Part 36

6.8K 241 33
                                    

Waktu Sekarang

"Bila aku semak jadual kerja pembersihan untuk pejabat aku, aku terpandang nama kau... Aku mencari maklumat berkaitan diri kau dekat Abang Bad..." aku menyambung sebaik menceritakan hal sebenar kepada Aqil. Aqil khusyuk mendengar.

"Betullah... Kaulah orang yang selama ini aku cari...Aku sayang kau Emy Ahnafaqil.." aku menyambung sebelum memeluk tubuh Aqil yang kaku. Tanpa sedar air mata mengalir membasahi baju Aqil... Aqil membalas pelukan aku erat.

"Dah la.. Benda dah lepas... Sekarang Emy yang sama ada didepan Abang..." Dia berkata sambil mengusap lembut badan aku. Setelah seketika, Aqil melepaskan aku. Mata aku dan mata dia bertemu.

"Abang janji tak akan tinggalkan Aqil lagi lepasni walau apa sekali yang terjadi...?" Tanya Aqil...

"Janji..." aku menaikkan jari kelingking aku. Dia tersenyum sebelum menyambut jari kelingking aku. Sumpah aku bahagia saat ini. Insan yang selama ini aku cari telah berada dihadapan aku.

"Dah... Jom la tidur... Esok nak kerja lagi..." kata Aqil... Dia baring terlebih dahulu sambil menarik selimut sehingga paras dadanya.

"Jadi... Dah boleh ehem ehem tak..?" aku tersengih memandang dia. Dia menjeling.

"No.. Dasar pervert..." jawab Aqil. Aku semakin tersenyum nakal. Dengan perlahan aku mendekatkan diri aku pada dia.

"Abang... Noo.. Abanggg..." semakin merah muka dia. Aku menerpa ke arahnya sebelum aku geletek dia. Kami berdua bergurau tak ingat dunia malam tu.

**********************************

Aqil P.O.V

Mata dibuka perlahan. Selesanya didalam selimut tebal. Tapi badan sakit-sakit pulak tiba-tiba. Mungkin sebab malam semalam. Aku menggeliat didalam selimut.

"Morning my dear..."sapa Boss sambil tersengih.

"Morning too..." aku menjawab sambil menguap. Mulut ditutup agar tidak dimasuki Syaiton kata orang tua-tua.

"How you feel..? Okay tak..?" Tanya Boss. Aku menggulingkan mata. Dasar...

"Morning sick..Bluwekk..!!" aku menjawab sambil buat-buat nak muntah. Boss memandang aku.

"Hahahahahahha... Awal lagi nak kena morning sick.. Kang Abang buat betul-betul baru tau..." Boss menjawab sambil tergelak besar.

"Hehehe.. Sorry... Dasar pervert..." Aku terus tersengih. Perkataan 'Pervert' aku perlahankan. Boss sudah siap-siap dengar pakaian kerjanya. Aku masih lagi dalam selimut. Kang kalau aku lambat, siapa nak hantar aku pergi kerja.

"I'm heard that... This night kau tak akan terlepas...Dah... Aku nak pergi kerja..." sambung Boss. Baju Kot hitam tersarung kemas dibadannya.

"Waiitt... Whattt..? Nak gi kerja dah..? Habis saya nak naik apa..?" kata aku. Selimut aku ketepikan. Bingkas bangun mencapai tuala.

"Kata morning sick... Tak payah la pergi kerja... Rehat saja dekat rumah..." jawap Boss. Aku memandang dia sambil mengetap bibir. Geram. Aku menjeling sebelum memasuki bilik air.

"Tak payah masuk kerja... Nanti aku bagi surat berhenti kerja.. Kau duduk rumah saja... Kemas rumah... Masak untuk aku..." sambung Boss dari luar. Aku terkejut didalam sebelum menjenguk Boss yang berada di luar bilik air.

"Seriously..? Wahh... Haven nya.. Dah la dapat laki kaya... lepas tu tak payah kerja... Perghhh..."aku buat muka teruja. Boss memandang sambil tersengih. Aku terus menukar riak muka aku.

"Dah... Tak payah nak mengada... Pergi la dulu... Nanti saya pergi naik grab saja." Aku menjeling sebelum memasuki semula bilik air. Boss mungkin dah gerak ke pejabat.

*********************************

Aku menapak masuk ke pejabat dengan barang-barang cucian ditangan. Hari ini hari isnin. Monday Blues kata orang putih. Ramai yang aku perasan lemau saja hari ini. Aku lalu di hadapan meja Kak Rose.

"Eah.. Aqil..? Lambat masuk hari ini..?" Sapa Kak Rose. Aku tersengih menunjukkan gigi yang tersusun.

"Pagi tadi sakit perut la Kak..." aku menjawab sedikit.

"Boss dah masuk tau... Jaga-jaga..." sambung Kak Rose.

"Tau..." jawap aku perlahan.

"Apa..? Mana awak tau..?" sambung Kak Rose. Dia menunjukkan reaksi pelik.

"Eah... Tak ada Kak.. Biasalah.. Boss selalu masuk awal kan..? Saya masuk dulu eah..? Kang tak pasal-pasal saya kena marah pulak dengan Boss.." jawab aku sambil tersengih. Kak Rose mengangguk sebelum aku berlalu meninggalkan dia.

Pintu bilik pejabat ditolak selepas Kad Putih disentuh di Sensor kunci. Barang-barang dibawa masuk bersama. Boss sedang leka buat kerja. Aku tak mahu ganggu dia. Baru nak sapu sampah tiba-tiba Boss berkata.

"Kak... Nanti tolong bersihkan tingkap ya. Pekerja lama saya dah berhenti. Maaf tiba-tiba kena panggil akak..." Boss berkata sambil menyemak dokumen diatas meja.

"Kak apanya abang..? Bila masa pulak saya berhenti..." jawab aku. Boss mengangkat kepala sebaik mendengar kata-kata aku. Dia agak terkejut.

"Eah sayang... Kau buat apa dekat sini..? Kan aku suruh duduk rumah..?" Boss berkata sambil berjalan menuju ke arah aku. Aku mendapat idea untuk mengenakan dia.

"Erm... Nanti saya rindu dekat abang..." jawab aku sambil menunjukkan reaksi mencebik. Tangan memainkan tali lehernya. Sesekali dadanya dibelai. Boss menelan air liur.

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now