"Cik jangan risau. Dia Cuma demam biasa saja. Nanti bagi dia ubat ni... InshaAllah dalam 2 ke 3 hari nanti dia baik semula..." kata Doktor dari klinik panel. Aku menggangguk paham sebelum Doktor tersebut meminta diri. Di sebabkan dia adalah Doktor klinik panel. Aku tak perlu bayar. Nanti syarikat yang akan bayar. Aku membuatkan bubur nasi untuk Boss makan.
"Abang..Oh Abang.. Bangun kejap.. Makan ubat... Nanti macam mana nak sihat..." Kata aku sebaik membawa mangkuk berisi bubur ke bilik dia. Aku menggenggam tangannya.
9menggangguk lemah. Genggaman tangannya dieratkan.
"Iyaa..Saya tak gi mana-mana... Ada je dekat sini...Makan ubat dulu..." sambung aku lagi. Dia mengangguk lemah sebelum aku melepaskan genggaman dia. Aku menghulurkan sesudu bubur ayam ke mulutnya sebelum dia menghirup.
"Panass.." Boss berkata dalam serak. Aku terkejut sebelum aku merasa sedikit. Mana ada panas. Boss tersengih sebelum dia terbatuk. Cawan dihulur untuk diminum. Aku menyuapkan bubur sehingga habis sebelum memberi ubat yang Doktor pesan.
"Terima kasih..." kata Boss. Aku tersenyum.
"Tidur dengan aku malam ni..." sambung Boss lagi. Aku berfikir sejenak.
"Kalau tidur dengan abang...Nanti berjangkit la..." sakat aku. Boss mencebik.
"Alalala..Ye la.. Abang mandi dulu okay... Nanti masam..Tak nak la tidur dengan abang nanti..." aku menyakat lagi. Seronok aku sakat dia masa dia sakit ni.
"Mandikan boleh..?" dia memuncung. Aku menggulingkan mata.
"Pervert..." aku menjawab.
"Mana ada pervert... Orang minta tolong mandikan je...Kejap lagi kita tengok siapa yang pervert.." sambung Boss. Aku mencubit dia sebelum keluar dari bilik untuk menghantar mangkuk dan cawan. Aku naik semula, tengok-tengok dia dah ada dekat bilik air. Wah.. Kuat pulak dia jalan eah..?
"Kuat pulak jalan.. Tadi suruh saya mandikan..." aku berkata sebaik melihat Boss sedang berendam dalam bath tub.
"Dah... Kau tak nak tolong.. Aku mandi la seorang-seorang..." jawab Boss. Eah. Banyak mulut pulak dia ni. Tak padan dengan sakit.
"Ye la..Malas layan..." jawab aku.
"Alarr..Ya la...Sini meh sini...Merajuk pulak dia..." panggil Boss. Aku memandang dia sebelum bergerak menuju ke dia. Aku duduk disisi Bath Tub sebelum tiba-tiba ditarik masuk ke dalam Bath Tub. Habis basah aku.
"Abangg... Basahhh nii..." aku menepuk-nepuk badan dia. Eieieieiei... Kurang asam punya boss. Entah sedang meronta-ronta aku terpegang sesuatu benda yang membuat rona muka aku memerah. What THE HECKKKKKKK....!!!!!!
"Abanggg.. Apa ni...!!" aku terus bangun dari Bath Tub yang Boss duduk. Bengong punya Boss..
"Hahahahahah...See...Siapa yang pervert ..? Abang tak buat apa-apa pun..Dia yang sibuk sentuh aset abang... Abang okay je kalau orang yang abang sayang yang sentuh..." jawab Boss. Dia menjilat bibir sebelum tersengih ke arah aku.
"Gilaa... Tak padan dengan sakit... Ada hati nak goda orang... Kalau bagi pun bukan dia kuat pun... Dah sakit kan... Bluwekkk.." aku berkata sebelum menjelirkan lidah pada Boss. Dia ketawa sebelum aku berlalu pergi meninggalkan dia. Usai mandi. Boss nampak makin kuat sedikit. Tak lembik macam tadi. Lepas solat Isyak, aku menyuruh Boss untuk berbaring. Sambil-sambil dia rehatkan badan, aku urutkan kaki dan bahunya sedikit. Aku sedar. Aku juga ada silapnya dalam perhubungan ini. Tapi salah ke aku Cuma nak berkawan. Ish...
"Sayang...Abang minta maaf sebab buat macam tu tadi..Abang tak dapat tahan marah dan nafsu abang.." kata Boss sebaik aku didalam pelukan. Aku menghela nafas berat. Jujur aku katakan. Siapa tidak trauma kalau terunanya dirampas dengan cara dirogol...
"Ermm.. Tak apalah... Janji lepas ni jangan buat macam tu... Nanti sudah tiba masanya abang dapat juga apa yang abang nak..." jawab aku. Boss menikmati urutan pada bahunya. Sudahlah penat buat kerja. Lepastu bergaduh pulak. Makin stress dia boleh jadi.
"Dah.. Gi la tidur... Esok tak perlu masuk pejabat. Rehat je dekat rumah. Doktor suruh rehat..." sambung aku lagi. Aku bangun untuk mencuci tangan bekas minyak yang dipakai tadi. Usai basuh tangan, aku kembali kepada Boss di atas katil.
"Sayang.. Sinilah..." Boss menarik tangan aku untuk duduk disamping dia. Aku turutkan jualah permintaan orang sakit ni...
"Ya Baby.. Ada apa...?" saja melayan kerenah orang sakit nak bermanja.
"Kau adalah hak aku tau..Selamanya hak aku... Aku minta tolong sangat... Aku sedar... Aku kuat cemburu... Cemburu tak bertempat... Aku minta maaf... Tapi janji dengan aku... Kau tetap ada dengan aku..." kata Boss sambil memeluk aku dalam dakapan dia. Aku menggulingkan mata dia. Mula dah drama dia..
"Ya laa... Berapa kali nak cakap.. Aku tau.. Aku selamanya milik kau... Hari-hari cakap... Nanti lama-lama boleh bosan tau tak..?" jawab aku sambil tergelak kecil. Dia memandang aku dengan pandangan tajam...
"Nak fefeeling sikit pun tak boleh..Eah hai..." kata Boss sambil menarik muka. Aku tergelak tengok perangai dia. Memang orang sakit ni perangai macam ni eah..? Emosi tak stabil..? Aku mendapat idea.
"Alalalala.. Ya la...Boleh.. Meh sini meh..Alala..Bucuk...." aku menarik mukanya menghadap aku. Mata kami bertentang. Aku menghadiahkan kucupan yang sekejap dibibir dia. Dia membesarkan bola mata menunjukkan aksi teruja.
"Nak lagiiii...!!" katanya bersemangat... Aku tersengih.
"DAHHH.. Tak bolehhh.. Hahahahhaha" aku menjawab. Dia memoncong sebelum menggeletek aku. Main kasar Boss niiii... Eeieieieieie....Dan malam ini menjadi malam terindah untuk kami sebagai pasangan kekasih...
YOU ARE READING
Dia Boss Aku.??!!
Random"Kenapa aku jadi hak milik dia pulak sekarang...Argghhhh...Aku tak nak..." Akil "Hahahaha...Padan muka kau...Dulu bukan main action reject aku..Muka tak hensem la...Budak hingusan la .. Sekarang kau rasa apa yang aku rasa.. " Pengarah aka Boss.. " W...