Part 9

9.6K 259 9
                                    

Banyak perkara yang dibincangkan kedua-dua pihak. Aku yang sedari tadi hanya duduk memerhati dokumen-dokumen yang di tandatangan oleh kedua pihak. Kadang Arsyad Firdaus anak Dato' Kamil menatap aku dengan senyuman. Entah apa yang dia pikirkan aku pun tak tahu. Memandangkan aku duduk semeja dengan orang atasan, aku agak kekok untuk menjamu juadah yang tersedia dihadapan aku. Sesekali Boss menghulur pinggan berisi lauk kepada aku tanpa berkata apa-apa. Yang aku paham maksudnya adalah menyuruh aku mengambil sedikit lauk yang berada di atas pinggan.

"Kamu berdua nampak sangat akrab... Sudah lama kenal ke..?" Tanya Dato' Kamil sambil mencicip sedikit buah-buahan di atas meja. Lagak gayanya tidak seperti orang yang berada. Sangat humble. Tidak seperti anaknya Arsyad Firdaus yang menjaga tatacara makan macam orang berada. Selain itu, bila masa pulak kami ini nampak akrab Dato' Kamil oii...

"Kami dah kenal sejak diploma lagi... Dia memang agak pemalu sikit orangnya..." Boss menjawab. Aku memandang Boss dengan pandangan seribu kehairanan. Sejak bila pulak kita satu Universiti. Aku tak kenal pun kau Boss..

"Ohh... Patutlah... Jadi datang sini untuk apa..?" Tanya Dato' Kamil. Aku terkaku. Alamak. Nak jawab apa ni.?

"Ha..Erm... Datang untuk kerja..." aku tergagap-gagap menjawab. Boss dipandang lagi. Cepatlah balik. Aku tak sanggup nak hadap benda ni lama-lama.

"Jadi... Sudah dapat kerja ke belum...? Kebetulan saya nak cari setiausaha... Betul tak Pa..?" Tanya Arsyad Firdaus pula disambut anggukan dari Dato'Kamil. Aduuhh. Nak kelentong apa lagi ini.

"Dia dah ada kerja... Saya dah letakkan dia di satu department dekat syarikat saya..." Jawab Boss. Aku memandang Boss yang sedari tadi berlawan mata dengan Arsyad Firdaus. Bagai ada sesuatu yang tak kena. Untuk Boss. Terima kasih sebab sudi menjawab untuk aku.

"Baiklah... Lagipun sudah lewat ni... Kiranya kita sudah jadi partner la ni...? Saya harap kita dapat kekalkan hubungan baik antara syarikat kita untuk masa akan datang... Terima kasih kerana sudi menerima tawaran dari syarikat saya." Kata Dato' Kamil. Dato' Kamil bangun sambil menghulurkan tangan untuk berjabat menandakan persetujuan dipersetujui dan disambut baik oleh Boss.

"Terima Kasih juga Uncle... InshaAllah... Uncle jaga diri... Kalau ada masa saya datang rumah Uncle." Boss menjawab. Dato' Kamil meminta diri untuk pulang. Aku menyalami Dato' Kamil. Kami menghantar Dato' Kamil dan Arsyad Firdaus ke pintu hadapan. Kelihatan sebuah kereta Toyota Camry hitam menunggu di perkarangan luar lobby. Arsyad Firdaus membukakan pintu sebelum Dato' Kamil masuk ke dalam perut kereta. Arsyad Firdaus menyalami Boss sambil bertentang mata sebelum menyalami aku. Arsyad Firdaus tersengih dan mengenyit mata kepada aku sebelum masuk ke kereta tadi dan hilang ditelan kegelapan malam. Aku hairan juga dengan kelakuan Arsyad Firdaus tadi.

"Jom balik..!" Boss berkata sebelum meninggalkan aku. Aku terkocoh-kocoh mengejar Boss dari belakang.

"Boss kejap... Baju ni macam mana..?" aku bertanya sebaik aku berjalan seiringan dengan dia.

"Simpan je la.. Bukan senang aku nak belanja orang..." Jawab Boss mendatar. Serius dia bagi je?

"Seriously Boss..? Mahal kot..." Aku memandang Boss dengan pandangan pelik. Dia menjawab dengan Hurm.

"Terima Kasih Boss... Saya balik dulu." Aku memalingkan badan untuk beredar ke jalan menuju ke rumah flat aku.

" Nak pergi mana tu..?!" Boss bertanya sebaik sahaja dia menyedari kehilangan aku.

"Nak balik la... Saya jalan kaki je lalu sini." Aku menjawab bersahaja. Aku melambaikan tangan sebelum meneruskan perjalanan. Tiba-tiba tangan aku direntap.

"Naik aku je... Aku hantar..." Boss mengheret aku menuju ke keretanya. Aku melepaskan tangan.

"Pehal pulak nak paksa-paksa orang... Suka hati aku la nak balik naik apa..." aku mula meninggikan suara. Pantang aku orang paksa-paksa ni. Tak sedar perkataan 'aku' terguna dengan Boss. 

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now