Part 41

6.6K 174 3
                                    

ZAFRIL P.O.V

#THROWBACK ZAFRIL

Pertama kali aku tengok Aqil dengan Azam dekat parking motor depan kedai makan, aku sudah mula tertarik dengan budak tu. Mukanya manis berkaca mata. Aqil dan Azam nampak sangat rapat sampai nak turun motor pun siap bermanja-manja berpujuk rayu. Aku ketepikan perasaan saat.

"Oi.. Azam...Cepat ar sini..." aku memanggil Azam supaya segera datang pada kami. Masih adegan memujuk di atas motor. Aku biarkan. Tak lama selepas itu, Aqil mengikuti Azam dari belakang.

"Sorry geng.. Lambat sikit.. Ambik budak ni kejap..." Azam menyalami kami diikuti oleh Aqil. Azam segera mengambil kerusi kosong dimeja sebelah sebelum meletakkan disebelah dia. Aqil melabuhkan punggung dikerusi tersebut. Dia diam membatu. Aku makin teruja nak kenal dengan budak ni. Makin dekat aku tengok makin comel pulak dia.

"Siapa ni..? Anak ikan ke..? Hahahahahaha..." Kamil bertanya sebelum disambut gelak tawa dari kawan-kawan yang lain...

"Bukanlah...kenalkan.. Ni Emy.. Dia adik angkat aku..." Azam memperkenalkan Aqil kepada rakan-rakan yang ada. Aqil tersengih sambil terasa janggal. Mungkin tidak biasa lepak dengan orang tak kenal.

"Sejak bila pulak kau pandai berangkat-angkat pulak ni Azamm..?" Kata aku. Kami semua bergelak ketawa. Bukan kami tak kenal dengan perangai Azam. Dah 3 tahun kita orang satu kelas. Dia cuma bantu orang seikhlas hati. Tak ada budak-budak yang dia bawak keluar lepak dengan kami. Ini baru kali pertama. Azam memanggil pengambil pesanan. Aku semakin pelik sebab Azam pesankan makanan untuk Aqil. Pemalu..?

"Sejak tadi..? Hahahaha.." Kami sambung gelak. Aqil disebelahnya kadang-kadang tersenyum namun dia masih tidak bersuara. Masih segan agaknya.

"Emy Fakulti apa..?" Aku bertanya kepada Aqil. Dia mengangkat kepala sambil buat muka terkejut. Comel teruk. Dengan muka innocentnya.

"Ha.. Fakulti Business Administration..." Aqil menjawab.

"Lahh... Junior kita la ni... Sep sikit..." Sambung Kamil sambil dihulur tangan untuk di Sep. Aqil tidak membalas namun hanya pandangan tidak mengerti yang dia berikan. Memang innocent la budak yang Azam bawak ni.

"Dah-dah... Dia segan sikit... Jangan nak sakat dia dah...Aku saja bawak dia makan sekali dengan kita... Kejap lagi lepas makan aku nak blah dulu tau..." Azam memberitahu kami. Aqil memandang ke arah dia. Aku sudah mula curiga sesuatu. Mereka bukan sekadar adik dan abang angkat.

"Alahh.. Lepak la... Awal lagi..." Sambung Kamil.. Makanan yang di pesan sudah sampai. Tak lama selepas makan. Kami berbual sedikit sebelum Azam meminta diri untuk gerak dulu.

Setiap hari selepas hari itu aku mula mencari kelibat Aqil. Namun jarang sekali jumpa. Azam pun jarang keluar lepak lagi dah. Dia cakap ada kerja sedikit. Buat aku semakin musykil. Adakah mereka berdua lepak sama-sama...?

***********************************

Satu hari aku dengar berita mengejut. Kemalangan yang berlaku kepada seorang pelajar senior dan pelajar junior Fakulti Business Administration. Berita tentang kemalangan tersebut tersebar dengan cepat kerana fungsi papan kenyataan. Derma kilat untuk pelajar bernama EMY AHNAFAQIL D3538985 dari kelas 1BMTI yang sedang koma akibat dari kemalangan terpampang dan tersebar didalam WhatsApp. Aku segera bergerak ke hospital untuk melihat Aqil.

"Disebabkan kau, anak aku koma. Aku hantar dia pergi universiti untuk belajar. Bukan untuk ikut orang macam kau ni. Merosakkan masa depan anak aku.!! " kata-kata tersebut aku dengar sebaik memasuki ruang ICU. Aku berhenti disebalik dinding sambil melihat situasi tersebut. Seorang wanita mengherdik lelaki yang duduk dikerusi roda. Itu Azam.

"Kenapa tak kau je yang koma... Atau lebih baik mati je...!!" sambung wanita tadi. Aku tau itu adalah ibu kepada Aqil. Suami dia bangun dari kerusi sebelum berdiri disebelah wanita tersebut.

"Dah la...Benda dah jadi.. Ini hospital.. Awak tak payah nak terjerit-jerit dekat sini.. Malu I nanti.." kata laki tadi. Tangan wanita tadi ditarik kebelakang namun ditepis oleh wanita tersebut.

" Kau jangan nak tunjuk muka kau lagi depan Emy.. Kalau aku tau..Siap kau.. Paham... Kau ingat ni.. Kau punca anak aku koma... Kau punca masa depan dia musnah...Kau puncaaaa..!!" sambung wanita tadi.

"Bagi la dia jumpa kawan dia sekejap.." kata lelaki tua yang berada dibelakang kerusi roda Azam...

"Tak boleh... Aku tak benarkan.. Kau boleh berambus dari sini.. Berambus..." Wanita tadi memarahi Azam sambil menolak kerusi roda Azam dengan kaki. Selepas aku melihat adegan itu, aku berlalu meninggalkan ICU. Bukan waktu yang sesuai untuk aku tengok Aqil. Biar dia uruskan masalah dia sendiri.

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now