Barang makanan yang kami jual telah habis. Meja-meja telah dikemas. Namun kelibat budak tadi masih tidak muncul-muncul. Farid meminta diri untuk balik terlebih dahulu. Orang sudah tidak ramai seperti tadi. Mungkin sudah petang. Sesi pendaftaran untuk hari ini juga sudah tamat. Aku membelek telefon sementara menunggu budak tadi sampai. Janji tetap janji. Itu prinsip hidup aku. Sedang leka main permainan ditelefon. Seseorang mendekati kemah aku.
"Ermmm.. Bang... Sorry lambat..." budak tadi berkata sambil menggaru kepala. Sengihan diberikan olehnya menampakkan giginya yang tersusun cantik.
"Eahh... Kenapa lambat..?" aku menutup telefon sebelum dimasukkan ke dalam kocek seluar.
"Erm... Ada masalah sikit kat dalam tadi... Pastu sesat masa nak cari kedai abang ni... Rupanya dah tutup... Patut tak jumpa..." Dia menjawab sambil menghadiahkan sengihan sekali lagi.
"Ohhh... Tak apa... Ni dapat kolej mana...?" aku bertanya sambil menghulurkan barang-barang dia untuk dibawa keluar.
"Dapat kolej Zaaba..." Dia menjawab.
"Jauh tu... Nak abang tolong tak ni...?" Aku bertanya lagi. Dia tersengih sambil menggeleng.
"Tak apa... Tadi abang dah tolong jaga pun dah cukup terima kasih...Saya gerak dulu eah..?" Dia menjawab sebelum tersengih menarik beg bagasi dan baldi serta beberapa keperluan lain. Di tangan kirinya memegang bantal dan sebuah beg pakaian yang kecil. Dari jauh aku memandang dia terhuyung hayang membawa barang-barang. Tiba-tiba baldi dan bantal ditangannya terjatuh. Aku menggelengkan kepala sebelum bergerak ke arah dia.
"Meh la abang tolong..." Dia memandang aku. Aku mengangkat bantal dan beg pakaian kecilnya sebelum bergerak ke arah kolej Zaaba.
Usai sampai ke kolejnya. Dia mencari biliknya. Aku menjaga barangnya yang lain dibawah tangga untuk sementara waktu. Aku kurang arif dengan Kolej Zaaba ini memandangkan aku bukan dari kolej kediaman ini. 10 minit berlalu, dia turun semula bertemu dengan aku.
"Terima kasih bang... Dah jumpa dah bilik... Saya naik dulu eah... Terima kasih banyak-banyak sebab tolong saya..." Dia menyalami aku sebelum mencapai beg dan barang dia yang lain dan berlalu meninggalkan aku. Personaliti yang berbeza aku lihat dari dia. Dia bukan orang yang senang bergaul. Aduhh... Aku terlupa untuk bertanya namanya. Kepala yang tidak gatal digaru. Aku berpaling untuk kembali ke kawasan pendaftaran oleh kerana motor aku yang masih ada disana.
****************************************
Sudah seminggu pelajar baru masuk dan rata-rata pelajar senior juga telah mendaftar masuk semula. Seperti pelajar-pelajar lain, ada yang teruja, ada yang gembira malah ada yang tidak suka mungkin kerana dipaksa oleh keluarga atau ada masalah lain. Walaupun aku senior, tapi kenapa aku masih duduk didalam kolej..? Ini semua kerana Bapa Angkat aku nak aku buat yang terbaik dekat sini. Dia berjaya mendapatkan Kolej Kediaman yang terbaik untuk aku iaitu Kolej Ibnu Sina. Kolej untuk pelajar-pelajar perubatan, tapi hanya aku dan beberapa orang pelajar lain sahaja bukan dari Fakulti Perubatan.
Pada awalnya aku tak nak. Cukup sekadar Kolej Zaaba sahaja. Sebab ramai pelajar fakulti aku berada disana. Dan ini dapat memudahkan aku untuk bertukar-tukar pendapat dengan kawan-kawan. Namun Bapa Angkat aku tidak menyetujuinya. Katanya Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Jadi aku kena berusaha untuk berjaya. Bukan terletak pada zon selesa sahaja. Aku sahut seruan bapa angkat aku. Dan Alhamdulillah... Berkat aku belajar bersungguh-sungguh, sehingga sekarang aku PNGK (CGPA) tidak pernah kurang dari nilai anugerah dekan.
Sewaktu menaiki motorsikal menuju ke Kolej Zaaba untuk aktiviti perbincangan kumpulan. Mata tertancap pada seorang pelajar yang duduk disebuah pondok kecil yang didirikan berdekatan dengan laluan pejalan kaki menuju ke kelas. Dengan buku serta pensil di tangan. Dia merenung jauh entah melihat apa. Aku amati. Rupanya budak hari itu.
YOU ARE READING
Dia Boss Aku.??!!
Random"Kenapa aku jadi hak milik dia pulak sekarang...Argghhhh...Aku tak nak..." Akil "Hahahaha...Padan muka kau...Dulu bukan main action reject aku..Muka tak hensem la...Budak hingusan la .. Sekarang kau rasa apa yang aku rasa.. " Pengarah aka Boss.. " W...