serta makan di keedai luar.

"Korang.. Boleh tak gerak dulu...? Aku nak pulang buku kat library kejap.. Nanti roger tempat mana korang makan... Aku on the way..." aku berkata kepada Zafril. Kawan baik aku.

"Okay Bro...Jangan lambat sangat..." jawab Zafril. Dia berlalu dengan kawan-kawan yang lain sebelum aku menuju ke perpustakaan. Selesai memulangkan buku di kaunter. Aku berlalu keluar sebelum terpandang kelibat Emy sedang duduk berseorangan di meja kosong disudut perpustakaan. Langkah di atur menuju ke arah dia.

"Hei... Buat apa dekat sini..? Tak ada kelas ke..?" aku bertanya. Dia mendongak melihat aku.

"Ermm.. Abang buat apa dekat sini..?" dia bertanya kepada aku pulak. Soalan aku tidak dijawabnya.

"Tadi pulang buku. Ni nak gi makan kejap. Kelas baru habis tadi. Aku tanya kau tak jawab pun." Aku menjawab. Kerusi dihadapannya aku duduk.

"Erm... Tadi terlambat sikit... Lecturer dah kunci pintu..." dia menunduk setelah menjawab. Telefon ditangan dimain.

"Hahahahaha...Chill la...Dah.. Jom ikut aku pergi makan..." aku menarik tangan dia untuk mengikuti aku.

"Kejappp...Nak ambik beg..." dia menuju ke arah penyimpanan beg setelah keluar dari perpustakaan. Dia kembali mengekori aku menuju ke tempat parking motor. Kebetulan aku ada bawak helmet lebih. Selalunya untuk aku tumpangkan sesiapa yang aku nampak jalan kaki seorang-seorang.

"Aik..? Kita nak ke mana..?? Siap naik motor...?" Emy bertanya apabila aku menyarung helmet dikepala.

"Nak makan dekat luar... Kelas lambat lagi... Sempat kot nak makan kat luar. Ni pun sekali sekala aku keluar makan." Aku berkata sambil menghulurkan helmet kepadanya. Dia menyambut namun masih belum disarung di kepala.

"Jangan lama-lama tau... Saya ada kelas pukul 2.00 nanti..." Emy berkata. Aku mengundurkan motor untuk keluar dari petak letak kenderaan.

"Yaa... Aku pun ada kelas pukul 2 nanti... Cepat la..Nanti lambat..." aku menjawab. Helmet yang aku berikan tadi telah disarung oleh Emy. Dia membonceng aku sebelum kami berlalu keluar dari Fakulti. Sesudah sampai ditempat yang dituju, Emy tidak mahu turun dari motor.

"Turun la...Asal tak nak turun pulak ni..?" Aku berkata sambil memandang ke belakang.

"Ramai orang la... Kita cari kedai lain boleh tak..?" Emy masih berkeras di atas motor. Alahai dia ni. Hahahaha. Aku dah nak tergelak dah...

"Ramai apanya..? Tu kawan-kawan aku la... Tak ada apa pun..." aku menjawab. Dia membesarkan mata.

"Apa..? Kawan abang..? Alarrr... Tak nak laa...Saya segan la bang.. Jom la balik..." dia tak nak turun dari motor. Aku dah tergelak dah. Aku tak paham dengan dia. Apa yang dia segannya. Bukan cacat pun. Zafril terlihat kami di tempat parking.

"Oi.. Azam...Cepat ar sini..." Dia melaung dari dalam kedai. Aku memandang sambil menunjuk isyarat sekejap.

"Cepatlah.. Kawan aku dah panggil tu..." aku memujuk dia. Emy masih berkeras. Haish...

"Ye la...Kejap je... Lepas makan kita balik la..." aku menyambung.

"Janji..?" Emy berkata.

"Yaa... Janji... Dah...Cepat turun..." aku berkata sebelum dia turun dari motorsikal aku. Helmet diletakkan di kerusi sebelum aku berlalu diikuti oleh dia.

"Sorry geng.. Lambat sikit.. Ambik budak ni kejap..." aku menyalami rakan-rakan aku yang ada disitu. Emy turun menyalami mereka. Usai salam. Emy duduk disebelah aku. Dia diam membatu.

"Siapa ni..? Anak ikan ke..? Hahahahahaha..." Kamil bertanya sebelum disambut gelak tawa dari kawan-kawan yang lain...

"Bukanlah.. Kenalkan... Ni Emy... Diaaa...."

Bersambungggg.....

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now