Part 7

10.2K 265 8
                                    

Azam P.O.V

Ruang makan dikafe dijengah sebelum mencari kelibat budak tu. Mana dia menyorok agaknya. Lama sangat dia merajuk. Baru nak ajak teman makan tengahari tapi dia hilang entah ke mana. Perut dah makin berbunyi. Kang tak pasal-pasal kena gastrik pulak. Haish. Aku melangkah keluar dari bangunan pejabat. Kedai makan nasi campur berdekatan menjadi tarikan aku. Makanan dia agak sedap dan berpatutan harganya. Walaupun aku CEO tapi aku tak kekok pun makan dekat tempat-tempat macam tu. Sebab aku kan memang asal orang susah. Jadi buat apa nak lupa daratan. Betul tak.? Setelah melangkah masuk ke kedai makan tersebut. Mata tertancap kepada sesusuk tubuh yang leka makan dengan berbaju yang sangat aku kenali. Budak pembersihan tu ada dekat sini rupanya. Makan seorang diri. Terlintas difikiran untuk menyakatnya lagi. Hehehe. Aku dengan cepat memesan pesanan dan mengambil sedikit lauk yang ada sebelum aku berlalu ke arahnya.

"Wah...Makan seorang je ye..?" aku melabuhkan punggung dihadapan budak tersebut.

"Eahh.. Ermm.. Boss.." dia tergagap menjawab sambil menundukan muka. Malu tertangkap ponteng kerja atau langsung tak nak tengok muka aku yang hensem ni..? Haha. Pinggannya licin menandakan dia sudah habis makan. Namun airnya masih ada separuh lagi.

"Saya minta diri dulu boss..." budak lelaki tadi berkemas-kemas untuk meninggalkan aku sebelum aku menahan.

"Tunggu..! Duduk sini..!" aku bersuara tegas. Mujur tak ramai orang didalam kedai ini. Maklumlah sudah masuk waktu bekerja. Dia memaling sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Cermin matanya yang sudah turun ke hidung ditolak kembali ke atas. Comel budak ini. Dia menarik kerusi dan kembali duduk dihadapan aku. Kepalanya masih lagi menunduk. Tidak lama selepas itu, makanan yang dipesan sampai.

"Teman saya makan." Kata aku sebelum membaca doa makan dan menjamu juadah yang ada dihadapan aku. Dia masih diam dihadapan aku. Sesekali aku memandang dia yang sedang tertunduk. Tidur ke.? Hahahaha

"Tok Tok Tok..Tidur ke..? Ke depan saya ni patung?" aku mengetuk meja perlahan. Aku memandang dia lama sebelum dia mengangkat kepalanya.

"Boss nak apa lagi..?" merah matanya memandang aku. Lahh. Menangis rupanya.

"Ermm..Ehem...Tak ada apa." Aku membetulkan suara. Kesian pun ada. Tapi aku nak menyakat dia selagi termampu. Hahahaha. Dia menundukkan kepalanya kembali.

"Dah ke belum..? Kalau sudah saya nak balik... Hari ini boss kira saya EL la... Atau ponteng ke... Terserah pada Boss." Aqil berkata sebaik melihat aku sudah selesai makan. Mujur aku sudah siap bayar makanan aku dengan dia tadi. Jadi ada masa aku nak menyakat dia.

"Eah... Mana boleh..? Dah datang kerja tu sila buat kerja sampai siap... Kalau awak tak ada siapa nak kemas bilik saya..?" aku menjawab. Tawa ditahan apabila melihat mukanya sudah kembali merah. Comel la budak ini bila muka dia merah. Ishh. Perasaan apa ini.

"Pergi lantak dengan bilik boss tu... Hari ini saya nak balik... Assalamualaikum." Aqil segera meninggalkan aku. Aku mencapai barang-barang peribadi sebelum mengejar Aqil yang jauh dihadapan.

"Aqill..!! Stop..!! Okay..I give you permission to leave today... But... Saya nak awak ada dekat depan pejabat saya tepat pukul 7 malam... Kalau tak saya pecat awak..." Aqil terkaku apabila mendengar kata-kata dari aku. Aku lihat tangannya digenggam kuat sebelum dia meneruskan langkah meninggalkan aku.

Setelah kelibat Aqil hilang dari pandangan, aku melepaskan lelah. Keras kepala jugak budak ini. Tak sangka dia dah berubah. Haish. Bukan yang aku kenal dulu. Aku melangkah menuju ke pejabat. Kadang perasaan berdebar hadir sama ada dia akan datang atau tidak malam ini.

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now