Part 21

7.9K 256 15
                                    

Keheningan pagi yang sejuk menyukarkan untuk aku bangun. Selimut ditarik membaluti badan. Sedapnya tidur dalam suasana yang agak suam-suam. Terasa hangat badan dalam selimut. Sesuatu benda berat mengganggu keselesaan waktu tidur aku. Diraba-raba apakah benda itu. Setelah mamai aku hilang. Mata aku terbuntang. Aku melihat sebelah aku. Arghhh...Tangan Boss...

"Boss...Bangunnnn... Boss buat apa dekat sini...?Eieieieiie..." aku menolak tangan Boss yang memeluk erat tubuh aku. Badan Boss digoyangkan.

"Errrmm.. Ngantuk laa..." Dia menarik aku ke dalam pelukan dia. Meremang bulu tengkuk aku. Sekali lagi badan Boss digoyangkan.

"Boss... Bangun laa.. Apa pasal tidur kat katil saya pulak... Semalam kan saya suruh Boss tidur bawah...!" aku membuka tangannya yang erat memeluk aku. T-shirt hitam dibadannya aku pandang. Macam kenal.

"Boss... Apa ni... Pakai baju saya pulakkkkk..!!" aku menolak Boss hingga jatuh dari katil. Kedebuk.

"Sakit laaa... Apa ni tolak-tolak..." Boss bangun sambil merenggangkan badannya. Tuala yang terlilit dipinggangnya terjatuh menyebabkan automatik aku menutup mata. Segan hanatt.. Ingat aku nak tengok sangat ke isi tuala dia...

Boss P.O.V

Aku menggosok mata untuk menghilangkan mengantuk. Sakit badan aku sebab jatuh di tolak budak ni. Ishh.. Mujur la sayang kat kau.. Kalau tidak... Lama dah makan penyepak aku. Aku melihat dia menutup muka dengan bantal. Aku memandang tuala yang tersarung telah terlucut. Senyuman nakal aku berikan. Ada idea nak kenakan dia.

"Woii.. Budak... Asal tutup muka tu...?" aku memegang tangan dia yang erat memeluk bantal. Dia menepis.

"Pakai la tuala tu.. Tak malu ke...?!!" Terdengar jeritan dari sebalik bantal tu. Aku ketawa kecil.

"Tak nak... Buka la bantal tu..." Aku menggunakan seluruh tenaga pagi aku memaksa dia melepaskan bantal yang menutupi muka dia..

"Argghh.. Bosss... Eieiie.. Nak buat apa niiii...!! Malu laa Boss...!!" Aqil menjerit. Serta merta aku menekup mulut dia. Takut jiran-jiran dengar... Mampus aku... Terlalu kuat aku menutup mulutnya sehingga menyebabkan aku terjatuh diatasnya dikatil. Automatik matanya terbuka. Bulat matanya memandang aku. Aku terkaku. Dengan perlahan tangan dilepaskan dari mulutnya. Muka aku mendekati muka dia sebelum tiba-tiba kepala aku ditolak.

"Sewel punya Boss..." Dia menolak badan aku menyebabkan aku terbaring disebelah dia. Jantung aku bagai nak meletup. Andai tadi terjadi sesuatu..? Argghhh... Dia mencubit peha aku.

"Aduhhh... Sakit..." aku terjaga dari mengelamun... Aku memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.

"Seluar pendek favourite saya la Boss...! Huarghhhhh..!!" Dia memuncung sambil menarik muka. Kakinya sedikit menghentak lantai. Aku memandang seluar yang aku pakai selepas mandi tadi. Dah tak ada baju salin. Aku capai sajalah yang ada dekat dalam almari tu. Itu pun kedekut.

"Alalalala... Pasal seluar pun nak merajuk. Nanti aku belikan 50 helai seluar yang sama untuk kau... Dah la... Tak payah nak merajuk..." aku cuba memujuk namun tidak diendah olehnya. Aku melabuhkan diri disebelah dia. Dia menolak aku jauh dari dia.

"Pergi kerja la Boss... Dah la sesuka hati tidur kat sebelah orang... Orang dah suruh tidur bawah semalam.. Apa pasal boleh ada sebelah orang... Lepas tu pakai pulak baju orang... Dah la tak mintak izin.. Pastu pakai pulak seluar favourite orang.. Huarghh... Benci Boss... Semalam orang suruh balik seboleh-boleh nak tidur sini... Eieieiieieei..." Dia membebel sambil menolak-nolak badan aku dari mendekati dia. Aku tersengih. Geli hati... Macam ini rupanya perangai dia. Gedik semacam. Haish... Kenapa kau sorok dari dulu..? Aku memandang dia yang masih lagi merajuk. Aku memeluk dia..

"Aku sayang kau Emy Ahnafaqill..Sayang gila kat kau..." kata-kata lembut aku lafazkan tepat ke telinga dia. Dia terdiam didalam pelukan aku.

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now