Part 30

6.4K 226 11
                                    

Aqil P.O.V

"Siapa dalam gambar pagi tadi tu..?" matanya direnung dalam. Aku mengharapkan penjelasan. Boss menelan air liur. Riak wajahnya berubah.

"Erm.. Jom balik la.. Dah lewat ni..." Boss menjawab menukar topik. Dia bangun membersihkan punggungnya yang penuh dengan pasir. Aku dah rosakkan mood orang ke.? Dia meninggalkan aku menuju ke kereta. Aku membontotinya.

"Abang... Saya minta maaf kalau ada tersalah cakap..." aku berkata sebaik memasuki kereta.

"Tak ada apalah... Kalau aku dah sedia nanti aku cerita dekat kau..." Jawab Boss. Dia memulakan perjalanan meninggalkan Pantai Klebang.

"Tapi... Dalam gambar tu macam saya kan...?" aku bertanya lagi. Sifat ingin tahu aku semakin menjadi-jadi.

"Kau tak paham ke..? Dah la..Tak payah tanya lagi...!" jawab Boss dengan nada yang keras. Aku tersentak. Aku terdiam. Suasana didalam kereta menjadi sangat janggal. Masing-masing diam membisu. Aku menunduk. Agak sedih tiba-tiba kena marah.

Azam P.O.V

Kusut. Aku kusut bila dia tanya soalan tu. Aku tak nak ingat benda dah lepas. Sedar tak sedar aku telah naik suara kepada dia. Rasa bersalah menyelubungi hati. Sesekali dia disini aku perhati. Tangan aku panjangkan untuk menggapai tangan dia. Sebelah lagi memegang stereng mengawal pemanduan.

"Maafkan abang... Abang tak sengaja... Cuma abang tak nak Aqil asyik tanya benda tu..." aku cuba memujuk. Tangannya aku genggam erat. Tanpa aku sedar, setitik demi setitik air mata jatuh ke tangan aku. Lembut betul hati dia ni. Aku menarik dia dalam pelukan aku. Mujur aku pakai kereta Auto.

"Jangan marah Aqil lagi...Huuu.." tersedu sedan dia berkata sambil menahan tangis. Dasar budak kecik. Aku membelai rambut dia..

"Dah.. Abang tak marah la... Dah.. Jangan la nangis.. Tak comel dah abang tengok..." Dia kembali ke kerusinya setelah tangis dia semakin reda. Sweater aku yang berada dikerusi belakang dicapai sebelum menutup muka dia.

"Kenapa tutup muka tu..?" aku berkata. Alalala... Sesekali aku memerhati jalan. Sambil menjaga keselamatan kami berdua.

"Tadi kata tak comel.. Tutup la muka ...Ermm..." Aqil membalas. Aku tersengih. Haish. Apa yang tak comelnya. Makin mengada makin comel kau Aqil.

"Hahaha.. Suka hati la.. Tidur la dulu... Lambat lagi nak sampai ni..." aku berkata. Dia tidak menjawab. Aku biarkan sahaja. Aku fokus pada pemanduan.

********************************

"Aqil.. Bangun... Dah sampai dah..."aku mengejut Aqil yang sedang tidur. Dia bangun sambil menggosok mata. Dia menggeliat.

"Kita dekat mana ni...?" tanya Aqil dengan suara serak basah.

"Dekat rumah aku la..." aku menjawab. Aku turun dari kereta untuk membuka pintu belah Aqil.

"Kenapa tak hantar saya balik rumah...? Hantar la saya balik rumah saya.." Aqil menyambung apabila aku membuka pintu belah dia. Dia masih tidak mahu keluar kereta.

"Ni dekat rumah la ni.. Rumah kita..." aku menjawab. Tangannya aku tarik agar keluar dari kereta.

"Eahh..? Bila masa pulak..? Eieiei.. Tak nak.. Nak balik rumah saya.." Jawab Aqil. Dia memeluk tubuh sebaik aku menutup pintu kereta.

"Mulai hari ini.. Kau duduk je dengan aku.. Tak kesian ke aku duduk seorang-seorang...?" aku menjawab. Muka kesian aku berikan.

"Alar.. Habis barang-barang saya macam mana..? Baju kerja saya..? Eieieieiei.. Malas la nak kemas-kemas..." dia menjawab. Aku tersengih memandang dia.

"Dah... Barang-barang penting like baju, barang mandi n tak lupa Boxer kau pun aku dah ambik dah..." aku menjawab sambil memandang ke arah seluar dia. Dia memandang aku dengan mata yang besar sebelum menutup bonjolan diseluar dia. Hahaha. Tidur dalam kereta pun ada Boner.

"Pervert.." Dia meninggalkan aku memasuki ruangan rumah yang besar. Aku tergelak melihat gelagat dia. Barang-barang dia yang berada di Bonet kereta aku angkat untuk dibawa masuk. Barang-barang dia, aku ambik tadi saat dia masih lena dalam kereta. Kunci rumah dia, aku ambik dari dalam beg sandang dia. Huhuhuh...

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now