Part 45 (Pengakhiran)

7K 192 19
                                    

Selepas dari pergaduhan Azam dengan Zafril tempoh hari. Zafril sentiasa mengawasi gerak laku Azam dan Aqil. Dia sudah dapat menemukan rumah Azam dan yang paling penting, dia dapat maklumat tentang percutian mereka ke Sabah. Berkat perisik yang dia upah untuk menyiasat tentang Azam. Sebelum ni waktu di Universiti. Azam banyak berahsia dan kurang menceritakan hal diri dia pada rakan-rakan yang lain. Zafril tahu apa yang dia nak buat lepas ini. Sengihan dilemparkan sebaik melihat Aqil dan Azam keluar dari kediaman Azam menaiki kereta yang dipandu oleh Azam.

Boss P.O.V

"Cepat la sayang... Nanti tertinggal flight..." laung aku dari bawah. Aqil terkocoh-kocoh membawa turun barang-barang dari bilik...

"Oi.. Ni nak pindah sana terus ke apa..?" seloroh aku sebaik melihat 2 beg bagasi yang diangkat oleh Aqil. Dia menjeling pada aku...

"Bukan nak tolong... Perli orang lagi adalah..." kata Aqil. Aku tergelak...

"Tak adalah... Betul la..Kau tengok..Sampai 2 bagasi kau bawak..." kata aku sebelum menolong Aqil memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.

"2 sebab kecik..Kalau ada yang besar..Saya bawak yang besar terus.. Tak adalah saya nak bawak sampai 2 beg ni..." jawab Aqil sambil memuncung pada aku. Dia menarik muka sebelum masuk ke dalam kereta.

"Alalala...Majuk pulak dia...Alar..Sorry la..Dah...Jangan merajuk.. Tak comel nanti..." pujuk aku sebaik duduk disebelah Aqil ditempat memandu.

"Lagipun dalam Beg tu ada baju abang jugak.. Bukan barang saya seorang..." sambungnya dengan nada sedih... Hahahahha.. Tak habis lagi rupanya...

"Siapa suruh kemas baju aku... Aku tak suruh pun..Huhuhu.." jawab aku...

"Ishh.. Dah la.. Malas nak cakap dengan abang..." dia memeluk tubuh sambil memuncungkan mulut dia. Hahahahaha...Eeiie..Geram aku..Aja aku cium juga ni kang.. Aku menghidupkan enjin sebelum bergerak menuju ke lapangan terbang.

*************************

Zafril mengikut kereta Azam dari belakang. Kereta memasuki lebuh raya. Jarak antara kereta Azam dan kereta dia sangat dijaga agar tidak ketahuan oleh Azam. Dimatanya, Azam adalah perampas. Datang pada waktu yang salah. Semua tentang Azam sekarang amat dibenci oleh Zafril. Zafril memecut laju dilebuh raya melepasi kereta yang dipandu Azam. Entah apa yang dipikirkan oleh Zafril...Dia memusingkan stereng 180 darjah dan brek keretanya serta merta dihadapan kereta Azam. Zafril tersenyum sebelum keretanya terbalik dilanggar oleh Azam. Beberapa kali kereta Azam berpusing selepas melanggar kereta milik Zafril sebelum menghentam pembahagi jalan dan tercampak di sisi lebuh raya. Keadaan kedua-dua kereta remuk teruk sebelum pihak polis, bomba serta ambulans bergegas ke lokasi kejadian.

Boss P.O.V

Kereta berpusing-pusing selepas melanggar kereta yang hilang kawalan dihadapan. Kereta telah berhenti. Kereta remuk dibahagian depan. Darah terasa mengalir dikepala. Aqil yang kaku disebelah dipandang sebelum mata berpinar-pinar..

"Aqil..Maafkan aku..." mata aku tertutup... Bunyi siren kuat kedengaran. Aku tidak sedarkan diri.

*********************************

LEBUH RAYA KLIA – 16 Mei 2020- 2 orang cedera dan 1 orang meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 250 Lebuhraya KLIA apabila kereta Honda Accord yang dinaiki oleh 2 orang lelaki bertembung dengan sebuah kereta Toyota Camry yang juga dipandu oleh seorang lelaki hilang kawalan dilaluan yang sama menuju ke KLIA. Pemandu Toyota Camry yang dikenali sebagai Arief Zafril, 25 tahun maut ditempat kejadian setelah tersepit ditempat duduk pemandu. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Manakali 2 lelaki yang cedera dikenali sebagai Kamarul Azam, 25 tahun, pemandu Honda Accord dan Emy Ahnafaqil, 21 tahun menumpang hadapan kereta Honda Accord tersebut telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

******************************

Boss P.O.V

Mata dibuka perlahan. Silau. Badan terasa amat sakit. Aku cuba untuk bangun sebelum ditahan oleh seorang wanita berpakaian putih.

"Saya dekat mana ni..?" kata aku lemah...

"Cik..Cik tak boleh bangun... Cik baru lepas operate... Cik ada dekat hospital.." kata wanita tersebut. Jururawat mungkin.

Aku melihat wayar berselirat dibadan. Tiba-tiba air mata mengalir. Aku ingat apa yang berlaku. Aku kemalangan lagi bersama insan yang aku sayang. Benda yang sama berulang. Bodoh...Kenapa semua berlaku kepada aku. Aqill.. Maafkan aku.. Aku tak mampu nak jaga kau dengan baik. Kenapa aku ditakdirkan untuk selalu buat kau ditimpa kemalangan... Deras air mata mengalir. Kaki yang tergantung di dilihat. Berbalut dan berpalang besi. Aku tak mampu bergerak. Aku tak mampu nak tengok apa yang berlaku pada Aqil.

"Nurse.. Mana kawan saya Nurse..?" aku bertanya kepada jururawat tadi dengan suara serak. Air mata masih mengalir.

"Sabar cik..Cik kena rehat.. Cik baru lepas kemalangan...Cik kena banyak bersabar..." jawab jururawat tersebut.

" Aku tanya Aqil mana..??!!" laung aku kepada jururawat tersebut sebelum meronta-ronta di atas katil. Jururawat menjadi panik sebelum doktor dan beberapa jururawat yang lain datang untuk menenangkan aku. Aku tidak hiraukan. Yang penting aku dapat jumpa Aqil... Aqill..!!! Doktor menyuntik ubat penenang disaluran air aku sebelum aku kembali tertidur tidak sedarkan diri. Maafkan aku Aqill..Aku bukan insan yang sempurna untuk kau...

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now