Part 10

9.7K 256 17
                                    

"Okay... Kalau jadi apa-apa dekat kau... Kau jangan nak suruh aku bertanggungjawab. Paham tak..?!" Boss untuk kali kedua menengking aku hari ini. Dia terus meninggalkan aku menuju ke keretanya. Bodoh la kau Aqil. Dia nak tumpangkan kau je. Pehal kau nak marah dia pulak. Terkejut juga bila dia tengking aku. Suaranya yang garau menyentak hati aku. Gerun.

"Ishh..Yelaa..." aku segera mengejar Boss dari belakang. Sebaik Boss memasuki keretanya, aku terus membenamkan badan aku dikerusi bersebelahan dengannya.

Boss P.O.V

Hahaha.. Takut rupanya kau dekat aku. Enjin kereta dihidupkan. Dia masih mendiamkan diri disebelah. Merajuk la tu. Aku mendapat satu idea untuk mengenakan dia. Dengan perlahan aku mendekatkan diri pada dia. Dia memandang aku pelik.

"Boss nak buat apa ni..? Boss jangan macam-macam..." aku makin rapat dengannya badannya sedikit terganjak ke belakang. Aku menahan tawaku.

"Boss... Saya jerit ni kang..." Dia semakin takut. Mukanya sudah merah. Tangan aku mencapai tali pinggan keselamatan sebelum menariknya mengunci ke sisi dia. Dia seakan terkejut.

"Naik kereta terus pakai tali pinggang. Tak kan itu pun nak kena ajar..." kata aku mendatar untuk menyembunyikan rasa seronok aku sebelum menarik tali pinggang keselamatan untuk aku pula.

"Rumah dekat je pun..." rungut Aqil dengan suara perlahan.

"Aku dengar..." kata aku sebelum memulakan perjalanan membelah jalan.

"Eah Boss... Simpang rumah saya dah terlepas tu..." Dia memandang simpang ke arah rumahnya sebelum melihat ke arah aku. Niat aku sebenarnya bukanlah terus nak hantar dia balik sebenarnya. Tapi memandangkan alang-alang aku dah bawak dia ni.

"Ikut je la..." aku menjawab. Dia sudah memuncungkan diri. Aku meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang hendak dituju.

Aqil P.O.V

Haish... Menyesal aku ikut dia ni... Esok dah la kena masuk kerja awal pagi... Dia tak apalah. Boss. Aku memeluk tubuh sambil memandang ke arah luar tingkap. Suasana malam dikota ini jarang aku nikmati. Tiada sesiapa yang aku kenal dekat sini menyebabkan aku kurang berkeliaran berjalan-jalan disekitar kota ini. Dari jalan yang diterangi cahaya lampu jalan yang banyak menjadi semakin berkurangan. Ke mana Boss nak bawak aku ni sebenarnya. Aku sedikit menelan air liur.

"Err.. Boss nak bawak saya pergi mana ni..?" aku membetulkan suara sebelum bertanya kepada Boss. Aku memandangnya dengan pengharapan akan mendapat jawapan.

"Kita dah nak sampai ni..." itu sahaja jawapan dari Boss. Tidak lama selepas itu, Boss memberhentikan kereta disisi jalan. Dia membuka tali pinggang keselamatannya sebelum mengajak aku keluar. Enjin kereta dibiarkan hidup. Jadi lampu kereta menerangi tempat yang kami ingin tuju. Aku membontoti Boss dari belakang.

Satu pemandangan yang indah terpancar dihadapan aku. Kelihatan cahaya-cahaya dari rumah dan lampu-lampu jalan dibawah menjadikannya seperti bintang-bintang yang berada diatas bumi. Kami berada disatu kawasan berbukit yang menampak seluruh kawasan kota.

"Cantiknya Boss..." kata aku sepatah. Tak tahu nak cakap apa lagi dah. Segala kemarahan aku pada Boss macam lenyap sebegitu sahaja.

"Yup.." jawab Boss. Keadaan kembali sunyi. Hanya unggas yang bermaharaja lela mengeluarkan bunyi-bunyi pada waktu itu. Aku mengeluarkan telefon untuk mengabadikan moment yang cantik ini. Dua tiga gambar selfie di ambil dan beberapa gambar suasana dibawah bukit ini diambil untuk menjadi kenangan.

"Aqil..." panggil Boss. Aku menoleh sambil membuat muka seperti bersedia menerima kata-kata.

"Aku nak mintak maaf sebab tengking kau... Sebenarnya aku saja nak menyakat kau... Hehehe..." kata Boss sambil tersengih... Kurang asam punya Boss... Dah selambak air mata aku keluar, senang-senang je kau nak mintak maaf.

"Dan sebenarnya... dah lama...Aku... Suka kat kau..." dia menyambung. Wait..Whattt...??!!

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now