Last Part (Part 46)

7.8K 248 98
                                    

Aqil P.O.V

Aku tersedar dari lena yang panjang. Badan agak sakit. Aku cuba bangun. Namun badan lemah. Aku terdengar suara seseorang memanggil Doktor.

"Doktor... Pesakit dah sedar..." kata seseorang sebelum datang doktor yang merawat. Doktor membuka sedikit mata aku sebelum menyuluh lampu picit menyilaukan mata aku.

"Bagus.. Cik dah sedar..." kata Doktor tersebut. Aku blur.

"Ingat apa yang berlaku..?" sambung doktor tersebut. Aku memandang wajah Doktor yang berumur lewat 30 an tersebut. Aku mengangguk.

"Saya bersama dengan Boss mengalami kemalangan sewaktu dalam perjalanan menuju ke KLIA.." jawab aku. Doktor tersebut tersenyum.

"Baguslah awak dah ingat...Jadi selepas saya jalankan pemeriksaan ke atas awak...Awak tidak mengalami luka yang serius..Tapi awak tidur cukup lama...Kami semua dah risau..." jawab Doktor tadi.

"Berapa lama saya tidak sedarkan diri..?" tanya aku.

"Erm..4 hari dari hari awak kemalangan..." jawab Doktor...Aku tergamam... Lama betul...

"Kalau tak ada apa-apa hal...Awak boleh dibenarkan pulang esok...Tapi tengoklah nanti...Tunggu kata pakar yang lain..." sambung Doktor tersebut... Aku menggangguk...Doktor tersebut tersenyum sebelum berlalu untuk meninggalkan aku...

"Ermm.. Doktor..Boleh saya tahu... Mana Boss saya...?" aku bertanya...

"Boss awak sedang dirawat di Wad Ortopedik...Dia mengalami kecederaan serius dikakinya..." jawab Doktor tersebut...Aku agak terkejut..

"Boleh saya pergi tengok dia ke Doktor...?" tanya aku lagi...

"Buat masa ni..Awk rehat dulu..Awak pun baru sedar.. Badan awak tak kuat lagi untuk berjalan...Kalau dah kuat nanti saya benarkan awak pergi melawat dia..." sambung Doktor...Aku menggangguk... Doktor berlalu meninggalkan aku. Aku memandang persekitaran bilik wad aku. Sunyi.. Mungkin bilik kelas pertama...

*****************************

Hari ini aku dibenarkan untuk bertemu dengan insan yang aku sayang. Petang nanti aku dah boleh balik memandangkan tiada apa-apa yang serius atau masalah lain yang berlaku pada aku. Aku mengambil keputusan untuk jalan menuju ke wad Ortopedik yang berada disebelah bangunan wad aku.

"Nurse... Maaf mengganggu... Boleh saya tau katil pesakit bernama Kamarul Azam..?" aku bertanya kepada seorang jururawat yang bertugas pada waktu itu. Dia memandang aku pelik memandangkan aku masih berbaju pesakit.

"Kejap..Awak ni siapa..?" Jururawat itu bertanya.

"Maaf..Saya pekerja dia... Kami kemalangan bersama kelmarin...Saya nak tengok dia..Macam mana keadaan dia.." jawab aku. Mungkin procedure hospital untuk beritahu hal pesakit kepada orang lain.

"Oh..Kejap...Saya cari..." Jururawat tersebut berkata. Aku menunggu sementara dia mencari data-data didalam komputer dihadapan dia.

"Pesakit bernama Kamarul Azam ada di bilik A-28...Di hujung sana..." kata Jururawat sebaik mencari maklumat tentang Boss.

"Terima kasih Nurse..." aku melemparkan senyuman sebelum menuju ke bilik yang diberitahu. Pintu bilik aku kuak perlahan. Agar tiada bunyi yang kedengaran. Bilik seorang juga. Namun agak cantik bagi aku. Sayangnya ad beberapa bekas bersepah diatas lantai. Kenapa ni..?

Aku berjalan menuju ke katil. Boss sedang baring memejamkan mata. Aku melihat kakinya terbalut dan tergantung dengan besi terkeluar dari balutan kakinya. Aku sedih. Banyak kesan-kesan luka ditangan dan mukanya. Aku duduk dikerusi yang disediakan ditepi katil. Menggigil tangan aku untuk menyentuh luka yang berbekas dimukanya.

"Sstt... Sakit la.." Boss bersuara dalam mata yang terpejam.

"Nak cuci tu..Cuci la betul-betul..." sambung Boss lagi..Dia memalingkan muka ke arah bertentangan. Aku memegang tangannya. Dia membuka mata lalu memaling ke arah aku.

"Aqill..??" dia seakan terkejut. Aku berjuraian air mata. Aku tak sanggup tengok dia terbaring macam ni.

"Ni Aqil kan..? Jawab laa... Ni Aqil kan..?" Dia menggenggam erat tangan aku. Suaranya bergetar. Air mata laju turun dipipi dia. Aku menggangguk.

"Aqill.. Aku minta maaf Aqill.. Kau okay tak Aqil..? Aku mintak maaf.. Aku tak dapat elak kereta tu.. Aku buat kau kemalangan lagi.. Aku minta maaf Aqil...Aku tak dapat jaga kau dengan baik Aqill..Aku minta maaff..." Boss berkata dalam serak tangis. Berkali-kali tangan aku dikucup. Muka bersalah terpampang diwajah dia. Air mata dia mengalir laju.

"Aqil okay abang... Aqil okay..Tak apa..Ni semua ketentuan Ilahi...Abang jangan nangis lagi..." aku berkata. Air matanya dilap guna tangan aku. Aku tak boleh tengok dia sedih. Aku kena kuat. Dia perlukan sokongan aku.

"Abang kena cepat sembuh... Abang kena makan ubat...Abang kena keluar hospital cepat... Aqil tak sabar nak tidur dengan abang lagi..." aku memberikan semangat. Air mata dia aku seka.

"Aku dah cacat Aqil... Aku dah tak sempurna untuk kau..." kata Boss lagi...

"Tak apa... Saya tetap akan setia dengan Abang... Saya dah berjanji akan sentiasa bersama dengan abang sampai bila-bila...Abang kena cepat keluar dari hospital ni..Tau..." aku berkata. Tangannya aku kucup. Dahinya aku kucup lembut. Aku menyalurkan semangat kepadanya untuk menerima takdir.

"Aqil tunggu abang keluar dari hospital macam Aqil..Hari ini Aqil dah boleh balik...Nanti hari-hari Aqil datang tengok abang sampai abang boleh balik... Abang kena janji abang akan makan ubat... Dengar cakap doktor...Tau..." kata aku lagi... Boss mengangguk tanda paham. Aku tersenyum memandang Boss sebelum meletakkan kepada didada dia. Dia mengusap lembut kepala aku. Melepaskan rindu mungkin. Aku sayang kau Boss aka Abang Azam...

******************************

Genap 2 minggu aku berulang alik hospital untuk menjenguk Boss. Setiap hari aku membawa makanan untuk Boss hasil dari air tangan aku. Katanya dia akan makan makanan aku sebelum dia makan ubat. Hari ini, Boss akan keluar dari hospital setelah besi yang menyokong tulang yang terkeluar dari balutan itu dicabut. Namun Boss masih berkerusi roda memandangkan kakinya belum pulih sepenuhnya. Aku mendengar penjelasan dari Doktor Pakar berkaitan kaki Boss. Berkemungkinan Boss akan tempang seumur hidup. Penjagaan rapi diperlukan memandangkan kaki Boss mendapat sokongan besi untuk membantu pembentukan tulang semula.

Rumah besar milik Boss dihadapan kami. Aku telah kemas segala barang-barang dari bilik diatas dipindahkan dibilik bahagian bawah. Ini untuk memudahkan Boss.

"Aqil... Sanggup ke kau nak jaga aku yang sakit ni..? Tak menyesal ke kau pilih aku sekarang..? Aku tak tau sampai bila aku duduk dekat kerusi roda ini.." kata Boss dengan suara garau. Aku menolak masuk Boss ke ruang tamu sebelum aku duduk disamping dia.

"Walau selama mana pun Abang duduk dekat kerusi ini... Aqil akan tetap bersama dengan abang.. Abang satu-satunya orang yang Aqil paling sayang..." jawab aku. Aku memeluk Boss sebelum menghadiahkan satu kucupan dimulutnya.

"Terima kasih Aqil..Aku sayang kau sangat-sangat..." Boss memeluk aku erat...

Keburukan atau kelemahan pada pasangan bukanlah satu jalan untuk kita berputus asa daripada mencintai dia. Tapi anggaplah ia sebagai dugaan dan penguat dalam perhubungan. Andai bukan aku yang ada dengan dia...Siapa lagi...? Janji yang termeterai janganlah dimungkiri agar dua hati tidak hancur di kemudian hari... Moga Boss cepat sembuh dan aku boleh bersama dengan dia seperti hari-hari sebelum ini... I LOVE U BOSS...

TAMAT...

#################################

Terima kasih semua sebab baca cerita fantasi karut Author ni sampai habis.. Sebarang comment dan makian akan Author terima dengan hati yang rela..Author minta maaf sebab Ending yang tidak menarik.. Author ada sedikit lembab dalam mencipta penamat cerita yang dikarang...HUHUHU... Terima kasih tak terhingga untuk semua.. Saranghae Semua... Anything boleh DM pada Author...Author pasti akan jawap.... Terima kasihhhhhhh... LOVE YOU READERSSS... 

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now