Part 5

10.9K 259 11
                                    

Pukul 8 malam di ruangan makan malam Hotel Vistana Indah. Kelihatan 2 orang tetamu ataupun client telah sedia menunggu dimeja makan. Kamarul Azam serta seorang lelaki memasuki ruang tertutup berhawa dingin dengan disambut mesra oleh 2 orang tetamu tadi.

"Assalamualaikum Dato' Kamil... Maaf terlambat... Sudah lama menunggu..?" Kamarul Azam atau Boss bersalaman dengan Dato' Kamil... Disisinya adalah anak lelakinya Arsyad Firdaus merangkap COO disyarikatnya. Aku bersalaman dengan kedua orang yang berpangkat tinggi ini. Aku pun tak tau kenapa aku perlu ada dekat sini... Badigul punya Boss..Macam mana aku tahu..? Nanti aku cerita...

"Waalaikumusalam... Azam.. Lama saya tak bertemu awak... Tidak sangka rupanya anak kawan saya sendiri ye...Silakan duduk..." Dato'Kamil mempelawa kami duduk... Aku tertunduk malu dek kemanisan senyuman dan baik budi pekerti Dato' Kamil.

" Eah... Dato' saya cuma anak angkat sahaja..." Boss menjawab sambil tersenyum. Aku tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Boss.

"Jangan panggil Dato'... Panggil Uncle je... Walaupun awak tu anak angkat...Tapi arwah dah anggap awak macam anak dia sendiri." Aku cuma berdiam diri sahaja disisi Boss. Aku tak tau nak buat apa lagi. Hish. Anak Dato' Kamil ini pun tersengih-sengih pandang aku apahal..?

"Baiklah Uncle... Boleh kita teruskan dengan agenda kita..?" tanya Boss. Tidak lama selepas itu Waiter sampai menghantar hidangan yang telah dipesan. Bila Boss pesan pun aku tak tahu.

"Bolehh.. Cepat habis kita boleh sambung borak... Sebelum tu, yang sebelah ni siapa..?" Dato' Kamil bertanya. Aku dah gelabah dah nak jawap apa?

"Ohh.. Dia kawan saya... Dia tumpang tidur dekat rumah saya... Tadi kebetulan dia baru sampai dari kampung... Jangan risau... Dia tak mengganggu kita kan..?" Boss menjawab. Sejak bila pulak aku ni kawan dia...? Kurang asam punya Boss.

"Ohh..Tidakk.. Tak ganggu pun.. So can we proceed..?" Tanya Dato' Kamil pula...Sambil makan sambil borak tentang latar belakang produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat Dato'Kamil dan tawaran yang diberikan oleh syarikat Boss. Mesti nak tau kan kenapa aku ada dekat sini menjadi pendengar setia perbualan yang aku sendiri tidak paham.

#Throwback

"Woii Budakkk... Apa kau buat ni haa..??!!" tengkingan suara Boss lantang kedengaran didalam ruang bilik dia. Aku yang sedang mengemas meja kerjanya terkejut sehingga terketar tangan.

"Siapa benarkan kau usik barang-barang atas meja aku..?" Boss lantas melangkah ke arah aku. Aku terkaku memandangnya dengan mata berkaca. Sudah lama aku tidak pernah ditengking sebegini.

"Kau jangan nak melalak dekat sini..Aku tanya tu jawablah...Siapa suruh kau kemas meja kerja aku ni..?" Dia mula mencari sesuatu diatas meja kerjanya. Aku sudah tak tau nak jawab macam mana.

"Kau dah bisu ke..? Jawablah..." hentakkan tangan dimeja mengejutkan aku.

"Tak ada sesiapa...Saya sendiri nak buat..." aku menjawab tergagap-gagap. Mata memandang ke lantai. Air mata sedikit mengalir dipipi.

"Mana fail-fail yang ada atas meja ni..? Kau dah buang ke apa..?" Boss bertanya dengan nada yang keras. Dia melabuhkan punggungnya dikerusi besar.

"Tak..Saya susun dekat rak tu.." aku menunjukkan rak fail yang berada berdekatan dengan pintu masuk.

"Kau pergi ambik sekarang fail yang kat atas meja ni tadi." Dia meletakkan kaki diatas meja sebelum aku melangkah mengambil fail-fail yang aku susun tadi, aku letak di hadapannya.

"Maafkan saya Boss.." Dia mengangguk sebelum dia menyuruh aku keluar dengan isyarat tangannya. Aku berlalu sambil air mata mengalir laju ke pipi. Siallahh... Kenapa hidup aku selalu diuji..? Penattt...!!!

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now